Scarlet merasa hangat dihatinya. Dia tak menyangka, orang yang tiada kaitan dengannya lah yang paling mempercayai dia.
"Dan untuk budak kecik macam kau, mungkin masalah kau agak besar.. Tapi aku takkan tanya. Lupakan je semua masa lalu kau."
'Budak kecik...?'
"Kalau macam tu kita sambung.." teguran Ashley membuatkan mereka semua menjadi serius semula.
"Macam mana pula portal tu boleh terbuka kat Villon?" tanya Ashley.
"Soalan bagus.
Untuk buka portal, satu lingkaran magik perlu dilukis dengan sempurna. Portal tu patutnya dibuka dimana pembuka tu berada. Tapi tiba-tiba ada di Villon, kemungkinan ada silap kat lingkaran magik tu.
Dan.... Selepas buka portal, kemungkinan besar untuk pembuka tu alami letupan magik dalam badan dia. Dan dia akan kehilangan sebahagian magik dalam badan."
"Itu ke sebabnya Raja pernah tak sedarkan diri waktu Scarlet datang sini?"
"Mungkin.."
"Wow, tu satu lagi bukti yang memang Raja lah yang angkara semua ni."
"Tapi kan.. Kenapa kes hilang tu masih berlangsung? Dia kan dah buka portal tu.. Jadi apa lagi yang dia nak?" tanya Scarlet.
"Mungkin Raja fikir rancangan dia dah gagal, dan nak cuba semula. Aku tak tahu.."
"Oh.."
"Jadi, apa yang ayah dan Ashley akan buat lepas ni?" tanya Lillian yang dah lama berdiam.
"Ayah pun tak pasti.. Tapi kita kena bertindak cepat. Ayah tak nak ada banyak mangsa lagi."
Ashley dan Trystan berdiam kerana sedang berfikir keras cara untuk mengatasi masalah itu. Sedangkan Lillian dan Scarlet berdiam kerana tidak tahu apa-apa.
"Kita kena kumpulkan orang-orang yang boleh tolong kita kalahkan Raja." kata Trystan tiba-tiba.
"Maksud kau.. Puak yang menentang Raja?" tanya Ashley dan dijawap anggukan oleh Trystan.
"Tapi.. Agak bahaya juga.
Kalau puak yang menyokong kemungkinan akan sokong Raja, sedangkan yang menentang pula, kemungkinan akan guna fakta ni untuk gulungkan keluarga imperialis. Kalau tu berlaku, perang antara bangsawan akan berlaku."
Pernyataan dari Trystan membuatkan Ashley membungkan mulutnya.
"Ah! Duke Rochaze!"
"??"
"Duke Rochaze tu dalam pihak neutral. Dia tak menentang, tak juga menyokong. Dia cuma jalankan tugas dia sebagai Duke je." kata Ashley.
"Hm.. Mungkin boleh.. Aku akan hubungi dia. Sementara tu.. Ashley, aku nak kau pergi ke Rovaville untuk kuatkan pedang kau.. Kita akan perlukan tu.."
"Baik." Ashley dan Trystan bangun dari duduknya.
"Jap." Panggilan dari Scarlet menghentikan Ashley dan Trystan.
"Ashley baru je balik.. Dia dah nak pergi lagi?" tanya Scarlet dengan muka sedihnya.
'Co-
Comelnya!!" Fikir Ashley dan Lillian.
"Ah- tu.."
"Apa kata kau ikut dia, Scarlet." kata-kata dari Trystan membuatkan Scarlet terkejut.
"Eh? Boleh ke?"
"Apa salahnya.. Boleh kau kenal dunia baru kau ni."
"Kalau macam tu... Aku nak!" Jawap Scarlet dengan mata bersinar.
___________Dihadapan salah satu pintu pagar di Villon, sudah berdirinya 3 orang yang akan menghantar pergi Ashley dan Scarlet.
Ashley telah memakai jubah berhoodie panjang yang menutup seluruh badan sehingga betisnya manakala Scarlet memakai mantel berhoodie separas punggung kerana telah memakai skirt panjang.
"Maaf, Dave. Sebab berhenti kerja tiba-tiba."
"Takpe. Trystan dah janji nak tolong berjaga juga. Jadi, aku takde banyak masalah." Jawab Dave.
"Haha.."
"Scarlet, ni." Trystan memberi Scarlet satu kotak kecil.
Scarlet membuka kotak itu dan melihat sebilah pisau kecil dan tajam.
"Untuk apa ni?" Tanya Scarlet yang keliru.
"Lindungi diri kau dari Ashley."
"Eh?? Kenapa dia kena lindungi diri dia dari aku pula????" Tanya Ashley.
"Baik korang cepat bergerak, siapa tahu boleh jumpa kereta kuda." Arah Trystan yang mengabaikan soalan Ashley.
"Oi.. Jangan abaikan aku!!"
"Baik, baik." Jawab Scarlet sambil menyimpan kotak itu didalam beg kecilnya.
"Ok. Dah sedia ke?" Tanya Dave.
Scarlet mengangguk sedangkan Ashley masih kesal.
Dave pun menghalakan tangannya kearah Scarlet dan Ashley. Sesaat kemudian mereka berdua hilang dari pandangan.
"Sampai mana kau hantar diorang?" Tanya Trystan kepada Dave.
"Kota sebelah je. Sampai situ je had kuasa aku."
"Tu dah cukup jauh tu. Terima kasih."
"Okkai~ Tugas aku dah selesai. Aku balik dulu ye." Dave terus menghilangkan dirinya tanpa mendengar respon dari Trystan.
Trystan dan Lillian masih berdiri ditempat mereka.
"Ayah tahu kan Ashley takkan buat apa-apa kat Scarlet?" Tanya Lillian dengan senyuman. Lillian tahu yang Trystan sebenarnya suka bergurau dengan Ashley cuma dia malu untuk mengaku.
"............" Trystan hanya mendiamkan dirinya.
"Ayah ni mengaku je la yang sebenarnya ayah dah anggap Ashley tu macam anak sendiri."
"Ada-ada je la kau." Trystan membelai lembut rambut hijau anaknya itu.
Mereka berdua berjalan pulang ke menara.

ANDA SEDANG MEMBACA
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...
Chapter 21
Mula dari awal