"Taklah. Kitorang cuma nak lindungi diri kitorang je." Jawap Niel. Scarlet pelik.
"Kalau pahlawan istana tahu Ashley masih hidup, diorang mungkin tuduh kitorang culik dia.
Tapi makin lama Ashley bersama dengan kitorang, dia dah mula jadi 'keluarga'."
Scarlet merasa hangat dihatinya mendengar ayat Niel.
"Macam mana pula mata Ashley yang selama ni warna biru?"
"Gelang ni." Niel menunjukkan sekalung gelang yang terbuat dari logam.
'Tu kan gelang yang Ashley selalu pakai..?'
Niel menghulurkan gelang itu kepada Ashley dan dipakai olehnya. Serta merta mata merah terang Ashley berubah menjadi biru gelap. Scarlet terkejut disertai dengan kagum.
"Dulu aku kena tutup mata aku dengan kain. Sebab tu la aku berusaha sungguh-sungguh untuk belajar rasa aura magik untuk senangkan hidup aku.
Tapi ayah Niel ciptakan gelang ni."
"Wow.. Hebatnya keluarga kau, Niel."
"Memang." hidung Niel memanjang, bangga mendapat pujian.
"Siapa je yang tahu pasal ni?"
"Buat masa ni.. Kau, Niel, Trystan dan Lillian je."
"Diorang tahu?"
"Ya. Lepas 10 tahun aku tinggal kat sini, aku pergi ke Astela. Niat nak tengok keadaan negeri tu. Dan aku terserempak dengan Trystan.
Ah.. Aku hampir lukakan Trystan waktu tu." Ashley mengurut dahinya.
"Eh..?"
"Trystan cakap dia boleh bezakan magik milik orang biasa dan magik Keluarga Diraja.
Bila aku terserempak dengan dia.. Dia cakap 'apa yang kerabat diraja buat kat sini?'.. Dan aku keluarkan pedang aku..."
"Heh.." Niel menahan tawanya.
Tiba-tiba Scarlet teringat sesuatu.
"Um... Mengikut buku yang aku dah baca.. Keluarga Diraja ada kuasa naga, betul tak?"
Niel dan Ashley saling menatap sebelum menjawap. "Ya..?"
"Jadi maksudnya.. Keluarga Diraja boleh masuk ke Andal lah kan?"
Persoalan dari Scarlet mengejutkan mereka.
"Jadi.. Raja boleh masuk Andal.... kan?"
"........."
"Kenapa aku tak terfikir pasal ni.." Ashley menutup mulutnya.
"Baik korang cepat pergi Astela dan jumpa Trystan."
Ashley mengangguk.
"Jom Scarlet."
"Sekarang??"
"Ya."
Mereka berdua terus mengemas dan mengenakan pakaian sama seperti ketika mereka keluar dari Villon.
Niel menghantar mereka sehingga dihadapan pagar rumahnya sahaja.
"Sebelum aku lupa.. Nah." Niel memberikan sebuah kotak kecil kepada Ashley.
"Ah.. Yang aku minta kau buatkan tu ye." Ashley membuka kotak itu. Didalamnya terdapat dua bentuk cincin yang dihiasi batu magik berwarna merah.
Ashley mengambil cincin yang lebih kecil dari satunya dan memberikannya kepada Scarlet.
"Aku punya?"
Ashley mengangguk. Scarlet terus memakai cincin itu. Ashley juga.
"Cincin apa ni?"
"Cuba sentuh batu magik tu."
Scarlet mendengar. Dia menyentuh batu magik berwarna merah itu. Lalu muncul satu benang berwarna merah yang bersambung dengan batu magik di cincin Ashley.
"Cantik."
"Kita berdua je yang boleh nampak benang ni. Jadi aku boleh tahu kau kat mana. Dan kau boleh tahu aku kat mana."
'Macam red thread of fate." Rona merah muncul dipipi Scarlet.
"Hm? Kenapa Scarlet? Kau harap ni cincin pertunangan ke?" Usik Ashley.
"H-hah?.. Manade.. Takyah mengarut lah." Scarlet memusingkan badannya.
Ashley melihat Scarlet. Telinganya yang merah membuatkan Ashley tersenyum.
'Nampak macam aku ada peluang.' Fikir Ashley.
Mereka berdua berada di dunia mereka masing-masing. Melupakan Niel yang masih melihat mereka.
"................" Niel mula rasa kesal dengan adegan dihadapannya.
"AISH.. BERAMBUS DARI SINI."
Ditendang.

ANDA SEDANG MEMBACA
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...
Chapter 25
Mula dari awal