Belle membawa bakul ke arah bahagian sayuran. Timbunan kubis napa menjadi sasaran, tangannya memilih kubis yang masih segar. Satu per satu bahan untuk buat kimchi jiggae muncul di fikirannya. Adakah dia pandai masak?
Sudah tentu tidak.
Ini semua demi memujuk anak Kim yang sedang muncung sedepa di rumah. Dah 3 hari dia tak bercakap dengannya. Habis segala pujukan dia tak mahu. Felix kongsi rahsia makanan kegemaran Skylar, jadi dikerahkan tulang empat kerat ini demi semangkuk kimchi jiggae.
Setelah dipilih terus masuk dalam bakul. Gadis itu berpindah ke tempat lain mencari bahan yang seterusnya.
"gochujang.." bisik Belle meliar mencari di rak jualan.
Belle mendongak lalu menangkap gochujang di atas kepalanya. Dia berdesis seiring menyumpah dalam hati. Gadis itu mula mengjengketkan kaki mencapai gochujang namun ada tangan lain bantu menurunkannya.
"susah betul nak ambil.. nah..lain kali bawak tangga senang." ujarnya terselit ayat perli.
Belle menoleh melihat Skylar disebelahnya bersama hoodie walaupun separuh wajahnya dilitupi topeng, gadis itu tahu dia baru bangun tidur. Belle ambil barang tadi dari tangan lelaki itu dan dimasukkan dalam bakul.
"kalau awak ikut.. bukan setakat tangga, bangku pun saya tak pandang.. saya ade namjachigu yang tinggi-"
Skylar terus melepasi gadis itu tanpa mendengar ayat chia-chia Belle. Belle buat muka pasrah. Terus dia mengejar jejak lelaki itu.
"sky nak beli ape? Kenapa tak pesan kat saya tadi?" soal Belle.
Skylar hanya diam sambil melihat pelbagai snek dihadapannya.
"kalau macam tu saya balik dengan awak eh?" Soal Belle lagi.
"kalau tak boleh?" jawab dingin Skylar tanpa memandang.
Belle tersentak dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.dia dipalau sebegitu rupa hanya kerana rapat dengan Sam, kawan karibnya sendiri.
"apa salah saya? Takkan dengan sam pun-"
"memang salah walaupun dengan sam." potong Skylar menjeling sekilas pada Belle.
Belle terdiam lagi.
"maaf."
Skylar pergi tanpa endahkan apa yang dikata okeh gadis itu. Hilang sahaja figuranya, mata Belle mula membahang. Cepat-cepat, dia mengusap wajah dengan hujung bajunya dan menghela nafas.
"takpe..kita teruskan plan kita, Belle! Kita tak boleh jadi lemah!" bisiknya menguatkan hati yang rapuh.
Usai segala bahan dibeli, Belle menapaki keluar dari pasar raya dengan menjinjing plastik beg dikedua belah tangannya. Belum sempat, Belle mahu menahan teksi ada figura menghalang pandangannya. Plastik yang sarat dengan barang ditangan juga diambil olehnya.
"eh, sky.."
Tak sudah habis ayat, lelaki itu menonong pergi ke parkir kereta. Belle lambat-laun mengikut arah lelaki itu. Dia pun pelik merajuk pun ya, tapi ambil berat juga ya.
+
Skylar mendaratkan barang pasar raya di meja kaunter dan menghilangkan diri ke bilik permainannya. Sejak akhir-akhir ini, lelaki itu kembali aktif dalam dunia permainan video. Belle pun tak mahu menghalang hobinya. Mungkin boleh jadi satu asbab hilangkan tekanan lepas kerja.
Belle hanya menghantar Skylar dengan pandangan kosong. kardigan knitwear yang tersarung dilepaskan lalu lempar ke sofa. Rambutnya disimpul sambil kaki menuju ke dapur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Areum.
FanfictionSemuanya bermula dari pasangan yang terselisih bahu di pub. Skylar jadi ingin tahu siapa gadis berkaca bulat bersama beg sarat. Pertama kali, dia tertarik dengan budak sekolah. Beg hijau yang ditinggal satu-satu harapannya untuk bertemu semula denga...