抖阴社区

???? ?

542 51 3
                                        

𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸 𝙳𝙸𝙰 𝙺𝙴𝚁𝙰𝙽𝙰 𝙰𝙻𝙻𝙰𝙷 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝚁𝙰𝙽𝙰 𝚁𝚄𝙿𝙰

-𝙰𝙸𝙽𝙰𝙽

Fawaz membetulkan kaca mata hitamnya yang tersangkut elok di atas hidung mancungnya itu sambil menunggu dua gadis kesayangannya. Serban putih dibelek memastikan ia kemas dan tidak nampak serabut. 

"Antum lambat lagi ke? Ana panas dah diluar ni tunggu antum." Suaranya sedikit ditinggikan ketika bertanya. 

"Dah jom." Ujar Tasneem pada abangnya Fawaz. Matanya memandang pelik ke arah abangnya yang diam tidak berkutik. Fawaz memandang tepat ke arah Ayesha yang memakai niqab hitam pemberiannya dahulu. 

"Akhi!" Sergah Tasneem.

"Cantik. Eh astaghfiruallahalazim enti ni. Dah masuk kereta, duduk depan dengan akhi." Tangannya membuka pintu belakang untuk Ayesha. 

"Syukran Imam muda." Matanya dikenyit sedikit, sekali lagi membuat jejaka itu terkaku. 

"Hemm Afwan." Kaki dituju ke arah pemandu. Keadaan hanya hening sepanjang perjalanan. Tingkap menjadi mangsa tenungan Ayesha. Masing-masing melayan perasaan sendiri. 

"Agak-agak sampai bila enti nak tenung tingkap kereta ana ni?" Lamunan panjang Ayesha terhapus mendengar suara garau Fawaz. 

"Erk mana Tasneem?" Soal Ayesha menutup malunya, nasib baik dia memakai niqab kalau tak sudah nampak muka merahnya. 

"Tasneem dah masuk dulu, jomlah ana panas ni." Walhal dia yang menyuruh Tasneem masuk dahulu. Boleh tahan gedik pak imam sorang ni. 

Ayesha bergerak keluar dari kereta dengan berhati-hati, buat pertama kalinya dia memakai kasut bertumit tinggi walaupun tidaklah tinggi mana. Mereka masuk ke dalam masjid bagai pasangan suami isteri biarpun tidak berpegangan dan ada jarak yang menghalang. 

"Assalammualaikum wahai sahabat." Mereka berjabat cara lelaki. Kening Taqif terjungkit sebelah memandang Ayesha dibalik badan Fawaz. 

"Waalaikummussalam wahai imam muda. Siapa pulak belakang kau ni pak imam, rasanya Tasneem dah masuk lama dah. Zaujah kau ke?" Soalnya pelik.

"Ana pergi ke tempat perempuan dulu ya. Assalammualaikum." Ujar Ayesha berlalu pergi dari dua lelaki itu. 

"Haa jomlah, tok kadi pun dah sampai tu." Cuba mengelak soalan sahabatnya tadi. 

Hanya dengan sekali lafaz sahaja kedua mempelai telah sah bergelar suami isteri. Doa di aamiin kan, Ayesha terfikir andai yang akad tadi itu ialah Fawaz dan yang mendengar itu ialah dia. Namun itu semua hanya khayalannya sahaja. 

"Barakallahu laka wa baarakaa alaika wa jamaa bainakumaa fii khoir wahai sahabat." Ucap Fawaz pada sahabat seperjuangannya di Saudi dahulu. 

"Aamiin wa feekum ya sahabat, anta bila lagi takkan nak tunggu siapa tu yang junior masa di Saudi tu." Tangannya naik ke dagu seolah berfikir. 

Ayesha menunduk memandang lantai apabila tahu siapa gerangan yang dimaksudkan oleh bekas seniornya itu. 

"Ayesha, bang nama dia. Kawan Amirah tu kan?" Soal Amirah pada suaminya. 

"Haa betullah tu, manalah agaknya budak tu. Enti pun dah tak berhubung lagikan dengan dia?" Soalan itu hanya dibalas dengan anggukan. 

"Hai kamu, ismi Amirah nama enti apa?" Mesra Amirah. 

ADMIRE IMAM MUDA (C?)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang