"Kau takut mati?" soal San, memandang langit yang tiada sinar matahari.
"Aku takut hidup."
"Kenapa?"
"Cara aku hidup, menentukan cara aku mati. Salah jalan, sakitlah pengakhirannya."
San kini berdiri di hadapan rumah agam yang tersergam mewah di atas tanah luas ini. Lebih mewah daripada rumah Lyn. Lyn dari tadi tak lepas memegang tangan San, dia sejujurnya takut. Dia nampak bendera jelas terkibar di kawasan rumah ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Oh ada tetamu rupanya!" laung seseorang yang memegang bendera berlogo Ateez itu, dia duduk di atas pokok.
San turut mendongak memandang manusia itu. Lyn makin erat pegang tangan San. Dia tahu benar ini kawasan rumah siapa. San dah ceritakan kepada dia tadi. Kenapalah Wooyoung dan Yeosang tak ada sekali, kalau tidak bolehlah dia rasa selamat sikit.
Hanya dia dan San di sini. Kalau San kena belasah teruk, siapa yang nak tolong nanti? Lyn tahu saja berlawan, cuma dia tak adalah hebat mana. Kalau sepuluh orang kepung dia, arwah dia dibuatnya.
"Jongho." nama itu disebut San, serentak lelaki di atas pokok itu melompat turun.
Buah epal dibaling kepada San, cekap San sambut. Jongho melangkah mendekati San, dia pandang Lyn dengan pandangan tajam. Lyn telan air liur.
"Berani kau jejak kaki? Nasib baik aku yang nampak. Pergi balik." arah Jongho.
"Jongho.."
"Kau bukan sebahagian daripada kami lagi, bang. Kalau Hongjoong atau yang lain nampak kau, aku tak mampu nak tolong dah. Kau tahu kan Yunho marah betul dengan kau, Hongjoong pun sama. Baliklah.."
"Aku perlukan pertolongan, Jongho. Tolonglah.."
"Pertolongan apa lagi yang kau perlukan?!" San tersentak mendengar suara kuat itu menyergah dia.
Jongho mengeluh, buah epal di tangan San itu dirampas, dibelah dua dengan tangannya sendiri. Membulat mata Lyn melihatnya. Jongho berikan separuh epal itu kepada Lyn, separuh lagi dia makan.
"Mingi.." San berair mata memandang Mingi yang mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini? Lebih baik kau balik sebelum Yunho dan Hongjoong nampak kau."
"Aku takkan balik, tolonglah.." San separuh merayu.
Lyn hanya memerhati. Mingi tinggi orangnya, tatapannya mampu membunuh. Sikit senyuman pun tak ada, badan gagah perkasa. Wuish, kalau macam ni rupa, mahu jatuh cinta Lyn dibuatnya. Memang keturunan Ateez ni kacak belaka ke?
San seorang pun dah mampu buat jantungnya bergetar hebat, ketampananan Yeosang dan Wooyoung tiada batas, kacak benar bak putera raja. Kali ini Jongho dan Mingi pula, tak kurang hebat mereka berdua ini. Dah macam pelakon pun ada.
"Apa kau nak lagi?" soal Jongho selamba, epal di tangan Lyn tadi dia ambil.
"Eh, buruk siku!" Lyn mencebik.
"Suka hati akulah, buah aku." Jongho menjeling. "Umm.. tak sia-sia aku tanam." dia menikmati rasa epalnya tadi.
"Kawan-kawan aku kena bunuh. Aku nak balas dendam."