抖阴社区

prolog

8.6K 177 7
                                        

HANIYA SAFIYA
------------•°•

MUHAMMAD FARHAN HAIQAL☆
----------------•°•

She fell first, he fell harder.
_________________________________________

Semua ini...

Kisah beberapa tahun lalu.

"AKU semaklah!" Kuat wanita itu menengking gadis muda di hadapannya. Wajah gadis itu yang sudah merah langsung tidak diambil kisah.

"Hani cuma nak sambung belajar, kenapa mama tak faham?" Gadis itu cuba bersuara. Suara cuba dikawal sebolehnya. Tak mahu meninggi sedikitpun di hadapan wanita itu.

Air matanya ditahan sebaik mungkin.

"Benda tu pakai duit! Cuba kau faham sikit!" Kepala anaknya ditonyoh kuat menggunakan jari telunjuk.

Benci.

Dia semakin benci melihat wajah anaknya sendiri.

"Hani dah cakap, Hani ada duit!"

"Setakat duit engkau yang tak seberapa tu, kau ingat boleh tanggung kau ke?"

"Laki aku kerja, bukan untuk tanggung kau seorang je!" Tangannya naik mencengkam pipi gadis remaja itu.

"Kau faham tak yang kau ni cuma menyusahkan orang? Tak ada orang akan terima kau, Niya. Orang cuma akan benci kau. Orang akan buang kau. Tak ada yang perlukan kau. Tak ada yang betul-betul sayangkan kau. Mereka cuma bencikan kau macam mana aku bencikan kau!" Tangannya menampar-nampar kasar pipi Haniya.

Air matanya sudah tidak tertahan.

Sakit.

Sakit...

Kata-kata yang keluar dari ulas bibir ibu kandungnya sendiri berjaya menghancurkan hatinya yang rapuh.

Sakit...

Krekkk!

Dengar sahaja bunyi pintu rumah dibuka dari luar, cengkamannya pada pipi gadis itu terus dilepaskan dengan kasar. Lantas wanita itu berdiri mengatur langkahnya ke luar rumah. Bahunya dibiarkan berselisih dengan suaminya yang baru pulang langsung tidak dihiraukan.

"Ya Allah, Hani! Kenapa ni?" Masuk sahaja ke dalam rumah, kelihatan anak perempuannya yang duduk bersimpuh di atas lantai.

Tangannya bertindak memeluk erat tubuh kecil puteri sulungnya. Esakan gadis itu jelas kedengaran.

"Hani...nak minta izin...sambung...belajar je..." Tersedu-sedan gadis itu mengadu. Kepalanya disembamkan ke dada bidang abinya.

"Abi faham,sayang. Nanti kakak cakap dengan abi." Kepala gadis itu digosok lembut.

Isterinya sudah melebihi batas.

Dia tak patut naik tangan!

Anaknya sudah cukup rapuh.

Haniya Safiya...









WAJAH lencun mamanya diperhati sambil tangan menggenggam penumbuk. Giginya dikacip kesal.

"Kenapa mama tak minta cerai je dengan dia?" Akhirnya lelaki itu bersuara juga.

"Kenapa Han cakap macam tu?" Sayu kedengaran suara wanita itu.

"Kalau dia cintakan mama,kenapa dia keluar dengan perempuan lain!"

"Farhan fokus dalam pelajaran, okay?" Wajah anak lelakinya diusap lembut.

"Dah banyak kali dia buat macam ni, ma! Bukan baru sekali!" Segala rasa kesalnya diluahkan.

Wanita itu hanya diam menilik wajah bengang anaknya. Dia sudah banyak kali menegur suaminya, namun setiap kali ditegur suaminya hanya buat-buat tak tahu saja.

Buat masa ini, dia hanya pentingkan pembelajaran anaknya.

Muhammad Farhan Haiqal...









"ABI pasti ke dengan keputusan abi ni?"

Lelaki itu hanya diam memandang wajah kedua-dua anaknya. Lantas kedua-dua tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Abi pasti ini yang terbaik untuk abi, untuk mama. Dan untuk anak-anak abi," senyuman manis dilorekkan pada bibirnya.

Saat mereka berjalan menuju ke kereta, mata lelaki itu sempat bertembung dengan anak mata seseorang. Bekas isterinya.

Azlina.

"Saya harap awak dapat hidup dengan lebih baik," bibir lelaki itu mula menutur bicara.

Wanita itu hanya diam tidak membalas. Hanya renungan dingin yang dilemparkan kepada lelaki itu.

Mereka baru sahaja selesai menguruskan hal penceraian.

Ibu bapa Haniya baru sahaja bercerai.

"Fi Amanillah,Azlina..."

Segala puji bagi Allah.


P/S: Cerita ni dalam proses edit lagi, jadi kalau terbaca mata berwarna ke grammar berterabur ke telan dulu, okay? Mata dia biasa je, tak ada warna-warna.

HAHAHA maap la awaknyaaa

MY FARHAN HAIQAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang