抖阴社区

SPECIAL CHAPTER 3

662 27 0
                                        

Maaf lama tak update, baru habis exam huhu. Thank you masih sudi setia <3

-

"Assalamualaikum Kak Sarah." Maryam memberi salam penuh sopan. Kepalanya digaru. Dia tak tahu hendak mengkhabarkan keadaan kepada majikannya.

"Waalaikumussalam Maryam, kenapa tu?" Soal Sarah dari hujung talian. Dia yang sedang meneliti beberapa laporan kes di dalam pejabatnya memberhentikan perlakuan untuk sementara waktu.

"Erm, saya tak rasa saya boleh datang housekeeping harini. Kereta saya rosak." Maryam akhirnya meluahkan apa yang sedang berlaku. Sudah hampir sepuluh minit dia berkira-kira sama ada hendak beritahu majikannya atau tidak.

"AllahuAkbar. Habistu sekarang awak ada dekat mana?" Sarah bertanya bersama nada risau. Sudah dua minggu dia menggajikan Maryam Hana sebagai housekeeper di rumahnya, dia sudah menganggap wanita muda itu sebagai adik kandungnya sendiri.

"Saya baru nak cari mana-mana mechanic yang ada dekat area sini. Saya dah nak sampai dah rumah Kak Sarah sebenarnya tadi. Kak Sarah ada kenal mana-mana mekanik tak nak upah betulkan kereta ni?" Maryam bertanya sambil tangan mencekak pinggang memandang ke arah kenderaan sedan jenis Perodua Bezza miliknya. Rasanya macam baru sahaja dia servis kenderaan itu dua bulan lepas sudah bermasalah semula. Haih dugaan.

"Oh, kalau mekanik area sini Kak Sarah memang tak tahu. Selalu Abang Taufiq je yang tolong betulkan atau bawakkan kereta pergi bengkel. Rasanya Abang Taufiq cuti harini, cuba contact Abang Taufiq." Sarah beri cadangan.

"Eh tak apalah, saya seganlah pula nak minta tolong Dr. Taufiq." Maryam cepat-cepat menolak. Dia tak mahu menyusahkan majikannya pula.

"Eh tak apa. Lagipun Maryam akak dah anggap macam adik sendiri dah. Sekejap ye akak telefon Abang Taufiq. Awak bagi location kat whatsapp akak." Sarah cepat-cepat memangkas.

"Eh Ya Allah akak tak apa lah. Saya boleh cuba cari rasa depan tu ada je bengkel."

"No. Tak apa. Orang kata orang nak tolong jangan tolak. Jangan lupa share lokasi tau. Assalamualaikum." Panggilan dimatikan tanpa sempat Maryam menjawab salam. Bibir diketap. Telefon di dalam tangan diputar-putarkan.

Sejak dua minggu lepas, Sarah sangat berlembut hati dengannya. Terlalu banyak budi majikannya yang Maryam sendiri tak jangka akan terima. Maryam kadangkala segan sendiri. Manakan tidak, sudahlah banyak perkara yang dia tidak tahu sebagai seorang housekeeper, kadangkala ada sahaja yang tidak kena. Namun begitu, pasangan suami isteri itu tak pernah berlaku kasar dengan Maryam.

Agaknya memang benarlah orang kata. Dapat majikan yang baik hati dan penyantun juga merupakan satu bentuk rezeki.

Satu mesej masuk ke dalam akaun di bawah nama Maryam. Nampaknya Sarah meminta lokasi aktif darinya. Walaupun agak berat hati, tetap juga Maryam turutkan.

'Nanti Abang Taufiq datang. Awak tunggu ye. Berteduh dulu kalau panas.' Maryam mengangguk walaupun mustahil untuk Sarah nampak dan terima anggukannya. Jari-jemari laju menaip ucapan terima kasih kepada majikannya itu.

Satu lagi perihal majikannya yang bernama Sarah ini. Sarah kerap kali sepertinya cuba untuk memperkenalkan Maryam kepada suaminya dan memperkenalkan suaminya kepada Maryam. Sudah beberapa kali Maryam diminta membawa sahaja anak lelakinya semasa bekerja atas alasan lebih mudah berbanding hantar ke pengasuh.

Namun begitu Maryam masih menolak keras. Segan katanya.

Selang beberapa minit, sebuah kenderaan jenis Volvo XC90 R-design berwarna hitam menghampirinya. Kenderaan itu diparkirkan betul-betul di belakang kenderaan milik Maryam. Seorang lelaki berseluar trek dan berbaju kasual keluar sebaik pintu dibuka dari dalam.

TAKDIR | NOVEL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang