"Fa-Farisya"
"Aw-awak.....awak Syasya"
Syasya yang sedang memeluk abangnya itu terus menoleh ke arah suara itu. Syasya terkejut apabila melihat gerangan yang sedang menyebut namanya.
"Ya allah, Mia..... kau pergi mana selama ni... aku rindu kau" Kata Syasya dan terus memeluk erat badan Mia yang kurus itu.
"Aku pun rindu kau, Syasya" Kata Mia sambil membalas pelukan Syasya dengan erat.
Faris yang melihat adegan itu mengangkat keningnya. "Adik kau kenal adik aku ke?" Tanya Faris sambil menyiku badan Daniel. Daniel mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu apa-apa.
Syasya yang melihat kelakuan abangnya tersenyum. "Abang kenalkan ni Mia, kawan baik Syasya masa sekolah menengah dulu" Kata Syasya apabila melihat abangnya memandang ke arah mereka berdua sambil mengangkat keningnya.
Faris terus mengangguk dan berbisik kepada Daniel. "Ooo patutlah.." Bisik Faris sambil memandang ke arah mereka berdua. Daniel pun turut menganggukkan kepalanya perlahan.
"Ok lah jom balik, ada banyak benda aku nak cerita dengan kau ni" Kata Syasya sambil memaut lengan Mia dengan lembut. Daniel yang melihat itu terus mengambil beg Mia dari tangannya. Mia tersenyum sambil mengucapakan terima kasih.
Syasya memberi kunci keretanya kepada Faris menyuruh abangnya untuk membawa kereta miliknya. Dia mahu menghabiskan masanya bersama dengan kawan baiknya itu.
Faris hanya mengambil kunci kereta itu dengan hati yang terbuka. Dia melayan adiknya seperti seorang pemaisuri dan dirinya seorang pengawal peribadi. Sejak ibu bapanya meninggal dunia, dia sudah menggalas tanggungjawab untuk menjaga Syasya sebaik yang boleh. Dia takut Syasya akan merasa kekurangan kasih sayang seperti dirinya dahulu.
Faris membawa kereta Audi RS5 milik adiknya itu menuju ke kawasan perumahan Taman Kasturi. Perjalanan mereka mengambil masa dalam 1 jam,agak lama kerana kawasan perumah adiknya agak jauh dari KLIA. Tambahannya pula, jammed yang menambahkan masa dari 1 jam ke 3 jam. Sangat lah lama perjalan mereka.
Sesampainya di rumah Syasya, Faris keluar dari tempat pemandu dan terus berjalan ke arah bonet untuk mengambil beberapa begnya yang dibawa balik ke Malaysia. Agak banyak kerana kemungkinan dia sudah tidak balik ke Perancis lagi, kerana dia perlu menjaga adik perempuan satu-satunya itu.
Daniel membuka pintu dan terus berjalan ke arah pintu tempat duduk belakang.
Krak..
Apabila pintu dibuka, kerlihatan Mia sedang kusyuk tertidur beralaskan beg galasnya. Disebelahnya pula, kerlihat Syasya sedang elok tertidur secara duduk hanya menyandarkan dirinya di hujung beg Mia sedikit.
"Ris!" Panggil Daniel apabila melihat kedua-dua putri ini sudah terlena dibuai mimpi. Faris memandang ke arah Daniel sambil mengangkat keningnya. Daniel membuat isyarat tangan yang bermaksud 'sini'. Faris hanya menuruti permintaan Daniel dan berjalan menghampiri Daniel yang sedang tercegat di sebelah pintu kereta adiknya.
Faris memandang ke arah kanan dan melihat kedua-dua perempuan yang tadinya sedang rancak berborak, sekarang sudah dibuai mimpi yang indah.
Faris berjalan ke arah pintu disebelah kiri. Dia membuka pintu kereta itu dan terus mendukung badan adiknya itu. Daniel juga hanya membuat perkara yang sama seperti sahabatnya.
Mereka membawa kedua-dua gadis itu menuju ke bilik dan meletakkan kedua-duanya di atas katil. Dibelah kanan, Mia. Manakala disebelah kiri pula, Syasya.
Daniel menutup lampu dan terus menutup pintu bilik itu dengan perlahan. Daniel berjalan ke arah biliknya dan membawa semua barang-barang untuk dibawa masuk ke dalam bilik itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
JANJI DALAM DUKA
RomanceYana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pertama yang dikhianati, keluarga yang tak pernah memahami, dan kesunyian yang membalut hidupnya sejak kecil - semuanya membentuk benteng dingin...