抖阴社区

prolog

49 3 0
                                        

Results SPM yang berada di tangannya dilihat penuh kekesalan 'apa yang kurang dalam usaha aku kalini?'

Rambut yang sudah elok terbentuk di kusutkan 'serabut!'

Tanpa dipinta,air matanya laju mengalir membasahi pipi

"Kau menangis air mata darah pun takkan berubah result kau tu"ucap satu suara yang sangat hampir dengannya

Ya,dia tahu suara itu..suara yang selalu ada dengan dia setiap kali dia rasa macam nak bunuh diri

"Aku dah berusaha rash..tsk..tsk..siang malam aku study tanpa fikir kesihatan badan aku ni..tsk..tsk..tapi kenapa results aku teruk?"balasnya dengan tangisan

"Kalau aku tegur ni kau jangan marah pulak"belakang badan sahabat baiknya itu diusap perlahan untuk meredakan tangisannya

"Aku rasa kau gagal sebab kau lupa siapa yang ciptakan kau Karl..aku tak nafikan yang kau memang bijak,cikgu semua puji kau..tapi hubungan kau dengan sang pencipta jauh.. kadang-kadang dia nak uji kita untuk kita ingat dia..sebab dengan cara tu je dia boleh dengar kau mengadu,manangis pada dia"luah Aisy Firash hiba

hanya dia yang tahu baik dan buruk Adam Rykarl dan sebab itu jugalah dia ada dekat sini

"Habis kau nak aku buat apa Rash?dengan results aku macam ni..orang takkan terima aku bekerja"balas Adam Rykarl kesal apabila teringat kejahilannya yang sanggup lupakan sang pencipta 'maafkan aku ya Allah'

"Kau jangan cepat putus asa..aku tahu kau ada banyak kelebihan"pujuk Aisy Firash sambil tangannya sibuk menyapu air mata Adam Rykarl

"Orang macam aku ni dah tak berguna"mukanya dialihkan ke arah lain tidak mahu kawan baiknya itu melihat matanya yang sembab

Aisy Firash terdiam seketika apabila mendengar ayat yang terkeluar daripada mulut kawan baiknya itu 'pasrah betul dah ni!'

"Abang Rash!"jerit satu susuk tubuh yang berlari menuju ke arah mereka

"Nana?apa yang nana buat dekat sekolah abang ni?"soal Aisy Firash hairan apabila melihat kehadiran adik bongsunya ini

"Nana datang dengan ibulah lagipun hari ni kan Abang Rash dapat result!mestilah Nana yang comel ni datang!"muka seseorang yang berada di sebelah abangnya di tenung penuh minat

"Aip! Nana kenapa tenung orang lelaki macam tu?tak elok!"tegur Aisy Firash pening apabila melihat perangai adiknya yang terlampau aktif itu 'tak padan dengan budak!'

"Handsome lah abang ni!nama abang apa?"tanpa menghiraukan teguran si abang, dia berdiri betul-betul di hadapan Adam Rykarl dengan kepala yang sibuk mencari muka lelaki tersebut

Adam Rykarl melarikan mukanya daripada dipandang oleh gadis kecil dihadapannya ini 'malu tujuh keturunan kalau kantoi dengan budak tengah menangis tadi!'

"Adam"balas Adam Rykarl sepatah cukup untuk menjawab soalan si gadis

"Abang Adam handsome lah!kalau abang buat live pastu nyanyi-nyanyi macam artis selalu buat tu mesti viral kan?"celoteh Aisya Farina sambil tersenyum gembira.matanya tidak lepas dari memerhati muka Adam Rykarl yang baginya sangat sempurna!

Tersentak Adam Rykarl apabila mendengar cadangan yang baru diutarakan oleh gadis kecil dihadapannya ini

Kepalanya diangkat perlahan supaya dapat melihat gerangan yang sudah memberi idea yang tidak terfikir olehnya

"Kau siapa?"soal Adam Rykarl masih terkedu apabila melihat muka gadis kecil dihadapannya ini 'comel'

"Hai,nama saya Aisya Farina adik kepada Aisy Firash.umur saya 12 tahun dan saya adik yang paling manja dengan Abang Rash!"tangannya dihulur sebagai salam perkenalan

Belum sempat Adam Rykarl menyambut huluran tersebut, Aisy Firash lebih pantas menepis

"Nana,behave..lelaki dengan perempuan tak boleh bersentuhan sebelum ada ikatan..kecuali siapa?"soal Aisy Firash tegas pada adiknya 'haih,susah betul ada adik perempuan ni!'

"Ayah,ibu, Abang Rash dengan suami Nana!"jawab Aisya Farina sambil tersenyum bangga apabila melihat Abangnya mengangguk menandakan jawapannya betul

"Aku suka dengan cadangan adik kau ni Rash..pandai jugak eh budak kecik ni?"celah Adam Rykarl tiba-tiba setelah lama berdiam diri

Ada betulnya juga cakap si gadis kecil ini,apa salahnya kalau dia cuba masuk dalam dunia hiburan?

"Nana memang bijak pun!"senyuman bangga ditayangkan apabila mendengar pujian yang keluar dari mulut Adam Rykarl

"Kalau orang puji cakap apa?"lagi sekali suara Aisy Firash menegur

"Alhamdulillah"muka comel ditayangkan supaya dapat meredakan kemarahan abangnya

"Maaf lah Karl,adik aku ni memang hyper sikit..pantang jumpa orang handsome"perli Aisy Firash dengan nada yang bergurau sengaja mahu sakitkan hati si adik

"Tak baik tau abang cakap macam tu!tsk..tsk..taknak kawan!nana kawan dengan Abang Adam je!"muka dipalingkan ke arah lain tanda protes dan tidak mahu menghadap muka abangnya itu

"Taknak kawan sudah!abang baru teringat nak belanja seseorang tu makanan"pancing Aisy Firash menggunakan kelemahan adiknya yang satu itu

"Makanan?!nak!nak!siapa cakap Nana merajuk dengan abang?takdek siapa pun cakap kan Abang Adam?"matanya dikenyitkan beberapa kali supaya lelaki itu menyokong apa yang dia katakan

"Haah"terpaku dan itu sahaja yang dia mampu lakukan apabila berhadapan dengan si gadis kecil di hadapannya ini

'kenapa aku rasa lain macam?aku dah gila kah?'sungguh dia pelik apabila dengan gadis kecil itu sahaja badannya seolah-olah mengingkari segala arahannya

Dia mahu lebih lama bersama gadis itu..dengan Aisya Farina sahaja dia dapat merasakan sesuatu perasaan yang tidak pernah dirasai selama ini

"Kau dah kenapa Karl?tengah fikir pasal girlfriend ke?"usik Aisy Firash apabila melihat Adam Rykarl yang dari tadi hanya termenung 'siapalah yang malang sangat sampai boleh tawan hati singa jantan ni'

"Abang Adam ada girlfriend?!uyoo hebat lah!cantik tak dia?"ceria sahaja nadanya seolah-olah dia dan Adam Rykarl sudah lama berkenalan

Padahal baru beberapa jam sahaja dia berkenalan dengan lelaki itu.latar belakang Adam Rykarl pun dia tidak tahu samada baik atau tidak.tapi,dia percaya bahawa sesiapa yang berkawan dengan abangnya itu pasti orang yang baik

"Mana ada!aku takkan bercinta selagi aku tak dapat apa yang aku nak"ayat-ayat itu diucapkan sambil matanya memandang ke arah Aisya Farina mengharapkan gadis itu faham maksudnya

Tapi,kenapa dia berharap agar gadis itu faham apa yang dimaksudkan?kenapa gadis itu membuatkan dia tidak senang duduk?

"Betul-betul,kau kena fikir kerjaya kau dulu..baru fikir pasal benda ni"celah Aisy Firash tiba-tiba apabila melihat adiknya diam membisu

"Sibuk lah mamat ni!"gumam Adam Rykarl perlahan 'daripada tadi asyik mencelah je!orang nak cakap eye to eye dengan adik dia pun tak boleh!'

Muka kawan baiknya itu dijeling tajam sebelum dia ambil keputusan untuk berlalu pergi dari situ

"Rash,Nanti hujung minggu datang rumah aku tau?aku ada nak bincang sesuatu dengan kau"pesan Adam Rykarl sebelum kakinya melangkah pergi

Matanya sempat memandang ke arah wajah comel itu sekilas ingin memastikan dia mengingati wajah itu pada masa yang akan datang

'I will make you mine one day.. I'm promise'

kalau ramai sambutan kita sambung part seterusnya

QALBI [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang