抖阴社区

15|?getting closer

20 3 0
                                    

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Hubungan Jihyo dan juga Jungkook semakin rapat. Jungkook kini kerap menggoda gadis malang itu. Membuatkan Jihyo sentiasa berasa gelisah.

Ini membuatkan Jihyo lebih keliru. Keliru dengan perasaan Jungkook. Tutur katanya, gerak badannya membuatkan Jihyo semakin tak keruan.

Dan hari semakin hari, perasaan cinta Jihyo terhadap Jungkook semakin menebal. Sehinggakan dia takut. Takut jika Jungkook akan meninggalkannya suatu hari nanti.

Namun segala perasaan itu ditepis. Dia lebih fokus untuk meluangkan selama masa yang ada bersama Jungkook. Setidaknya ini membuatkan Jihyo bahagia. Kerana Jungkook sentiasa ada disisinya.

Bau wangi yang terhasil daripada dapur membuatkan Jungkook melangkahkan kakinya ke sana. Tiba sahaja di sana, dia melihat Jihyo yang sedang mengeluarkan kek yang baru sahaja siap daripada oven.

Jihyo yang sedang ralit membuat dekorasi di atas kek itu masih belum menyedari Jungkook yang berada di belakangnya. Jungkook memerhati Jihyo yang gigih menyiapkan dekorasi di atas kek itu.

Sesekali bibir mungil Jihyo mengeluh apabila dia tidak berpuas hati dengan corak yang dibuat. Ini membuatkan Jungkook tersenyum kecil tanpa sedar. Comel.

Melihat Jihyo yang sedang gigih menyiapkan kek maka dia dengan kesempatan ini membuat keputusan untuk memerhati gerak geri Jihyo.

Dia menyandarkan bahunya di dinding. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. Matanya ralit melihat Jihyo. Senyuman di bibir Jungkook tidak lekang

"Rajin kau buat kek harini. Ada apa-apa ke?" tegur Jungkook membuatkan Jihyo terangkat bahu.

Terhenjut bahu Jihyo apabila satu suara garau menyapanya dari arah belakang. Dia mengeluh kecil sebelum mengusap perlahan dadanya. Dia terus memusingkan badannya ke belakang.

Terus mekar senyuman di bibir Jihyo apabila melihat Jungkook. Dia dengan cepat mengangkat kek yang baru sahaja dihias lalu berjalan ke arah Jungkook.

"Happy birthday to you" ucap Jihyo lalu terus menyuakan kek yang dibuat ke hadapan Jungkook.

Tergamam Jungkook seketika. Dia dengan perlahan-lahan menyambut kek yang diberi Jihyo. Wajah cantik Jihyo dipandang dengan dalam.

Manakala Jihyo terus pergi mengambil garfu sebelum kembali ke arah Jungkook semula. Dia terus mengambil kek menggunakan garfu lalu disuakan ke mulut Jungkook.

Terkesima Jungkook dengan tindakan spontan Jihyo. Matanya masih lagi memerhati Jihyo yang tak lekang dengan senyuman manis. Kemudian dia dengan rela hati membuka mulut sebelum Jihyo menyuap kek ke dalam mulutnya.

Jungkook mengunyah perlahan kek yang berada di dalam mulutnya manakala Jihyo memandangnya dengan riak tanda tanya. Menunggu komen dari Jungkook. Melihat ekspresi wajah Jihyo membuatkan Jungkook geli hati.

"It's good" puji Jungkook singkat membuatkan Jihyo tersenyum manis.

Jungkook terus meletakkan kembali kek di atas meja makan sebelum memandang wajah Jihyo.

"Macam mana kau tahu yang harini ulang tahun aku?" soal Jungkook sebelum menyandarkan badannya di meja makan.

"Mingyu bagitahu saya. Jadi saya ingat saya nak buat something special untuk awak" ucap Jihyo ceria membuatkan Jungkook tersenyum kecil.

"Awak suka dengan kek yang saya buat?" soal Jihyo kembali. Mata bulatnya memandang Jungkook dengan penuh sinaran. Berharap mendapat pujian daripada Jungkook.

"Suka. Terima kasih sebab susahkan diri kau untuk semua ini" jawab Jungkook ikhlas. Makin melebar senyuman Jihyo. Bersyukur kerana Jungkook menyukai semua benda yang dibuat.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: May 08 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Death [Jeon Jungkook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang