Tangan lelaki itu cuba untuk memegang muka Scarlet. Namun Scarlet lebih cepat dan menangkap tangannya. Lalu mematahkan tulang pergelangan tangan lelaki itu.
"AARGH!"
Scarlet melepaskan tangannya. Lelaki itu berlutut sambil menjerit-jerit kesakitan.
"E-eh? B-Bos?" Kedua lelaki dibelakangnya tak tahu apa yang harus dilakukan.
"APA YANG KORANG TUNGGU LAGI? SERANG DIA!"
Scarlet tenang sedangkan Lillian agak risau.
Kedua lelaki itu cuba untuk menyerang Scarlet.
Scarlet dengan lincahnya memusingkan badannya dan membuat tendangan memusing, tepat ke tulang rusuk kiri salah satu lelaki itu. Bunyi tulang yang patah kedengaran. Scarlet melompat kecil dan menendang lelaki ketiga tepat ditelinga kanannya.
Lelaki ketiga tak sedarkan diri. Yang kedua masih berguling diatas tanah kesakitan.
Scarlet mendekati si ketua yang bergetar badannya. Diikuti Lillian yang ingin menghentikan Scarlet.
"Am-ampun, Cik. Saya g-gurau je.. Jangan apa-apa kan saya.." Dia memohon.
"Oh- Baru tahu takut.. Selama ni kau fikir semua perempuan tu lemah ke?"
Mata tajam Scarlet menambahkan lagi ketakutannya. Dia tak mampu mengutarakan apa-apa.
"Scarlet, sudah lah tu."
"….. Kau beruntung kawan aku ni baik. Kalau tak, kat sini juga aku patahkan leher kau." Scarlet menyeringai.
Lelaki itu ketakutan.
Scarlet baru ingin melangkah pergi. Namun tiba-tiba muncul bayang-bayang dari bawahnya. Memerangkap dia, Lillian dan juga lelaki malang tadi.
"!!! APA NI?!"
________________Bola hitam itu terbuka dan menghilang, menunjukkan Scarlet dan Lillian yang terkejut, dan lelaki tadi yang sudah pengsan.
Scarlet melihat tempat dia berada.
Penjara. Scarlet melihat beberapa ruang kosong yang dibatasi oleh sel besi.
"Selamat datang."
"!!" Scarlet dan Lillian menoleh kearah seorang lelaki tua -atau tak-, berbadan tegap dan berambut kuning. Lelaki itu berpakaian sangat mewah. Tangannya pula hanya satu.
Scarlet berlutut dihadapan Lillian untuk melindunginya. Dia mencengkam kedua tangannya dengan erat.
Scarlet melihat mata lelaki dihadapannya itu. Merah terang, sama seperti mata Ashley.
"Kau nampak tenang.. Mesti kau dapat teka siapa Beta, betul tak?"
Scarlet memandang tajam lelaki dihadapannya. Dia menggigit bibirnya. Dia tahu... Lelaki itu jauh lebih kuat daripada orang-orang yang dia jumpa selama ni.
"Raja Sevalon..."
"Ya, betul. Beta ialah Nelius Kaivan de Sevalon, Raja bagi empayar Sevalon.
Dan kau bertiga, akan Beta jadikan korban untuk magik hitam."
Aura hitam yang dipancarkan oleh Raja membuatkan Scarlet merinding. Mengingatkan Scarlet kepada seseorang.
'Trystan dengan Ashley betul. Semua ni angkara dia.
Aku kena bawa Lillian pergi dari sini.' Scarlet melihat Lillian yang ketakutan.
"GAH!" Tangan kanan Raja Nelius mencekik leher Scarlet dan mengangkatnya. Kaki Scarlet tak menyentuh lantai.
"L-lepaskan.. aku." Scarlet kesusahan untuk bernafas akibat genggaman kuat Raja. Kakinya menendang-nendang, namun Raja Nelius bagaikan tak merasa apa-apa.
"L-LEPASKAN DIA." Lillian berlari kearah Raja dan memukul-mukul tangannya. Mengharapkan dia melepaskan Scarlet.
BAK
Lillian ditendang dengan kuat. Badannya menghentam sel besi, sehingga sel besi itu bengkok.
"Li-lli-an.." Scarlet melihat Lillian yang tak sedarkan diri diatas tanah.
Scarlet menghalakan kedua tangannya kearah Raja.
'Magik ilusi yang aku serap dari Curseforest.'
Scarlet mengeluarkan magik ilusinya.
"!!.. Apa yang..?"
Genggaman tangannya dilepaskan. Scarlet jatuh.
Tak membuang masa, Scarlet terus mendekati Lillian dan menuntunnya.
Dia cuba untuk membawa Lillian menaiki tangga batu dibelakang Raja, sementara Raja sedang diserang magik ilusi Scarlet.
_________________Pada masa yang sama.
Ashley sedang menggerutu bersendirian dibilik tumpangannya.
"Aaaagghh! Kenapa aku.." Mukanya memerah mengingat apa yang telah dia lakukan malam semalam.
Dia mengingat wajah cantik Scarlet yang dihiasi rona merah nipis, bibirnya yang lembut menyentuh bibirnya.
Dia menyentuh bibirnya.
"Sejak bila aku...."
Cincin ditangannya dilihat. Sekali lagi mukanya memerah mengingat gurauan yang dia berikan ketika dirumah Niel.
"Eh?"
Ashley dengan tergesa-gesa berlari kepejabat Duke Rochaze, dimana Duke dan Trystan sedang berbincang.
"TRYSTAN!"
"Ada apa?" Trystan dan Duke terkejut melihat Ashley yang bagaikan kerisauan.
"Scarlet.. Scarlet kat mana?"
"Seingat aku... dia keluar dengan Lillan sejak tadi pagi.
Memangnya kenapa?"
"Diorang dalam bahaya."
"Hah? Apa maksud kau, Ashley?"
"Benang merah dari cincin ni dari taei muncul dan hilang terus. Dan bila aku periksa, hujungnya ada kat arah istana.."
"Jangan-jangan..?"
Ashley dan Trystan baru sahaja ingin berlari pergi.
"TUNGGU!" Duke Rochaze menghentikan mereka.
"Ikut pelan kita, kita harus bertindak esok. Kalau awak berdua pergi sekarang-"
"Maaf, Duke."
Duke Rochaze terkedu melihat Trystan dan Ashley. Mata mereka penuh dengan kerisauan.
"Saya tak nak biarkan anak-anak saya dalam bahaya."
Mereka berdua meninggalkan Duke yang masih terkedu dan kebingungan.
Trystan tak tahu apa-apa soal cincin yang disebutkan Ashley, tapi dia tahu yang Ashley takkan menipu.
Mereka berdua melompat dan melompat menerusi bumbung rumah dan pokok-pokok.

ANDA SEDANG MEMBACA
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...
Chapter 27
Mula dari awal