抖阴社区

Chapter 7

453 13 0
                                        

Akhirnya tinggallah Adelia dan Elfien didalam ward itu.

'Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? ' tanya Adelia.

'This is my hospital mestilah I tahu siapa yang datang hospital I ni' kata Elfien.

'Ouh, ni lah hospital awak? Not bad' kata Adelia sambil melihat sekeliling biliknya.

'Seronok?' tanya Elfien.

Adelia memandang pelik kearah Elfien.

'Seronok apa?' tanya Adelia pelik.

'Seronok tahan sakit sorang-sorang?' tanya Elfien lagi.

'So awak dah tahu pasal penyakit saya ni?' tanya Adelia lemah. Nampaknya rahsianya akan terbongkar tidak lama lagi.

'Dah berapa lama you tahan penyakit ni dengan hanya makan ubat tahan sakit? Kenapa you tak buat pembedahan? Kenapa you stop buat radioterapi? Berapa lama you stop buat radioterapi tu? You dah bersedia ke tinggalkan dunia ni? Tinggalkan orang yang you sayang? Tinggalkan abang I?' tanya Elfien bertubi-tubi.

'Banyak betul soalan awak ni, Fien. Tak tahu nak mula dari mana. Okay macam nilah doktor Elfien, saya dah 3 tahun hidap penyakit ni. Saya tahu masa tu umur saya 18 tahun. Tak buat pembedahan sebab saya tahu orang yang hidup pasti akan mati, kalau saya buat pembedahan pun saya akan mati. Lagipun risiko pembedahan pun 50/50 kan? I stop buat radioterapi sebab saya dah tak larat. Then kos bukan biasa-biasa. Awak lainlah anak orang kaya. Saya ni apa je yang ada. Dalam 2 tahun juga saya berhenti. Saya tak bersedia tinggalkan orang yang saya sayang tapi saya terpaksa demi kesenangan orang lain. Hanya saya, awak dan Sara yang tahu pasal penyakit ni. Dan awak jangan nak memandai-mandai nak bagitahu kat orang lain. Especially abang awak tu. Saya taknak belas kasihan pun dari dia' kata Adelia tekat.

'Lagi satu, kenapa sebelum ni awak tak bagitahu saya pasal abang awak tu ada girlfriend? Elaia dengan Elfiey pun tak bagitahu saya. Kenapa eh? Kalau korang bagitahu saya awal-awal takdenya saya kahwin dengan abang awak tu. Sempat saya nak batalkan majlis perkahwinan tu' kata Adelia lagi. Dia bukan marah tapi dia rasa macam dia adalah orang ketiga yang meruntuhkan hubungan Elvien dan girlfriendnya.

'You tahu pasal Zelia Ashira? Macam mana you tahu pasal dia? Elvien ada buat apa apa ke kat you' tanya Elfien.

'macam mana saya tak tahu? Kalau baru je kahwin dia dah lepak berdua dalam bilik. Awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu?' tanya Adelia.

Elfien hanya diam dan mendengar kata-kata Adelia.

'Saya rasa saya orang yang nak rampas hubungan orang lain. Senang cerita saya ni macam orang ketiga. Saya setuju kahwin dengan abang awak tu sebab saya nak mak bapa saya bahagia sebelum saya tutup mata tapi serius saya cakap saya tak sanggup nak jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain' kata Adelia.

'No Adelia. You kena kuatkan diri you. Kalau you nak tahu Zelia tu hanya girlfriend yang dibayar oleh Elvien je. Bukan betul pun' kata Elfien.

Adelia tersenyum.

'Tipu ke betul ke, tetap sama. Abang awak takkan layan saya selayaknya' kata Adelia lagi.

'Senang you cerai dengan abang I then kita kahwin' kata Elfien dengan nada serius.

'Awak dah gila ke apa? Saya cuma nak hidup saya bahagia sepanjang saya bernafas ni. Tapi lepas saya jadi isteri Elvien. Hidup saya tidak seindah yang saya bayangkan' kata Adelia.

'I boleh bagi you semua tu. Look Adel, You cerai dengan abang I lepastu kita kahwin. I boleh tunaikan impian yang you impikan tu. I akan bagi' kata Elfien.

'Elfien, stop joking. Saya nak tidur dulu. Saya sakit kepala' kata Adelia lalu baring dan menarik selimut ke paras dada. Dia baring menghadap ke tempat lain.

'Jam 3 petang nanti ada nurse yang bagi ubat. Jangan lupa makan' pesan Elfien.

'Hmm'

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

Zelia masuk kedalam rumah condo Elvien.

'Baby, kenapa tak angkat call I. You cakap nak teman I keluar shopping tadi' renggek Zelia.

'You, I penat la. You boleh tak kalau kita duduk rumah je hari ni. Bukan senang I nak rehat macam ni. Hari-hari kena hadap kerja' kata Elvien. Dia malas sebenarnya sebab dia tahu mesti Zelia ingin pau duitnya nanti.

Dasar perempuan pisau cukur.

'Ala you dah janji dengan I kan?' kata Zelia yang ingin merajuk.

'No Zelia, You tak busy ke dengan kerja you tu? Papa you tak marah you asyik keluar dari office je?' tanya Elvien. Sebenarnya dia nak menghalau Zelia keluar dari rumahnya itu.

'Takkan papa nak marah anak kesayangan dia ni' kata Zelia berlagak.

Tiba-tiba Zelia mendapat panggilan dari telefonnya.

'Ha tu papa you call. Angkatlah' kata Elvien.

'You ni kenapa Vien? I nak spend time dengan you pun susah sejak perempuan tu jadi isteri you. Kenapa? You dah jatuh cinta ke dengan perempuan tu?' marah Zelia.

'Jangan la macam ni Zelia. I betul-betul tak larat nak layan you ni sekarang ni baik you baik office sekarang. Mana tahu papa you nak bagitahu something urgent ke' kata Elvien lembut.

'Ish, you dah lain la Vien' kata Zelia tidak puas hati.

'Apa you ni? I nak rehat pun you tak faham ke? You jangan bagi I naik angin Zelia, I rasa better you balik sekarang sebelum you jadi mangsa amukkan I' kata Elvien yang menahan rasa amarah.

'I boleh buat you hilang rasa stress you tu' kata Zelia yang cubs menggoda Elvien.

'Thanks but no. Just leave me alone' tolak Elvien.

'You ni kenapa baby? I nak bantu you je pun' kata Zelia tidak puas hati.

'Zelia, are you understand what I am just saying? I cakap I nak duduk sini sorang-sorang, means I taknak ada orang kacau I la. Sekarang you boleh balik. You nak I mengamuk dulu baru you nak blah ke?' tanya Elvien yang sudah panas hati.

'Ish' gumam Zelia sambil menghentak kakinya lalu dia keluar dari rumah Elvien dengan perasaan geram. Geram dengan perubahan Elvien.

'Apasal dengan jantan tu hari ni? Tak dapat aku nak beli handbag baru yang keluaran baru tu hari ni? Ish! Semua salah perempuan kampung tu. Semak la perempuan tu!!' bebel Zelia geram.

Dia pun masuk kedalam kereta mini coopernya lalu pergi dari situ. Pergi cuci mata lagi best.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

Elvien duduk di sofa panjang. Dia menghelakan nafasnya berat. Dia pelik kenapa dengan dia harini. Dia rasa ingin marah sahaja. Badmood lah katakan.

Dengan Zelia pun dia rasa amarahnya tidak berkurang. Selalunya Zelia yang ada bersamanya setiap kali dia badmood. Tapi hari ni, dia rasa nak bersendirian.

Done chapter 7. Kenapa dengan Elvien ye guys? Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

Hurt {Complete}????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang