抖阴社区

☆FARNIYA? 16

2.2K 76 0
                                        

HARI ini merupakan hari ketiga mereka berada di rumah Datin Maryam. Selama berada di sini, tidak pernah pula Haniya melihat kelibat bapa mertuanya.

Sedang dia termenung di halaman rumah itu, kelihatan kereta Farhan meluncur masuk ke perkarangan rumah itu. Cepat-cepat dia bangun untuk menyapa suaminya.

"Far!" Dia berlari untuk mencium tangan suaminya.

"Hai," kepala isterinya yanng menunduk mencium tangannya itu diusap perlahan.

"Aku nak naik mandi, kau duduk dulu." Pipi isterinya dicuit sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Haniya duduk semula di atas kerusi di halaman rumah tadi. Nak sambung termenung. Sedang asyik dia termenung, datang pula seorang lelaki dari arah belakang.

"Kau termenung apa pulak tu?" Dia berdiri di hadapan Haniya sambil tangannya diseluk ke dalam poket.

"Hah?" Haniya menayang wajah keliru.

"Daripada kau termenung kan, baik kau pujuk suami kau tu pergi jalan-jalan," Fatihi tersenyum jahat. Bini dia ada, kenapa tak manfaatkan?

"Jalan-jalan pergi mana?"

"Makan makan. Kalau kau dapat pujuk laki kau, aku belanja," Fatihi menjongketkan keningnya.

"Tapi kalau kawan aku ikut boleh?"

"Boleh, boleh. Kalau nak ajak sepuluh orang pun boleh, gaji baru masuk ni. Janji laki kau yang drive," lincah sahaja mulutnya berkata-kata.

"Okey, deal!"

Terus sahaja Haniya melangkah naik ke tingkat atas. Nak bodek encik suami, ada orang nak belanja ni!

Pintu bilik dikuak perlahan sebelum kaki melangkah masuk. Kelibat suaminya dicari.

"Mana pula perginya ni?" Tangannya naik menggaru kepala. Lantas badan dipusingkan ke belakang.

"Arghh!" Terkejut beruk dibuatnya dia apabila melihat suaminya telah berada di hadapannya.

Kaki gadis itu tersadung pada kaki katil. Hampir saja dia jatuh, namun sempat dipegang oleh Farhan. Mereka kaku seketika.

"Far...ingatkan tak ada tad...tadi," senyuman kekok menghiasi wajahnya.

"Aku pergi letak ubat gigi baru dalam bilik air tadi." Lantas isterinya dibantu untuk berdiri tegak semula.

"Dah lama ke Far siap mandi?"

"Aku baru lepas siap, lepastu aku pergi letak ubat gigi baru dalam bilik air." Tubuh suaminya diimbas. Patutlah dah pakai baju, nasib baik!

"Cantiknya baju. Tapi Niya ada belikan Far baju jugak!"

"Mana? Tengok," kening dijongketkan.

Lantas Haniya bergerak mengambil bungkusan yang terletak di dalam laci. Bungkusan itu dibuka, kemudian baju tersebut ditayangkan di hadapan muka suaminya.

"What?! Purple?" Farhan memandang tidak percaya isterinya. Biar betul, kan dia dah beritahu yang dia benci warna ungu?

"Yupp! Far kena pakai sebab Niya beli sepasang. T-shirt ungu untuk Far, abaya ungu untuk Niya," dengan teruja Haniya menceritakan hal itu kepada suaminya.

"Tak nak," senada sahaja Farhan menolak permintaan gadis itu.

"Kenapa?" Haniya mencebik kecil.

"Kau dah tahu kan, aku tak suka warna purple."

"Tapi Niya suka! Kalau Far pakai, Niya lagi suka!" Sengihan comel dihadiahkan kepada Farhan.

"Tak nak."

MY FARHAN HAIQAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang