抖阴社区

                                        

"Makcik, betul ke Haera duduk bilik ni? Besar sangat ni, Makcik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Makcik, betul ke Haera duduk bilik ni? Besar sangat ni, Makcik." Haera bagaikan mahu menangis. Kalau Makcik Soomi tiada di sini, sudah lama Haera terdampar di atas katil itu.

"Eh, iya lah. Takkanlah Makcik nak letak Haera dalam bilik stor tu, kan?" gurau Makcik Soomi.

Haera terus meletakkan bagasinya di tepi katil. Nanti nantilah dia kemas pakaian. Sekarang ini nak ikut Makcik Soomi buat house tour.

Dia membuntuti Makcik Soomi dari belakang. Makcik Soomi betul-betul tawaf satu rumah. Dari ke ruang tamu, laman rumah, dapur, bilik basuh baju, mini library, sehinggalah mereka berdua tiba di hadapan dua buah bilik yang masih belum diterokai.

"Bilik ni bilik Tuan Kim. Dia tak benarkan sesiapa pun masuk ke dalam biliknya termasuklah kita berdua. Jadi, jangan tempah nasib malang ya?"

Fuh, bahaya betul amaran Makcik Soomi. Mesti majikan barunya itu garang macam singa kan? Tak pun, jenis yang cerewet tahap gaban.

Haera mengangguk laju. Kemudian, Makcik Soomi bergerak ke arah bilik yang lagi satu. Tombol pintu tersebut dipulas. Ruangan dalam bilik itu berwarna pink. Soft pink.

"Yang ini pula, bilik anak asuhan kamu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Yang ini pula, bilik anak asuhan kamu. Kim Aerin," kata Makcik Soomi.

Kim Aerin. Oh, itulah nama budak yang akan aku jaga nanti. Bilik itu sedikit bersepah dengan beberapa mainan yang berterabur di atas lantai, selimut yang tidak berlipat.

"Aerin... Aerin.." Makcik Soomi memanggil nama kanak-kanak tersebut.

"Sekarang ni waktu breakfast Aerin. Makcik nak beri dia makan," bisik Makcik Soomi pada Haera.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu ditutup. Seorang kanak-kanak perempuan yang rambutnya diikat dua datang mendekati Makcik Soomi.

"Jom sarapan. Makcik dah siapkan sarapan untuk Aerin kat bawah," Makcik Soomi tersenyum manis.

Haera pandang Aerin yang berdiri bersebelahan Makcik Soomi. Gadis kecil itu memandang Haera atas bawah, atas bawah. Kemudian, dia berbisik sesuatu pada Makcik Soomi.

"Ohh, ini Aunty Haera. Dialah pengasuh baru Aerin," Makcik Soomi memperkenalkan Haera kepada Aerin.

Namun, riak wajah Aerin seakan tidak suka dengan kehadiran Haera di situ. Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan buat Haera sebelum keluar dari bilik. Tergamam Haera melihatnya.

Makcik Soomi yang perasan akan tingkah laku Aerin itu segera mendekati Haera.

"Err, dia memang macam tu bila dengan orang yang dia baru kenal. Makcik harap Haera tak ambil hati," pesannya lembut lalu turun ke tingkat bawah bagi menyediakan sarapan buat Aerin.

Teragak-agak Haera mengangguk. Dia sudah rasa tak sedap hati. Lain macam je budak tu.

════ ⋆★⋆ ════

Aerin duduk di tengah-tengah meja makan yang besar itu. Dia berpeluk tubuh. Langsung tidak menyentuh sandwich telur yang dihidangkan di hadapannya sebaliknya dia pandang Makcik Soomi dengan pandangan tajam.

"Kenapa? Aerin tak suka sandwich telur ke? Makcik ada buatkan sandwich tuna," Makcik Soomi menarik pinggan yang berisi sandwich telur lalu menolak perlahan pinggan yang berisi sandwich tuna kepada Aerin.

"I don't want to eat sandwich!" bentak suara kecil Aerin. Bibir merah delimanya muncung bagaikan paruh itik.

Haera memperhatikan tindak-tanduk Aerin. Makcik Soomi seakan takut-takut untuk berhadapan dengan gadis kecil itu.

"Habis tu, Aerin nak makan apa? Roti bakar? Atau gimbap?" soal Makcik Soomi lagi. Mencadangkan makanan yang lain.

"Tak nak! I want macarons, gummy jelly and chocolates!" bantah Aerin lagi. Terpapar riak serba salah pada wajah Makcik Soomi.

"Tapi Aerin... Papa Aerin tak bagi Aerin makan semua tu," beritahu Makcik Soomi. Berharap agar gadis kecil itu faham dan menuruti perintahnya.

"I don't care! I want it now!" Aerin turun daripada kerusinya. Dia mula menghentakkan kaki dan tiba-tiba dia meraung dengan kuat. Makcik Soomi panik.

Bila Haera perhatikan perangai Aerin, ianya merupakan satu cabaran buat dirinya kerana dia harus berhadapan dengan kanak-kanak berperangai sebegini. Dia akui, Aerin sama seperti Nami yang gemarkan manisan. Tetapi bezanya, Nami mendengar kata manakala Aerin memberontak.

Haera memegang bahu Makcik Soomi. Sinar mata Makcik Soomi kelihatan risau. Haera anggukkan kepalanya perlahan.

"Biar Haera uruskan Aerin. Makcik boleh sambung buat kerja Makcik, okay? Percaya pada Haera."

Makcik Soomi pada awalnya berat hati. Namun akhirnya dia mengalah. Dia berlalu ke dapur meninggalkan Aerin dan Haera di meja makan.

"Aerin, tak elok tau buat Makcik Soomi macam tu. Kesian dekat Makcik. Dia penat tau buatkan sandwich yang sedap untuk Aerin, tapi Aerin tak nak makan. Lagipun tak elok makan benda manis masa sarapan ni," Haera memujuknya dengan penuh lemah-lembut. Tangannya mendarat pada bahu kecil Aerin.

"Who are you? Suka hati Aerin lah nak makan apa. I want macarons and chocolate, not sandwich! Kalau tak bagi Aerin makan macaron, nanti Aerin bagitahu Papa!"

Dengan selamba Aerin menepis kasar tangan Haera yang menyentuh bahunya itu. Pinggan sandwich itu ditolak menjauhi dirinya. Membulat mata Haera.

Memang banyak benda yang aku kena ajar budak ni. Kalau dibiarkan, boleh jadi teruk.

"Disebabkan Aunty merupakan pengasuh baru Aerin, jadi Aunty ada hak untuk tentukan apa yang Aerin kena makan setiap hari. Jika Aerin tak nak makan makanan yang berkhasiat, I will not give you candy, chocolate and macarons. It's okay kalau Aerin tak nak makan. Aerin boleh naik atas. Nanti bila lapar, turun makan. Sandwich Aerin ada dekat meja ni. Aerin tetap kena makan atau Aunty sendiri yang akan bagitahu Papa yang Aerin buat perangai," ucap Haera panjang lebar.

Dia terpaksa menggunakan 'kuasa veto' demi membuatkan Kim Aerin makan makanan yang telah disediakan untuknya. Haera takkan sesekali beri muka kepada kanak-kanak yang memiliki perangai sebegini.

Aerin memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Gadis kecil itu mendengus geram lalu pergi dari situ. Sengaja kakinya dihentak-hentakkan. Memprotes lah tu.

Haera menyimpan sandwich yang tidak berusik itu di dalam sebuah bekas kedap udara dan diletakkan di atas meja. Makcik Soomi yang datang dari dapur mendekati Haera.

"Macam mana? Makan tak dia?" soal Makcik Soomi berbaur kerisauan.

Haera tersenyum lembut. Lengan Makcik Soomi dia sentuh.

"Dia tengah protes. Tak apa, Makcik. Jangan risau. Nanti dia lapar, dia turun lah tu."

Kedengaran bunyi pintu bilik dihempas dengan kuat. Makcik Soomi pandang dia lagi. Haera meyakinkan wanita itu bahawa semuanya akan baik-baik saja.

Kita tunggu dan lihat, sampai bila Aerin boleh tahan tanpa makan apa-apa. Itu saja cara untuk didik Aerin supaya tidak memilih makanan.

[ To Be Continue ]

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: Mar 01, 2022 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Unexpected Love | TaehyungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang