TW: self harm, sucide, rape,
Tengku's Series Book 2
"Jangan pernah seksa diri awak sewaktu saya sudah tiada,Cari lah pengganti saya yang boleh menyayangi Madison dan awak sepenuh hati,saya cintakan awak Tengku Mikael Stenford"
-Cayla hudson
"Kau pe...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Madison masuk kedalam University sambil mata tidak lepas meneroka isi dalam bangunan tersebut. dia sedar banyak mata yang memandangnya tapi ada dia kesah?, Of course no. dibesarkan oleh ayah yang dingin membuatkan dirinya juga ikut dingin, but tak seteruk Papanya lah
Sedang dia sibuk membelek kertas sambil berjalan tiba-tiba.
BUUK
Dia terlagar seseorang, dia mula merasa cemas melihat barang orang yang dilanggarnya bertaburan di lantai pintu masuk bilik kelas. nasib baik semua orang sudah masuk.
"Ahhh I'm so so sorry miss"
Madison bercangkung membantu gadis itu mengutip barang-barangnya, ye gadis dia dapat melihat kaki orang yang dilanggarnya memakai high heels rendah.
"Ehhh tak apa awak tak payah tolong,biar saya yang je"
Madison tersenyum bila mendengar suara lembut gadis itu rasa sejuk telinga mendengar, jauh beza dengan suaranya yang tegas.
Sedang sibuk mengumpul barang matanya tertumpu kepada nama di sebuah buku nota, CARLA MARIAM.
'Cantik nama'
Bisik hati Madison.
Siap mengumpul semua barang-barang yang jatuh, mereka berdiri, sempat madison dan Carla menyapu lutut yang sudah terkena lantai,
Madison mendongak mahu memberikan gadis itu barangnya.
"Here's your stuf-"
Belum sempat mahu menghabis ayatnya dia terkaku ditempatnya.
"Terima kas-"
"Ibu?"
Terpinga Carla, ahhh? Ibu? Bila masa aku jadi mak orang? Couple pun tak pernah.
"Saya rasa awak salah orang ni saya single,tak pernah kahwin"
Carla menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"No... Ibu, Madison rindu ibu"
Belum sempat Carla mahu berkata tiba-tiba Madison sudah menerpanya dengan pelukan.
Aiman dan Damia yang berdiri disebelah terpinga, hampir jatuh dagu mereka ke lantai.
"Mad-madison rindu sa-sangat dengan ibu... Kenapa ibu tinggal kan madi-madison"
Madison menangis teresak-esak didalam pelukan Carla, Carla terdiam terkaku terkedu nasib tak terkentut, Carla memandang Aiman dan Damia,matanya memberi isyarat 'TOLONG!'.
Aiman dan Damia menatap satu sama lain, mereka tersenyum sinis.
"Kitorang masuk dulu ye bye~"
Dua ekor itu masuk kedalam kelas tanpa segan silu.