"Tapi aku masih boleh lawan."
"Kau boleh.. Tapi aku tak.."
"Eh?"
"Aku takde magik yang sesuai untuk berlawan. Magik aku cuma boleh sembuhkan orang lain je, jadi aku kenalah jadi orang terakhir yang terluka."
"Ah.."
"Jadi, ayah minta kau bersama aku sekarang sebab dia nak kau lindungi aku."
"Maaf, Lillian."
Lillian tersenyum melihat Scarlet yang menundukkan kepalanya.
"Aku tak pernah rasa aku lemah. Sebab kuasa aku ialah kuasa paling penting dan diperlukan dalam satu pertempuran.
Jadi, Scarlet tak perlu rasa bersalah."
Scarlet melihat Lillian yang tersenyum manis. Satu senyuman terbentuk dibibir Scarlet.
____________Scarlet menatap kediaman Duke Rochaze. Ianya besar dan mewah. Dinding dipenuhi dengan ukiran yang cantik, tamannya pula lebih besar dari padang bola didunia Scarlet.
"Ni rumah ke istana?" Tanya Scarlet kepada Lillian.
"Rumah Duke Rochaze." Jawap Lillian.
'Baru bahagian depan je... yang kiri, kanan, belakang aku tak tengok lagi. Rumah je dah besar macam ni. Macam mana pula istana diraja?' Fikir Scarlet.
Mereka berdua diiringi butler rumah itu, menuju ke pejabat Duke Rochaze. Scarlet juga terpegun akan reka bentuk dalaman rumah itu.
Tiba disebuah pintu besar. Butler tadi membukakan pintu untuk mereka berdua setelah mendapat izin.
Didalamnya, Trystan dan Ashley sedang duduk disofa manakala Duke Rochaze duduk dikerusi kerjanya. Trystan bangun dan mendekati Lillian dan Scarlet.
"Yang ini Scarlet Aslan." Trystan menunjuk Scarlet.
Kemudian dia menunjuk Lillian dengan wajah bangga.
"Yang ini pula anak saya, Lillian Maigness.""Anak?"
"Ya."
'Dia tak percaya juga.' Scarlet cuba untuk tak ketawa melihat wajah Duke Rochaze.
"Ehem.. Baiklah."
Duke Rochaze bangun dari duduknya dan mendekati mereka berempat.
"Ketua bangsawan yang lain akan datang. Paling lambat mungkin dua hari lagi.
Pada hari tu, satu mesyuarat akan dilaksanakan di istana. Saya salah satu yang harus menghadiri. Dan saya nak Encik Ashley menjadi pengawal untuk saya. Boleh?"
Ashley mengangguk.
"Anda semua yang lain juga akan saya bawa masuk. Dan saya nak awak semua mencari di sekitar istana."
Duke Rochaze menghamparkan pelan bangunan untuk istana. Lalu menunjukkan satu tempat yang dibulatkan olehnya. Mereka berempat mendengar dengan seksama.
"Ini ialah ruang bawah tanah. Ruang ni dah lama ditutup -sepatutnya-. Tapi saya nak awak semua cuba untuk periksa."
"Bukankah sepatutnya ada pengawal istana akan berjaga?" Tanya Trystan.
"Ya. Sudah pasti. Tapi Encik Trystan, Encik ialah antara ahli sihir yang terkuat di Sevalon. Encik mesti ada cara kan?"
Trystan terdiam sebentar.
"Saya akan fikirkan.""Duke, macam mana dengan Putera dan Puteri Mahkota?" Ashley membuka mulut.
"Saya dah tak pernah terserempak dengan mereka dengan sejak pertandingan memburu yang lepas."
"Maksud Duke, 2 bulan lepas?"
"Ya."
"Ada kemungkinan tak mereka bersubahat?"
"Saya tak tahu, tapi kita harus syak begitu. Sekarang, semua ahli istana harus disyaki."
"Baiklah."
________________Malam sudahpun tiba. Scarlet pergi menemui Ashley yang sedang berlatih pedangnya ditanah latihan milik keluarga Rochaze.
Ashley sedar Scarlet menghampirinya, namun dia tak menghentikan ayunan pedangnya.
"Bulan cantik malam ni, kan?" gurau Scarlet yang melihat bulan penuh dan sedang bersinar terang.
Ashley menghentikan ayunan pedangnya dan melihat bulan yang Scarlet lihat.
"Ya. Memang cantik."
Ashley melihat Scarlet yang masih melihat bulan. Dia terpegun melihat kecantikan Scarlet dibawah cahaya bulan.
"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"
"Ada beberapa maid cakap-cakap ada orang kacak tengah berlatih pedang. Dan aku rasa tu kau.." Scarlet tertawa kecil.
"Ada-ada je la kau ni." Ashley tersenyum mendengar gurauan Scarlet.
Scarlet terdiam untuk beberapa saat. Untuk menenangkan hatinya yang berdegup kencang.
"Ashley.."
"Hm?"
"Boleh.. kau janji sesuatu untuk aku?"
"Janji apa?"
Ashley melihat Scarlet yang memegang dada kirinya. Dia menunggu apa yang akan Scarlet katakan.
"Pastikan kau masih hidup, boleh?"
"……"
Ashley tak menjawap. Dia berjalan mendekati Scarlet.
"Ashley..?"
Badan Scarlet dipeluk. Dagu Ashley ditopang diatas kepalanya. Rona merah muncul dipipi Scarlet.
"Kau risaukan aku ke?"
Scarlet menganggukkan kepalanya. Mukanya dibenamkan kedada Ashley.
"Kau tahu kan yang aku ni Hero? Samada ada aku keluar hidup atau mati, tu bukan pilihan aku."
"Aku tahu.."
Sakit. Itu apa yang dirasakan oleh Scarlet.
Ashley melonggarkan pelukannya dan memandang Scarlet. Tangan kirinya menyentuh dagu Scarlet dan mengangkatnya. Membuatkan mata hitam Scarlet bertentang dengan mata birunya.
"Tapi.. kalau ada yang tunggu aku.. Rasanya aku boleh cuba untuk kekal hidup." Ashley menyambung dengan senyuman.
Wajahnya didekatkan kewajah Scarlet. Sehinggalah bibir mereka bersentuhan.
Scarlet menutup mata. Hanya menikmati beberapa saat dimana hatinya berada diambang kebahagiaan. Dimana badannya berada di pelukan terhangat yang boleh dia rasakan setelah lebih 10 tahun.
_______________🌸月が綺麗ですね?🌸

ANDA SEDANG MEMBACA
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...
Chapter 26
Mula dari awal