Pagi esoknya.
Minjung turun ke bawah untuk bersarapan.
"Unnieee , morning" kata yeji , "morning too yeji , btw mana renjun? Kenapa unnie tak nampak dia" yeji senyap seketika
"Outstation." Kata Jay yang baru datang dari arah belakang rumah
Minjung mengangguk dan mereka makan bersama-sama.
"Unnie , sorry harini kitorang semua tak boleh teman unnie, tapi Jay kata dia free" Ryujin memandang kearah jay
"Hmm..." Jay sambung makan
"Ok..." mereka sambung makan semula
"Minjung kitorang pergi dulu , oi Felix Lee , udah lah tu lusa boleh jumpa lagi brownies kau tu" Bangchan menarik Hoodie felix , "Naurrr my browniessss , i will miss you" Felix keluar dari rumah bersama Bangchan
Minjung melambai kearah mereka dan menghantar pemergian mereka sehingga hilang dari pandangannya.
Minjung berpaling ke belakang untuk masuk ke rumah dia terkejut kerana Jay tiba-tiba berada di belakangnya.
"Terkejut saya! Yang berdiri kat sini kenapa?" Tanya Minjung kepada Jay
"Kau nak gi check up ke tak ni? Kalau tak nak tak apa aku ada kerja lain ni" Jay berpaling tetapi Minjung menahan tangan jay , "kejap , saya ambik handbag" Minjung terus berlari anak naik ke biliknya
"Cis tak tahu ke dia tengah mengandung pastu lari" Jay keluar dari rumah pergi ke keretanya
5 minit kemudian.
Minjung manaiki kereta di sebelah Jay. Jay memandang ke arah Minjung.
"Lama..." Minjung hanya diam , Jay terus melajukan kereta keluar dari perkarangan rumah untuk ke hospital
Sesampai di hospital mereka terus membuat pendaftaran dan menunggu.
"Awak..."
"Hmm..." Jay menjawab sambil bermain telefonnya
"Awak nanti ikut masuk?" Jay mengangguk
"Ermm... saya" Jay memandang kearah Minjung sambil menaikkan kening sebelahnya
" Jangan risau , ini semua aku nak bagi kat Renjun..." Jay kembali bermain telefonnya dan Minjung hanya mengangguk
Minjung terlelap seketika sementara menunggu giliran dia untuk dipanggil. Jay menatap muka Minjung itu.
"Kau sama macam dulu Minjung , cuma kau bukan milik aku tapi milik kawan aku , tapi..." percakapan Jay terhenti kerana giliran Minjung telah tiba , Jay mengejutkan Minjung dan mereka masuk ke bilik Ultrasound
Doktor Jane merupakan Doktor peribadi yang di tugaskan oleh Renjun untuk memeriksa Minjung.
"Puan datang dengan?" Doktor Jane bertanya
"Kawan saya..." Dia hanya mengangguk
Doktor Jane memulakan pemeriksaan keatas Minjung , membuat pemeriksaan Ultrasound.
"Encik tak nak tengok ke?" Tanya Nurse kepada Jay
Jay memandang kearah Minjung , Minjung hanya mengangguk sahaja lalu Jay pergi ke sebelah Minjung dan melihat monitor yang menunjukkan segumpal daging yang kecil berada di situ. Jay bertanya kepada doktor apakah dia boleh mengambil gambar untuk dihantar kepada renjun lalu doktor itu mengangguk. Jay mengeluarkan phone nya dan membuka aplikasi kamera lalu mengambil gambar pada monitor.
Setelah selesai , mereka duduk kerusi meja doktor.
"Keadaan Puan okay , cuma perlu jaga makan dan jangan buat aktiviti berat , akan effect pada baby dan Puan akan penat and also jangan stress pun boleh effect pada baby and kesihatan puan. Ermm nanti saya akan bagi vitamin , puan boleh makan lah vitamin itu nanti ermm itu sahaja" Minjung mengucapkan terima kasih kepada doktor jane diikuti Jay lalu mereka keluar dari bilik itu dan duduk di kerusi menunggu
"Awak..." Minjung memanggil Jay
"Apa?" Jay memandang kearah Minjung
"Renjun sebenarnya pergi mana? Kenapa dia tak cakap dengan saya pun?" Jay hanya diam
"Cakap lah!" Emosi Minjung tercabar
"Jay!" Minjung menggoyang lengang Jay tetapi jay masih tidak menjawabnya , Jay sudah geram.
"Goo Minjung! Listen! Renjun pergi outstation lama setahun , dia nak aku jaga kau elok-elok aku tak nak guna kekerasan kat kau! Faham!" Jay berkata sambil memegang kedua bahu Minjung, lalu dia melepaskan nya dan pergi ke kaunter ubat untuk mengambil ubat Minjung
Minjung hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah , dia masih terkejut. Setelah 4 tahun , itu kali pertama dia dimarahi setelah Encik Goo. Kerana perjalanannya sedikit lama , Minjung tertidur sehingga sampai ke rumah.
"Minjung..." Jay memanggil Minjung tetapi tiada sahutan , dia menoleh kearah Minjung dan melihat Minjung tertidur dengan nyenyak.
Jay keluar dari kereta dan pergi ke arah pintu Minjung untuk mengangkat Minjung masuk kedalam rumah.
Renjun sudah sampai ke Korea setelah 2 jam lebih di dalam pesawat.
"Tuan" Renjun menoleh kearah suara itu , dan dia tersenyum
"Hackyeon , after 4 years"
"Hahaha , jom tuan kita balik , Tuan Inyeop sudah menunggu" Renjun mengangguk lalu Hackyeon bersama beberapa bodyguard yang lain mengikuti
"So macam mana dengan Minjung?" Tanya Tuan Inyeop setelah anaknya sampai di rumah
Renjun menghirup teh itu lalu meletakkan di atas piring "Dia dah okay and now she's pregnant but after she's give a birth we gonna divorce" Tuan Inyeop hanya mengangguk
"Appa... renjun dah sediakan semua benda dekat sana everything completed, tapi..." Tuan Inyeop hanya tersenyum , "Kalau tak sanggup kenapa buat? Nak biarkan anak tu besar tak ada appa? Nak Minjung stress?" Renjun menggeleng
"Untuk keselamatan diorang , Appa jangan risau renjun suruh Jay jaga mereka lagi pun adik-adik takkan biarkan anak buah diorang dalam bahaya" Renjun teringat dua adik kembarnya iaitu Hyunjin dan Yeji , Tuan Inyeop ikut ketawa "Dah lah rehat lah dulu , appa ada kerja" Renjun hanya mengangguk sebelum naik ke biliknya untuk berehat.
-continue-

ANDA SEDANG MEMBACA
Hazdensious | ??? ??|
FanfictionBenda yang buruk akan hilang tetapi tidak dengan perbuatan yang sama takkan pernah berubah Start : 19/1/2022 End : -
Chapter 10
Mula dari awal