抖阴社区

BAB 23

143 18 34
                                        

⚠️abuse, nudity, s*x assault and etc

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

⚠️abuse, nudity, s*x assault and etc.

NUHA sandar lemah pada kepala katil. Merengsa jerih bergesel kesan biram. Tangan menggigil diletak lekap ke perut sendiri. Mengusap lembut penuh kasih sembari koyak senyuman nipis.

Birai mata Nuha kembali basah. Layar memori bergentayangan bicara Maya seminggu lalu. Tentang perubahan dan tanda-tanda berlaku pada dirinya. Walau dalam masa sama, Nuha masih sangsi dan bingung untuk terima.

"Anak mama..." gumam perlahan. Nuha terus mengelus perutnya yang masih kempis itu. Sudah hampir dua bulan juga ikut perkiraan, yang Nuha tidak jangkakan.

Pesan Maya, pinta dia untuk lebih berhati-hati. Maya hanya mampu andaikan sahaja, gadis itu sarankan dia beli alat penguji kehamilan untuk memastikan kebenaran dia. Kalau-kalau benar apa Maya katakan, maknanya dia ada tanggungjawab lain perlu diutamakan.

Setitis. Butir permata gugur menuruni tulang hidung dan pipi. Raut pucat melempar pandangan ke kaca luar. Malar kilauan gemintang terangi cakerawala gelita. Dalam diam, Nuha juga harapkan dia sama seperti itu.

Kekal bersinar dalam kelam dugaan menimpa. Namun cahaya dia semakin pudar, persis melebur kudrat dan harapan tersisa. Jujurnya, Nuha mahu putus asa. Sampai bila dia perlu bertahan dalam situasi ini?

Dan paling penting, nyawa lain yang bekali sedang menumpang rahimnya tika ini. Arwan tidak tahu-menahu perihal tersebut. Maya beritahu dia pun senyap-senyap tempoh hari. Katanya lebih baik andai Arwan tidak ketahui. Arwan pula tidak syak apa-apa.

Sementara Arwan keluar ini, Nuha gapai peranti nipisnya. Dail nombor seseorang dia rindui. Tekap telefon ke koklea. Menanti sahutan insan di sana. Nuha nyunyut nafas dalam-dalam kumpul sisa kekuatan yang ada. Perca berbaki cukup-cukup untuk dia lakonkan skesta dusta.

"Nuha princess papa!" Ceria. Aufa baru selesai tunaikan solat sepertiga malam. Jam tiga pagi. Tanggapan Aufa adalah mesti Nuha juga sama lakukan sepertinya.

Langsung, air mata Nuha mengalir laju. Tangan sebelah menekup mulut sendiri. Tahan esakan dia meniti hingga papa mampu dengari. Betapa ribang menggebu pada figura tua dimamah usia itu.

"Nuha rindu papa..." rengek bergetaran. Nuha akhirnya tumpahkan tangisan. Sayup-sayup bersama hingusan. Dia sudah penat untuk bertahan.

Nuha tidak tipu. Ketika ini, Nuha hanya mahu dekap tubuh papa. Bujukan papa yang mendamai jiwa. Sentuhan papa lembut dan hangat dalam masa yang sama. Harap semua itu mampu lepaskan segala derita yang menimpa.

"Nuha nangis ke? Macam tak sihat aje kat sana, sayang. Anak papa sakit ke?" Bertalu-talu lemparkan bicara. Nada Aufa berbaur kerisauan nyata.

Resah bilamana Nuha telefon pasti sahaja dalam tangisan. Masakan dia tidak tahu emosi puterinya, Aufa yang membesarkan Nuha selama ini hampir tiga dekad lamanya.

Luluh Kasih Semedera Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang