C H O S H A AWARD 2021
Merupakan sebuah anugerah anjuran KELAB HIKARIDEA untuk memberi peluang kepada semua Chosha (著者) Malaysia mengetengahkan cerita dan bakat masing-masing.
Mari ambil cabaran dari Kelab Hkaridea dan buktikan kemampuan anda seba...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penulis.
TERIMA KASIH KERANA SUDI BUKA DAN BACA ANUGERAH ANJURAN KAMI PADA KALI INI
Kami dari KELAB HIKARIDEA akan memberikan sedikit penerangan berkenaan Anugerah 'CHOSHA' 2021 .
Ini merupakan kali pertama HIKARIDEA menjadi penganjur bagi sebuah anugerah. Seperti yang sedia maklum, KELAB HIKARIDEA merupakan sebuah kelab penulisan, di mana motif utama kami adalah untuk melahirkan penulis-penulis di bawah naungan Hikaridea sebagai penulis-penulis yang berjaya.
Jadi, mari sertai cabaran kami. Ketengahkan karya anda!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ S E L A M A T D A T A N G K E A N U G E R A H C H O S H A 2021 ❞
Pertama sekali ANUGERAH CHOSHA 2021 akan mempertandingkan 3 GENRE sahaja, iaitu:
● Romance ● Thriller ● Horror
PENILAIAN
Penilaian Anugerah CHOSHA bukanlah seperti penilaian biasa. Juri-juri kami terdiri daripada ahli HIKARIDEA sendiri yang sudah berkecimbung bertahun-tahun dalam pengkhususan masing-masing.
Proses penilaian ANUGERAH CHOSHA 2021 akan melalui fasa berikut;
FASA 1 - Penilaian Tatabahasa
Juri akan menilai dari sudut tatabahasa. Terlalu banyak kesalahan tatabahasa, juri berhak untuk menolak keluar karya peserta daripada masuk ke fasa seterusnya.
FASA 2 - Kreativiti dan Kekemasan Blurb
Juri akan menilai kreativiti penulis menghasilkan kaver dan kekemasan blurb novel. Pastikan blurb anda ringkas, kemas dan mampu menarik perhatian juri.
FASA 3 - Kajian Informasi dan Ketelitian
Juri akan menilai dari sudut penggunaan informasi dan ketelitian penulis dalam merangka naratif dan dialog. Naratif tidak lewah dan penyampaian sebarang informasi yang tepat dan mudah difahami akan mendapat markah bonus di sini
FASA 4 - KESELURUHAN
Juri-juri akan sepakat menyatakan undian mereka kepada karya yang layak dinaikkan sebagai Pemenang Anugerah CHOSHA 2021
JURI-JURI
Setiap fasa akan diadili oleh beberapa orang juri. Seperti yang sedia maklum, juri-juri yang kami terdiri daripada ahli HIKARIDEA yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Ada di antara mereka yang sudah menerbitkan novel fizikal mahupun novel digital. Ada juga yang pernah menjadi salah seorang pemenang dalam The Watty Awards. Hebat, bukan?
Siapakah mereka?
Identiti juri-juri adalah rahsia.
Juri akan membaca paling banyak 15 bab sahaja dan paling sedikit 1 bab. Pastikan 15 bab terawal anda mampu membuat juri meneruskan pembacaan.
Jadi, pertaruhkan karya teragung anda dan jangan mudah berputus asa!
KELEBIHAN MENYERTAI ANUGERAH CHOSHA 2021
Peserta yang tersingkir akan diberi kelebihan 'Promote Book' oleh KELAB HIKARIDEA juga pelekat penyertaan. Jadi, jangan bersedih kalau karya anda tersingkir. Kelab Hikaridea menghargai keberanian anda menyertai anugerah kali ini.
Pemenang-pemenang akan menerima pelekat khas yang diikitiraf oleh HIKARIDEA dan lain-lain kelebihan terserah kepada HIKARIDEA sendiri.
SYARAT-SYARAT
● Sila Ikuti akaun @KELABHIKARIDEA dan Undi setiap bahagian buku ini.
● Masukkan buku ini dalam reading list / library dan lain-lain bagi memudahkan peserta mengikuti sebarang pengumuman terbaru. Jangan salahkan kami kalau peserta terlepas tips-tips penting yang HIKARIDEA akan umumkan sebelum bermulanya fasa penilaian.
● Promosi Anugerah ini di Message Board anda supaya lebih ramai lagi yang tahu tentang Anugerah CHOSHA 2021.
● Tag 5 akaun 抖阴社区 yang aktif.
● Pastikan buku yang dipertandingkan adalah karya asli penulis. Kami tidak akan berkompromi atas sebarang karya ciplak.
● Setiap penulis bebas mendaftar 1 buku bagi setiap kategori. Jumlah buku yang penulis boleh pertandingkan berjumlah 3 buah.
● Tiada unsur lucah eksplisit, LGBTQ dan lain-lain yang mempromosi penderaan dan penganiayaan terhadap mana-mana individu atau kaum. Cerita bergenre Thriller yang harus ada babak-babak penderaan, silakan censored apa yang tak sepatutnya diceritakan. (Contoh: bahagian sulit, aksi rogol dan lain-lain.)
● Jadilah penulis yang matang. Unsur lucah akan dikeluarkan serta-merta dari penyertaan. Harap maklum! HIKARIDEA menghalang penulis-penulis di bawah naungan kami dari mempromosi sebarang aksi lucah dalam berkarya.
***Penghargaan eksklusif dari KELABHIKARIDEA buat @IqmalIzzat atas kesudian beliau menjadi pereka khas Award CHOSHA 2021 pada kali ini.
***Boleh ikuti @IqmalIzzat di 抖阴社区 dan Novelplus juga laman Instagram.