抖阴社区

                                        

aku mengeluarkan barang dari poket kot sekolah ku.seutas gelang silver ku keluarkan..

"happy 100 day with me.."ucap ku separa berbisik..

"wahh..siap ada nama kita la."

RENJUN+MINJU

"aku pun ada jugak..ni.."aku menunjukkan gelang yang sama dengan renjun.

renjun tersenyum..

"ikut aku."dia menaik tangan ku keluar dari kelas.

"eh min ju,renjun..korang nak pergi mana?lagi 15 minit kelas mula."panggil yoora.

kami tidak menjawab pertanyaan itu.

~~~°π°~~~

"apa kita buat kat sini?"tanya ku tatkala kami berhenti di rooftop.

renjun tiba tiba duduk dengan sebelah lututnya di lantai.seperti posisi lelaki yang ingin melamar kesayangannya.dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan kotak hitam kecik.

"happy 100 day na minju."dia membuka kotak itu dan terlihat sebentuk cincin silver polos.

mata ku terus berair...

"r..renjun.."

"ingat tak wish list kita?aku kata kan aku nak sarung cincin kat jari manis kau."

aku mengangguk.

dia pun menyarungkan cincin di jari manis ku lalu menciumnya.aku pula terus memeluknya dengan erat.

"terima kasih sebab hadir dalam hidup aku."kata ku.

"terima kasih jugak sebab bawa warna dalam hidup suram aku na minju.aku harap sangat kita berdua takkan berpisah."

"tak..kita takkan terpisah.aku takkan benarkan sesiapa pun pisahkan kita berdua."renjun diam sahaja.

aku melepaskan pelukan ku dan terkejut tatkala melihat air mata lelakinya jatuh perlahan.dia memandang ku dengan pandangan yang begitu menyedihkan.sampai aku yang menyaksikannya pun terus buntu.tak tau nak buat apa..

"r..renjun?"

"macam mana kalau langit dan bumi yang pisahkan kita?"

aku diam..

"aku tetap akan genggam tangan kau dengan erat.walau pedih sekalipun,hati aku tetap akan tertuju pada kau.aku akan merayu pada alam semesta sampai kita disatukan kembali."aku mengesat air matanya.

ini pertama kali aku melihat renjun broken macam tu..

-renjun pov-

aku membawa minju pulang ke rumah.hanya ada mama di rumah.papa dan aunty sudah pulang ke china.

"haa.bakal menantu mama dah sampai.."sambut mama dengan senyuman lebarnya.

"amboi..dah jumpa min ju,terus lupa renjun.."

"mama dah bosan dengan kamu...biarlah mama dengan minju.kan minju?"

"hahaha..aunty ni..kesian renjun."

"aunty?panggil mama.."

"ouh..mama ni.hehe.."

aku bergegas masuk ke bilik dengan alasan ingin menukar baju tatkala merasa sedikit sakit di dada ku.aku cuba untuk mengawal pernafasan ku tetapi sukar untuk aku menarik nafas.

Huang RenjunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang