Dua hari sudah berlalu sejak Meliana ketahui dia sedang membawa anak Dazrael, Meliana datang ke hospital untuk melawat suaminya. Setelah membuka pintu dia terlihat Dazrael sedang duduk, matanya sudah terbuka, Dazrael sudah tidak koma lagi. "Abang!" jerit Meliana lalu berlari ke arah Dazrael, lariannya tidak terlalu laju kerana perutnya semakin membesar.
Dazrael terdiam, tiada satu riak pun di wajahnya. Meliana memeluk tubuh Dazrael tapi Dazrael tidak membalas pelukan Meliana. Dia seperti... tidak kenal siapa Meliana. Meliana berhenti memeluk tubuh Dazrael setelah Dazrael tidak membalas pelukkannya.
"Abang... saya mengandung anak kita." ujar Meliana sebelum air mengalir, tetapi tiada balasan dari Dazrael. Dazrael hanya mengganguk perlahan, wajahnya langsung tidak berubah gembira atau sedih.
"Abang boleh balik bila?" tanya Meliana, masih lagi mencuba untuk membuat Dazrael bersuara. Sungguh dia rindu dengan suara, usikan dan kenakallan suaminya. "Esok." hanya sepatah kata Dazrael membalas.
"Esok cielo ambik abang ye."
"Ok."
"Abang dah makan?"
"Dah."Meliana hanya mengganguk, kenapa perangai suaminya sudah berubah? Sudah lain berbanding dulu. Adakah dia lupa siapa Meliana kepadanya? Atau... dia sudah tidak sayangkan Meliana.
Keesokan harinya, Meliana menunggu Dazrael di hospital. Lebih kurang 1 jam dia menunggu tapi langsung dia tidak nampak kelibat Dazrael. Meliana pergi ke kaunter untuk menanya jururawat "Dia dah discharged. Ada seorang perempuan yang datang untuk ambik dia." kata jururawat itu, Meliana terdiam... dengan perempuan? Belum sepat dia ingin menghantar mesej kepada suaminya.
Ting! Ting! Ting!
Meliana membuka luas matanya setelah melihat gambar yang dihantar oleh nombor tidak dikenali, Dazrael dipegang oleh seorang perempuan. Perempuan itu tersenyum luas tetapi Dazrael seperti dipaksa untuk senyum. Jantung Meliana berdegup kecang sebelum dia perlahan melangkah ke arah keretanya.
"Ya Allah, abang... tergamaknya buat cielo dengan anak abang macam ni." Meliana menangis sebelum dia memukul stereng. Air mata tidak terhenti, 'Meliana kau kena kuat. Pikir positif!' jiwa Meliana seperti berkecai tapi dia harus kuat demi anaknya, dia mula kenukar gear.
Setelah sampai di rumah, Meliana meluru masuk untuk mencari Dazrael. "Abang!" tempiknya, tetapi tiada yang menyahut lalu meluru jatuh ke lantai.
Teresak-esak Meliana menangis, dia meraba poket seluarnya untuk memastikan wajah yang ada pada gambar yang dihantar itu betul-betul suaminya. Iya, itu memang Tengku Dazrael Zayden di dalam gambar. Tapi kenapa... kenapa Dazrael melakuksn begitu.
Hampir dua minggu Meliana dan Dazrael tidak bertemu, saat Meliana menunggunya... pasti dia akan terlelap di sofa. Apabila membuka mata, dia berada di atas katil... tetapi Dazrael tidak berada di sebelahnya. Kalau mereka bertemu pun ia kerana Dazrael memberi duit kepada Meliana "Ambik duit ni, guna untuk keperluan." hanya itu yang Meliana dengar setiap kali bertemu dengan Dazrael dan Dazrael terus jejak keluar dari rumah itu.
Setiap kali Meliana mengajak Dazrael keluar pasti ada sahaja alasannya "Abang sibuk, banyak kerja dekat ofis." atau "Abang kena latih anak buah.". Tetapi kenapa sibuknya berbentuk sebagai gambar, setiap hari nombor tidak dikenali menghantar gambar Dazrael bersama seorang perempuan. Pada setiap gambar juga mereka terlihat sangat mesra.
Sampai satu hari Sufya datang. Dia melihat muka Meliana yang tak tidur malam, mata bengkak, pipi cengkung "Cielo, kenapa ni?" soal Sufya sebelum memegang tangan Meliana.
Dan Meliana pecah... Dia menjerit dan meronta-ronta, "Kenapa dia buat aku macam ni." balas Meliana dengan sebak. "Setiap hari aku tunggu dia, dan setiap kali aku ajak dia keluar... mesti ada alasan! Apa salah aku, Sufya!" sambung Meliana lagi sambil meronta-ronta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Meliana and the man behind the commando mask.
RomancePertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling...