抖阴社区

PROLOG

1.1K 36 4
                                        

BAM!

Bunyi tembakan pistol bergema diseluruh ruangan. Dia mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Tubuhnya yang sudah diikat oleh rantai besi dan digantungkan begitu sahaja dibiarkan. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh dihadapan pintu.

Lelaki di hadapannya mendengus kasar sebelum bangun dan membetulkan seluarnya. Tidak sempat untuk dia menjamah 'makanan' di hadapan mata!

"Kau siapa hah!? Apa kau nak?!" Gertak lelaki itu setelah dia mendekati seorang lelaki berbadan tegap. Mukanya tidak kelihatan akibat mask berwarna hitam dipakai olehnya. Matanya sahaja mencerlung tajam kearah lelaki yang dibaluti dengan amarah yang membuak-buak.

Matanya mula mengelilingi ke arah seluruh bilik sebelum matanya menangkap seorang figura wanita yang sedang tergantung dengan tubuhnya dirantai oleh besi. Dia mengetap rahangnya sebelum memandang kembali lelaki di hadapannya.

"Kau nak apa sial!?" Amarahnya semakin naik apabila lelaki yang memakai mask hitam itu tidak menjawab soalannya. Dia mula mengangkat tangan untuk mencekik lelaki itu. Namun ditepis dengan mudah. Tangannya direntap kasar sebelum dia mencampakkannya ke dinding.

Pengsan.

Lelaki itu terus meluru kearah wanita yang tergantung dengan rantai besi itu. Tubuh wanita itu sangat lemah membuatkan hatinya retak dan sakit. Seperti ada sesuatu yang mencakar hatinya apabila melihat wanita kesayangannya lemah tidak berdaya.

Lantas dia membuka rantai besi itu dan terus memeluk wanita itu masuk ke dalam dakapannya.

"You're late abang.. I'm scary.." lemah suara wanita itu mengadu sambil menyembamkan mukanya ke dada bidang lelaki itu. Esakan kecil dilepaskan. Lelaki itu membuka masknya sebelum mengeratkan lagi pelukan. Seperti tidak mahu lagi berjauhan dengan isterinya setelah apa yang berlaku.

"I'm sorry sayang.. I'm so sorry." Dia terus mengucup ubun-ubun isterinya dan mengusap perlahan belakang gadis itu.

"Deena, look at me please." Adeena mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Kelihatan lebam besar di pipi kanan Adeena dan darah kering di celah bibirnya. Rambut wanita itu juga kusut masai. Emir mengertap giginya dengan kuat sehingga menampakkan urat-urat di dahi.

Adeena yang melihat perubahan suaminya terus memeluk erat leher lelaki itu agar kekal tenang. Badan Emir mengeras seketika sebelum membalas kembali pelukan isterinya.

"Baby okay tak?" Soal Emir perlahan sebelum matanya tertancap pada perut besar Adeena. Tangan besar itu memegang lembut perut itu sebelum dia merasakan tendangan kecil. Emir meletuskan ketawa kecil.

"He strong enough like you." Ucap Adeena sambil menatap wajah suami kesayangannya. Lama dia merenung wajah suaminya itu sebelum matanya menghadap kembali pintu masuk. Tubuhnya mengeras apabila melihat seorang lelaki yang berada beberapa meter daripada mereka sedang mengacukan pistol kearah mereka.

Atau lebih tepat lagi kearah.. Emir! Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis sebelum menarik picu pistol.

"Aban-"

Bam!

Adeena menutup matanya sambil air matanya mengalir lagi di pipi. Tidak sanggup melihat keadaan seperti itu. Tapi.. aneh. Tubuh suaminya tidak rebah mahupun melonggarkan pelukan mereka. Wanita itu mengangkat kepala. Matanya bertembung dengan sepasang mata hazel suaminya. Hangat.

Aik, tak mati ke suami aku ni? Ke badan dia kebal sangat?

"Bodoh juga kau ni Mir. Dah tau musuh ada ramai lagi, sempat pula bersweet- sweet dekat sini!" Jerkah suara seorang lelaki. Emir tersenyum yakin sebelum memusingkan kepalanya ke belakang. Sama juga dengan Adeena.

Mr. Ayyash | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang