"Kalau Jeon mengganas lagi.. sila gunakan ini untuk menenangkan dia." Sambung Toki.
"Awak layan dia macam haiwan sebenar.. kesian Jeon." Kata seyeon. Tidak sangka pula Jeon dilayan hingga sebegini rupa.
"Saya dah jangka awak mungkin akan pandang serong pada saya." Kata Toki. "Tapi kalau dia tidak dihalang dia akan terus mengganas... dan kalau dia bunuh seseorang walaupun tanpa sedar dia akan dihukum. Lebih teruk lagi, dia sendiri akan rasa bersalah. Kalau itu berlaku, dia mungkin tak sanggup nak bersama dengan awak lagi." Terang Toki.
Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Toki itu. Bila Jeon mengganas dia mungkin akan membunuh seseorang.
"Dia seorang budak yang baik dan berhati suci. Dia mengagumi awak kerana awak memahaminya. Saya harap awak akan dapat melindungi." Kata Toki bernada sedih.
"Maaf... Sebenarnya, melindungi Jeon adalah tanggungjawab saya... tetapi atas sebab2 tertentu, saya tidak dapat bersamanya selalu." Tiba2 sahaja Toki mengalirkan air mata. Memang buruk la rupanya.
"Saya faham, saya faham. Tolong jangan nangis, rupa awak nampak lebih buruk." Jujur seyeon.
"Maaflah kerana saya salah faham tadi. Sekarang saya dah sedar awak bukan melayan dia seperti binatang. Awak cuma bimbang tentang dia.. " kata seyeon atas silapnya.
"Baguslah begitu. Thank you." Toki memegang tangan seyeon dengan linangan air mata.
"Saya akan jaga dia sebaik mungkin." Janji seyeon.
Tapi....
______
"Eh?! Seyeon balik sendiri? Tapi dah gelap ni... awak tak patut biarkan dia balik sorang Toki!" Kata Jeon. "Malah ada perogol sedang berkeliaran di kawasan ni!"
"Maafkan saya!" Ucap Toki.
"Saya perlu pastikan dia selamat!"
"Jangan bimbang. Dia pasti selamat. Dia seorang gadis yang kuat... saya lebih bimbang kan awak."
"Saya... saya perlu pastikan sendiri! Kalau sesuatu berlaku pada seyeon... " Jeon segera berlari meninggalkan Toki yang sedang menjerit namanya. Dia langsung tidak mengendahkan panggilan Toki. Sekarang dia hanya bimbangkan keselamatan seyeon.
Sementara itu seyeon sedang berjalan untuk pulang kerumahnya. Ditangan nya dia memegang alat sumpitan yang buruk itu.
"Aku setuju untuk membantunya.. tapi dia tak mau jawab soalan aku pula." Ngomel seyeon.
Dan kenapa Jeon tinggal di hutan....
"Kerana sebab2 tertentu, saya tak dapat beritahu awak sekarang. Tapi bila tiba masanya, saya pasti akan jelaskan. Sementara itu Jeon....."
Seyeon teringat kata2 toki sambil menangis macam sedih sangat.
"Dia cakap camtu, takkan aku nak paksa dia jawab gak.. Tapi aku rasa lebih ingin tahu sekarang."
Lagipun... perlukah aku gunakan alat ni? Dahlah rupa dia buruk...
'Aku masih rasa ia tak begitu berperikemanusian... Tapi lebih baik daripada biarkan dia bunuh seseorang. Aku simpan sajalah dulu..' lalu seyeon menyimpan alat sumpitan itu di dalam beg nya. Seyeon melalui jalan taman yang sunyi. Memang jalan itu sahaja yang terdekat dengan rumahnya. Tiba2 ada seorang lelaki menegurnya.
"Maaf.... maaf, cik..." kata lelaki itu.
"Ya, ada apa?" Seperti biasa seyeon yang ramah menjawab panggilan lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] BEAST MASTER
Teen Fiction+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.
BM-five-
Mula dari awal