Siang sudah melabuhkan tirainya, kini malam menjelma. Adelia disiapkan oleh mak andam yang di upah oleh Puan Suhaila.
'Sis, mata you ni kan, I minat sangat tahu tak. It's looks shinning' kata mak andam itu.
'Thank you, ramai orang cakap macam tu tapi I tengok biasa je. Cantik sangat ke? ' tanya Adelia pelik. Orang nak beramah dengan kita, kita pula kenalah beramah mesra balik. Nanti orang kata sombong pula.
'Cantiklah. Mata you dah perfect untuk looks you yang ala-ala cute girl ni. Dahla kecil molek. Macam patung adik I dah I tengok you ni' kata Mak andam itu.
'Ish, yang bukan-bukan jelah you ni. Btw, skill makeup you cantik juga. Dah lama ke you jadi mak andam ni? ' tanya Adelia. Dah selesa berborak pula.
'nak kata lama tu, takdelah lama sangat. Hampir 5 tahun juga lah' kata mak andam itu.
'hampir 5 tahun. Lama juga tu. You dari umur berapa buat kerja ni? I iri lah dengan you' kata Adelia jujur.
'Kenapa nak iri pula, I buat kerja ni pun sebab minat. I ambil bidang ni masa belajar dulu. Kalau you cakap you iri dengan I, I lagi iri dengan you sebab dapat kahwin dengan anak sulung Tuan Sri Kale yang handsome tu' kata mak andam itu sambil siapkan rambut Adelia.
'Nak buat macam mana dah jodoh kan kahwin la' kata Adelia. Tapi hakikatnya dia tak dianggap sebagai isteri pun.
'I nak tanya sikit, apa yang you tahu pasal Elvien?' tanya Adelia cuba mengorek rahsia.
'aik? Suami you takkan you tak tahu pasal dia?' tanya Mak andam itu pelik.
'Manalah I tahu, dia tu macam seorang yang suka simpan rahsia tau. I yang isteri dia pun, dia tak bagitahu' kata Adelia bohong.
Padahal baru tengok muka pagi tadi. Tak sempat nak berborak tanya khabar pun.
'Erm, you nak dengar yang baik ke yang buruk dulu?' tanya Mak andam.
'baik dululah' kata Adelia.
'Okay, nama penuh dia Elvien Steven. Lahir kat Australia. Menetap dekat sana sampai umurnya sepuluh tahun. Ada 4 orang adik beradik dan dia anak no 1. D-' tidak sempat mak andam ingin menghabiskan percakapannya, Adelia sudah mencantas.
'You ni baca biodata dia ke apa? I tanya apa benda baik yang dia buat, bukan suruh baca biodatanya' kata Adelia.
'Sabar la bagi aku habiskan ayat dulu. You ni potonglah' kata Mak andam geram.
'Sambunglah, I tak kacau' kata Adelia memohon maaf.
'Dia yang take over company Tuan Sri Kale lepas Tuan Sri pencen dari syarikat. I dengar dia lah yang tolong keluarga dia sampai nama naik mencanak sampai sekarang ni and syarikat dia adalah syarikat no. 1 di dunia. Lagi satu, I ada dengar juga yang dia suka buat charity project. Senang cerita dia ni anak yang berbakti kepada ibu bapa dan negara lah' jelas Mak andam panjang.
Terangguk-angguk Adelia mendengar cerita Mak andamnya itu.
'Habis tu, apa benda buruk yang dia pernah buat pula?' tanya Adelia.
'Erm, tu hanyalah rumour semata-mata tau. You janganlah percaya sangat tau' kata mak andam.
'Ish, ceritalah cepat. You buat I suspens jelah' kata Adelia tidak sabar.
'Ye, nak ceritalah ni sabar. I dengar, dia ni kaki perempuan. Perempuan ni bagaikan baju je bagi dia. Pakai sekejap, lepastu dah kotor buang. Dia ni boleh dikatakan playboy jugalah. Tapi, I rasa dia tak macam tu kot. Kalau ye, kenapa dia kahwin dengan you kan? Then, ada juga orang kata yang Tuan Elvien ni berkawan dengan mafia berbahaya di dunia ni. Tapi kebetulannya tu I tak tahulah' cerita mak andam.
'Amboi, rancaknya berborak, borak apa tu?' tanya Sara yang baru sampai.
'Nothing, lambatnya kau sampai. Ada problem apa kat restoran tu?' tanya Adelia.
'Macam biasalah, ada customer tu tak puas hati apa tah kat pekerja aku tu. Saja cari pasal' kata Sara malas.
'Biasalah tu, customer is always right kan' kata Adelia.
'Erm, ni kau dah siap ke?' tanya Sara sambil membelik penampilan Adelia.
'Dah, cantik tak?' tanya Adelia lalu dia bangun dan pusing didepan Sara.
Wedding dress Adelia
'Of course la, kau cantik sangat beb' puji Sara.
Dress kembang ala-ala Disney princess itu sangat sesuai dengan Adelia.
'Cantiknya dress kau. Pandai mak mentua kau sewa. Mesti mahal kan?' kata Sara kagum.
'Ni bukan sewa, Sara. Ni mak mentua aku punya design sendiri' kata Adelia perlahan.
'Ouh patutlah, menantu kesayangan kan?' perli Sara.
'Mana ada lah, kau ni memandai je' kata Adelia.
'Ladies, korang borak-borak lah dulu. I balik dulu' kata si mak andam.
'Okay, thank you tau hias I malam ni. Cantik sangat' kata Adelia lalu dia tersenyum manis.
'Welcome, lovely. NaTnti kalau you kahwin, I sedia jadi mak andam you. I bagi 20% less lagi untuk you' kata mak andy yyang 7am kepada Sara.
'Dengar tu Sara. Tapi amboi sampai bagi 20% less ni, I takde dapat diskaun pon' usik Adelia.
'Sis Adelia lain, kahwin dengan orang kayangan. Mintak apa semua dapat. Petik jari je' gurau mak andam itu.
'You ni ada ada je. Mana adalah, apa yang kita nak kita kena usaha sendirilah, baru puas kan Sara?' kata Adelia.
'Yelah, I balik dulu ye. Bye Uolllss' kata Mak Andam lalu menarik beg makeupnya keluar.
'Eh taknak makan-makan dulu ke?' tanya Adelia.
'Takpelah, I ada client lagi lepas ni' kata mak andam itu.
'Okay, hati-hati' pesan Adelia.
'Mulut murai mak andam kau tu. Bercakap je dari tadi' kutuk Sara.
'Tak baiklah kau ni. Kau tak sedar ke kau dengan dia tu lebih kurang je' kata Adelia pula.
'Eh, eh suka hati kau je cakap aku mulut murai. Aku cancel jadi bridesmaid kau baru tahu' ugut Sara.
'Berani kau? Aku lari nanti' kata Adelia pula.
'Serius kau nak lari? Larilah aku tak kesah lagipun kau dengan si Elvien tu memang dah jadi suami isteri dah pun. Ni cuma majlis reception korang je' kata Sara tidak kisah.
Sebab apa? Sebab dia tahu Adelia takkan malukan muka mak bapak dia.
'Kau ni! Macam mana aku nak lari? Nanti jatuh air muka mak bapak aku sebab ada anak macam tu. Tapi dalam hati aku pun tak bersedia nak sandang tittle isteri tu' kata Adelia sayu.
'Adel, aku tahu kau buat semua ni demi mak bapak kau. Kau nak tengok dia bahagia kan? Tapi kau kena fikir diri kau juga. Apa yang buat kau bahagia? Kau kena cipta kenangan sebanyak yang mungkin' kata Sara.
'Ye aku tahu, aku dah tak lama tapi itu je yang dapat aku fikirkan sekarang. Untuk diri aku pula, aku yakin mak bapa aku bahagia. Itulah kebahagiaan aku' kata Adelia sambil mengukir senyuman kepada Sara.
Sara memandang jengkel kearah Adelia.
'Apa apa jelah Adel, asalkan kau terus bahagia. Aku pun seronok. Jangan bagi suami kau sakitkan hati kau tau. Kalau dia buat kau menangis ke, dia pukul kau ke, bagitahu aku. Biar aku ajar dia pula' pesan Sara.
'Yelah, Cik Sara' akur Adelia.
Tok!
Tok!'Kak Adel, abang suruh cepat'
Done chapter 3. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt {Complete}????
RomanceStart: 26/11/2022 End: 19/06/2023 Alkisahnya apabila seorang gadis yang bernama Adelia Violetta. Dia seorang gadis yang berumur 21. Adelia seorang anak yang patuh dengan kata-kata ibubapanya. Dia juga terkenal dengan seorang yang happy go lucky dan...