抖阴社区

Part 27

8 1 0
                                        

Afqar mengetap bibirnya saat membaca pesanan itu. Keningnya berkerut, dada mula terasa panas.

"Kau siapa?" taipnya, pendek tapi padat. Hatinya sudah tak tenang.

Belum sempat dia bernafas lega, mesej balasan masuk.
"You lupa dekat I ke, baby"

Afqar mencebik. 'Baby?' Jiwa lelakinya meronta geram. Apa lagi yang perempuan ni nak?

"Aku tanya kau ni, kau siapa hah? Jangan nak main gila dengan aku."

Tidak lama kemudian, mesej diterima lagi.
"I... I Hanan lah. You lupa ke, baby?"
Disertakan sekali emoji senyum dengan mata hati yang buat Afqar makin meluat.

Tangannya menggenggam telefon sekuat hati. Nama yang disebut itu ibarat bara api dilempar ke dalam dada.

Hanan.
Nama yang paling dia tak ingin dengar. Nama yang bertahun dia cuba padam dari hidup dan ingatan.

"Kau ingat aku ni siapa hah, boneka ke? Dulu masa aku terhegeh-hegeh nak dekat kau, kau maki aku, hina aku depan orang ramai. Sekarang senang-senang je kau datang balik dan panggil aku 'baby'?"

Afqar menahan nafasnya. Matanya merah menahan geram. Jarinya menaip laju:

"Aku menyesal pernah kenal kau, Hanan. Aku menyesal bodoh sangat dulu sebab sanggup tunduk merayu dekat perempuan macam kau. Sekarang kau datang balik? Dengan muka tak tahu malu? Perempuan murahan!"

Tak lama selepas itu, Hanan membalas lagi. Kali ini dengan nada yang tak kalah menyakitkan hati.

"You tu dulu lain... Sekarang I dah boleh terima you dah, tau baby. Kita boleh mula balik..."

Afqar memejamkan matanya seketika, cuba bersabar, tapi kesabaran seorang suami juga ada batasnya.

"Orang bodoh je yang sanggup terima perempuan macam kau. Dan malangnya, aku bukan lagi lelaki bodoh yang kau kenal dulu."

"Sekarang ni aku dah kahwin, so kau boleh angkat kaki aku rasa, dari hidup aku."
Taip Afqar dengan penuh ketegasan, matanya tajam memandang skrin telefon seolah-olah boleh menembus wajah di sebalik teks itu.

Beberapa saat berlalu, dan kemudian satu lagi mesej masuk.

"No, I tak akan pergi dari hidup you, baby. Selagi I tak dapat you, selagi tu lah I akan terus ada dalam hidup you. You cakap you dah kahwin? Tak apa, I boleh jadi isteri kedua. Dan kalau you nak ceraikan bini pertama you tu pun boleh, baby."

Afqar menahan nafas. Jari-jemarinya menggenggam telefon kuat-kuat, hampir saja dia lempar telefon itu ke pasir.

Perempuan ni memang tak tahu malu langsung!
Afqar mendongak memandang laut, cuba bertenang. Ombak seolah-olah menggema dalam telinganya, menyatu dengan degup jantung yang laju menahan marah.

"Sampai bila-bila pun, aku takkan curang dengan bini aku lah, perempuan murahan!"
Tekan. Hantar.
Dan dia hela nafas dalam-dalam, tapi tetap tak dapat sejukkan hati yang sedang terbakar.

Di saat dia menyimpan telefonnya dalam poket. Afqar merenung pasir di bawah kakinya dengan renungan kosong. Dia berfikir, kalau suatu hari nanti, Yana tahu yang Hanan sedang menagih cintanya kembali yang sudah lama mati di dalam diri Afqar. Dia takut, dia takut jika Yana akan salah faham. Dia seperti di hantui bayangannya sendiri.

Yana yang melihat Afqar kerlihatan seperti orang yang sudah tidak tentu arah terus membuat keputusan untuk menghampiri Afqar dengan perlahan

 Afqar yang sedang menundukkan kepalanya mekirkan sesuatu, tersentak apabila mendengar bunyi tapak kaki yang semakin hampir dengan dirnya. Langkah perlahan yang dikenalnya benar-benar. Dia tahu itu langkah isterinya.

JANJI DALAM DUKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang