Ada kejadian yang Faz dan Den paling tidak bulih lupa masa durang tengah tunggu tu movers company datang ambil barang-barang durang di Taman Molly, tiba2 datang tu jiran durang yang same Floor tapi tangga hujung sebelah kiri. Sebelum ni pun durang anak beranak pernah limpas juga rumah durang Faz tp setiap kali Faz mau tegur, cepat2 tu mama tarik anak dia limpas tu rumah.
"Pindah sudah kamu dek?"- Kakak tu, anak perempuan dia pun ikut-ikut dia di belakang, mungkin anak dia tu dalam 8 atau 9 tahun lah umur dia.
"Ya kak"- Faz. Senyum2 lagi Faz sama tu kakak sama anak dia.
"Nah baguslah kalau kamu pindah sudah. Aku mau juga bagitau ko bah tu sebelum ni yang ni rumah ni tidak berapa bagus, tapi dilarang aku oleh lakiku, bilangnya janganlah sibuk hal orang. Aku bilang bukan aku sibuk tapi aku kesian sbb kakak tingu kamu ni bagus bah, peramah lagi. Tapi sekarang laki ku keluar kerja nah, aku ambil kesempatan lah mau kasi tau kamu ni"- Kakak tu
Tediam Faz mendengar cakap kakak tu. Dia tidak tau apa mau respon. Den yang duduk di sebelah dia pun diam2 juga. Speechless.
"Mesti diganggu kamu ni kan di rumah ni, tu lah sekejap jak kamu tinggal sini. Lama juga tiada orang sini ni dek sebelum kamu tinggal sini. Kakak rasa mcm mau 1 tahun juga tiada orang tinggal sini. Tapi sebelum tu, memang ndak tahan bah orang tinggal sini ni, sekejap-sekejap betukar orang. Bilang durang behantu ni rumah. Ndak juga kakak pernah tanya apa hantunya tapi tu lah memang ndak tahan lah orang tinggal sini ni dek!"- C Kakak
"Oh ya kah kak. Ya ada juga lah kami rasa gangguan sikit2 tapi tidak lah teruk, biasa lah klu bangunan lama bah kan kak. Kami pindah ni sbb kami dapat rumah sewa yang dekat sikit tempat kerja kami dua. Susah bah klu setiap pagi mau pigi kerja, pulang pun jem juga kan kak. Bikin stress"- Faz. Mcm malas pula Faz mau bgtau perkara sebenar sebab bukan juga dia rapat sama ni jiran. Tapi mungkin kakak ni memang kaki gosip, dia sambung lagi becerita, sempat lagi dia membawang pasal jiran-jiran di tingkat lain hehehe. Faz dan Den angguk2 saja, kadang2 durang betanya2 juga lah sbb syiok bah pula membawang kan? Hahaha...
Tiba-tiba anak kakak tu tarik tangan kakak tu. Sambil mata dia meningu di dalam rumah sewa Faz.
"Apa? Ih anak ini, orang tua lagi becerita"- Kakak tu tapi dia dengar juga bila anak dia bebisik di telinga dia. Terus berubah ekspresi muka kakak tu.
"Ih, ko ni, jangan lah dilayan. Apa bilang bapamu tu, kalau nampak buat2 jak ndak nampak kan?"- Kakak tu.
"Aunty, tu nah kawan bilang, dia suka aunty di sini. Dia sedih aunty mau pindah sudah"- Anak tu Kakak, sambil tangan dia tunjuk di dalam rumah.
"Ih anak ini, mengasi takut orang lagi bah!"- Kakak tu
"Kawan mana?"- Den tanya anak tu Kakak.
"Tu nah di dalam, dia tinggal di dalam tangki di kamar mandi. Dia suka aunty, tapi dia tidak suka uncle. Mama tu kawan pula tidak suka aunty, dia jeles sbb anak dia selalu puji2 aunty. Tapi mama dia suka tu uncle yang satu lagi, dia bilang tu uncle hansome mcm tu boyfriend dia yang kasi tinggal dia dulu "- Anak Kakak tu. Mcm tiada saja ni dia bgtau. C Den sama c Kim yang kebetulan keluar bila dengar durang c Den sama C Faz becerita2 di luar tekebil-kebil, pucat.
Faz jangan cakap lah. Kembang terus bulu tengkuk dia. Nasib semua barang-barang sudah habis packing tinggal kena angkat oleh tu movers lagi. Dia tidak tau macamana dia mau pijak kaki masuk pigi tu rumah lepas dengar cakap anak tu Kakak.
Ternyata selama ni yang Faz rasa dia diperhati selalu di kamar mandi tu bukan perasaan dia semata-mata, tp betul lah tu selama ni! Dan skrng durang tau sudahlah kenapa tu benda suka kacau c Kim!
Begitu lah cerita rumah sewa yang menyeramkan. Pengajaran untuk kita semua yang sedang mencari rumah sewa, kalau boleh selidik dulu betul-betul rumah yang bakal disewa. Paling penting, kalau sewa dia telampau murah dari harga sewa semasa atau mcm "too good to be true"dan gut instinct kamu cakap ada "something wrong somewhere"jangan lah cuba2, biar mcmana desperate pun kamu masa tu. Apa bulih buat nasib c Faz, Den dan Kim kurang baik sbb durang yang "kana" tapi kalau durang tidak lalui ni experience dan share ni experience durang mungkin ramai lagi akan jadi mangsa rumah yang Bikin Takut ni.
That's all from me my dearest readers. Siou lambat betul baru sia dapat sambung. Banyak betul halangan dan rintangan, namely PKP, PKPB, PKPD, WFO, WFH, PDPR ehhhhh....
Hopefully kamurang suka lah ni first horror story dari sia kio. Ingat ambil yang baik jak, yg tdk baik kita kasi jadi pengajaran.
Sampai jumpa lagi di story akan datang.
Stay safe semua...
Xoxo,
Gwen

ANDA SEDANG MEMBACA
Bikin Takut by Gwen
ParanormalMy first attempt on horror story. Hopefully betul2 bikin takut lah kan. Don't worry this is an all age friendly story. Enjoy. Disclaimer Note : Berdasarkan cerita benar dari pemilik cerita asal. Sia cuma jadi story teller. Nama characters diubah utk...
Bikin Takut...Part 7 (Final)
Mula dari awal