抖阴社区

BABY PROJECT FAILED

35 3 1
                                        

Hari itu Cedric singgah ke Universiti Helsinki.Setelah  seminggu dia agak sibuk dengan tempahan pelanggan, hari ini dia berkelapangan untuk bertemu si jantung hati.

Dia mahu mengejutkan isterinya dengan bento buatan sendiri — walaupun rasanya mungkin kurang hebat, niat tetap manis. Dengan beg galas berisi bekas makanan, dia berjalan menyusuri bangunan lama universiti yang sunyi kerana kelas sudah habis awal hari itu.

Namun langkahnya terhenti di sebalik tiang batu ketika terdengar suara yang amat dikenalinya.

Suara yang pernah menghantui zaman kanak-kanaknya.

“Stop talking like you care, Mr. I don’t need you to protect me.”

Bentak suara itu dengan nada angkuh dan sombong.Cedric menjenguk sedikit. Di bawah pohon besar berhampiran dewan utama, dua susuk tinggi sedang bercakap.

Satu — Axel. Lelaki tinggi yang wajahnya masih sinis seperti dulu.

Dan satu lagi…

Cedric kaku.

Rowan Diablo.

Lelaki berpakaian kemas dengan jam tangan kulit dan aura dingin yang menggetarkan. Lelaki yang dikenali sebagai salah seorang penyumbang besar kepada pertubuhan gelap yang membekalkan dana kepada mafia zaman dahulu — termasuk datuk Cedric sendiri.

“I’m warning you, Axel,”

Kata Rowan, matanya tajam memerhati tubuh jauh lebih muda dan gagah dari dia.

“You stay away from the Smiths. This includes Aubrey.”

Axel menyeringai, menyandar pada batang pokok.Tampak wajahnya agak tegang ketika ini.

“Aubrey is mine to deal with. You always act like you control everyone. But you can’t stop me from waiting. She’ll come to me. One day.”

Cedric menggenggam kuat pemegang begnya. What the hell is going on? Hatinya berkocak. Kenapa Rowan boleh terlibat? Kenapa Axel masih mengejar Aubrey?

“You don’t know what you're messing with,”

Rowan menyambung.Dia mengenali keluarga ternama itu.Rowan tahu apa kemampuan Smith.

“Cedric Smith is not the boy you bullied anymore. And I won’t clean up your mess again.”

Peringatan keras diberikan kepada Axel.
Axel tertawa, tawanya kosong.

“Then let the game begin.”

Rowan mengeluh dan beredar, membetulkan cermin matanya sambil berlalu ke arah tempat letak kereta.

Cedric berundur perlahan, menyelinap ke lorong kecil. Nafasnya laju. Tangan berpeluh.

"So Rowan knows something. And Axel… he hasn’t changed. He’s planning something. Waiting for Aubrey? Why?"

Wajah Aubrey bermain di mindanya. Rasa amarah mencucuk seluruh urat. Ini bukan lagi tentang masa silam. Ini tentang melindungi masa depan.

"He touched me once with his words when I was a boy. I won’t let him touch my wife with his hands now that I’m a man."

Bisik Cedric perlahan.Niatnya untuk berjumpa Aubrey menyulam rindu tadi hilang sekelip mata.Ada perkara yang lebih penting ketika ini.Ianya tentang keselamatan Aubrey.Ianya berkaitan masa hadapan rumahtangga mereka.

__________________________________________

FLASHBACK

Bunyi loceng rehat bergema di seluruh kawasan sekolah. Murid-murid lain berlari ke arah kantin dan taman permainan, tetapi Cedric melangkah ke taman kecil di hujung padang — satu tempat yang jarang dijejaki sesiapa.

BOUND TO MR.SOFTIETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang