抖阴社区

Chapter 19

499 17 0
                                        

Adelia jalan di laluan perjalan kaki yang sunyi itu. Dia hanya ditemani dengan bunyi kereta yang lalu lalang sahaja.

Dahlah matahari terpancar atas kepala, ini memang cari pasal namanya.

Kalau dia pingsan sorang sorang kat atas jalan kan naya je. Dah lah dia seorang je ada kat situ.

Nak call Sara pun tak boleh sebab phonenya tertinggal dalam beg. Senang cerita beg dia tinggal dalam kereta Elvien tadi. Duit pun tak de, phone pun tak de. Dia sekarang sehelai sepinggang sahaja.

'Tulah kah Adel. Orang dah marah kau degil juga nak bercakap kan dah mendapat. Sekarang ni kau jalanlah kat sini sorang-sorang tanpa hala tuju.' kutuk Adelia pada dirinya.

Dia bukan familiar pun dengan jalan tersebut. Dia pun hanya berjalan ke depan mengikut jalan tersebut.

'Hi cik Adik, kenapa jalan sorang-sorang ni? Nak abang teman kan?' tanya seseorang.

Ah sudah! Yang ni aku tak suka ni.  Anyone please help me!

'Jangan kacau akulah!' halau Adelia.

'Ala, adik kita marah la Shah' kata lelaki itu pada kawannya yang berada di sebelahnya.

'Siapa adik kau? Tepi aku nak lalu' kata Adelia masih kasar.

'Adik nak pergi mana? Meh la jalan dengan abang nanti abang bawa adik balik okay?' kata Shah pula.

'Tak payah aku boleh balik sendiri. Tepilah!' marah Adelia.

'Iz, kau bawa dia pergi tempat kita. Nanti kita bagi sorang sama rata. Aku dapat atas kau dapat bawah' kata lelaki yang bernama Shah itu.

'Okay' akur kawannya si Iz itu.

Iz mula mendekati Adelia. Adelia pula melangkah setapak demi setapak ke belakang dan dia bersedia untuk lari apabila mendapatkan peluang.

'kau nak buat apa ni? Jangan dekat! Aku cakap jangan dekat!' jerkah Adelia.

'Ala sayang jomlah kita ke syurga. Mesti sayang suka nanti. Mula-mula je sakit nanti tak sakit dah' kata Iz.

Adelia yang mendengar kata-kata tersebut mula mengetahui apa yang mereka nak sebenarnya.

'Kau pergi mampus lah. Kau jangan datang dekat! Aku tumbuk kau nanti kang' amaran Adelia. Dia melihat sekeliling untuk mencari dimanakah tempat yang sesuai untuk dia menyelamatkan diri.

'Marilah sini sayang! Sayang jangan takut abang gentle orangnya' kata Shah pula.

Didalam otak Adelia sudah mengira bila dia mahu mengambil langkah seribunya.

1

2

3

Lariiiiii....

Adelia berlari sekuat hati tanpa memandang kearah belakang lagi.

Iz dan Shah yang melihat Adelia yang berlari, mereka mula mengejar Adelia.

Disebabkan larian Adelia yang tidak selaju atlet itu, akhirnya dia ditangkap oleh salah seorang lelaki tadi.

'ARGH! LEPASKAN AKU LA BODOH!' Jerit Adelia apabila tangannya dipegang kemas lalu dia diheret ke sesuatu tempat. Di dalam semak.

'Lepas la!' jerit Adelia lagi.

PANG!

Pipinya di lempang oleh Shah.

'Jangan la buat saya macam ni. Saya nak balik' rayu Adelia.

'Ouh tahu takut. Tadi kau berlagak sangat. Kau tak payah nak jual mahal la. Aku tengok kau macam perempuan murah juga' kutuk Iz depan-depan.

Hurt {Complete}????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang