抖阴社区

                                        

• SKIP •

Jaehyrin naik ke atas bangunan tingkat 3 .. Terasa tenang bila berada disitu. Jaehyrin memandang ke bawah. Banyak juga pelajar berjalan² di bawah. Bayangkan kalau korang tengok semut, macam tulah Jaehyrin tengok dari tingkat atas. Macam semut hilang arah je dekat bawah tu. Tak teratur. Ahah.. selalunya semut ni beratur lurus. XD macam kawad pula.

Jaehyrin duduk diatas(?) tembok itu. Kakinya dihayun² ke depan. Jaehyrin ni tak takut mati punya orang. Atas tembok pun nak berhayun kaki, kalau jatuh terus kebawah. Naya kang hidup Hongbin, Ken & Woozi. Budak nakal, biasalah XD Pada masa yang sama, Jaehyrin ternampak dua orang pelajar yang macam sepasang kekasih tu sedang duduk berdating bawah pokok. Kadangkala Jaehyrin cemburu juga bila tengok orang macam tu, tapi yelah siapa saja nak dengan dirinya. Dah la tomboy, kasar pula tu.

" Tiada orang nak aku yang kasar ni. Nobody.. " kata Jaehyrin dalam hati. Dia melepaskan keluhan berat.

" hey.. " tiba² ada seseorang menyapanya. Jaehyrin menoleh ke belakang. Kelihatan seseorang sedang memandangnya sambil tangan beliau dimasukkan kedalam poket. Jaehyrin tersenyum.

***

Selepas Woozi menolong Mr. Yoo angkat barang, lantas dia ke kelas untuk cari Jaehyrin. Sebaik sahaja sampai di kelas, tiada kelihatan kelibat Jaehyrin. Woozi mengaru kepalanya yang tidak gatal.

" Mana pula dia ni ? " kata Woozi kecil. Dia keluar dari kelas dan mencari di tempat lain. Sehingga Woozi mencari di tingkat 3. Apabila Woozi sudah berdiri diatas tingkat 3 merupakan tingkat paling atas blok B, dia ternampak bayangan seseorang sedang duduk diatas tembok. Senyuman terukir dibibir Woozi dan mula membuka langkah .. Tetapi langkahnya mati apabila ternampak seseorang berjalan kearah Jaehyrin dan duduk disebelah Jaehyrin. Woozi bersembunyi disebalik dinding dan melihat mereka berdua dari jauh.

***

" Jadi kau ni perempuan la? Bukan lelaki? Patutlah comel. " puji seorang lelaki. Dia duduk disebelah Jaehyrin. Jaehyrin berdecit.

" Yah! Aku perempuan.. tapi aku tak comel.. Kecomelan tu tiada dalam kamus hidup aku.. faham tak Encik Yoongi? " nafi Jaehyrin. Dia tak nak mengaku dia comel. Kerana baginya, comel is not my style.

" Yelah tu.. ahahha.. " Yoongi hanya ketawa. Jaehyrin memandang Yoongi. Dari rambut sampai ke bawah dagu. Jaehyrin mengamati wajah Yoongi yang putih melepak tu.

" Apesal kau tengok aku? " soal Yoongi hairan. Jaehyrin mengeleng² kepalanya.

" Ani.. aku cuma pelik.. kenapa an muka kau putih sangat? Jealous aku tau tak.. " terang Jaehyrin membuat Yoongi tergelak lagi.

" Aahahhah.. memang kulit aku macam ni sejak aku lahir.. kau pun apa lebih kurang nya. Putih je. " ujar Yoongi. Jaehyrin mencebik.

" Tch.. tapi aku tak seputih kau.. " Jaehyrin tetap tak nak kalah.

" Hmm.. yrlahh.. ahahha.. " Yoongi angguk dan tanpa disedarinya tangan naik ke kepala Jaehyrin dan diusap lembut. Jaehyrin tersentak.

" Sorry. Btw bulan depan kita ada Halloween Party dekat sekolah.. kau pergi tak? " cepat² Yoongi mengalihkan tangannya dan menukar topik. Jaehyrin mengaru kepalanya yang gatal. Ntah apekebenda gigit kepala dia. Kutu kot? XD idk.

Jaehyrin: Wooii aku takde kutu keyh..
Author: lallalallalal* buat tak tahu*

" Tak tau lagi.. hurm.. aku tak tahu pun ada Halloween Party bulan depan.. " ujar Jaehyrin lagi dengan muka blur.

" Adalah.. cikgu ada buat pengumuman setiap kelas. Takkan kau tak tahu kot? Ke kau tidur dalam kelas? " teka Yoongi.

" Well.. itu memang perangai aku.. tidur dalam kelas.. sebab kenapa.. sebab bosann.. tak faham cikgu ajar.. thenn bla.. bla.. bla... " omel Jaehyrin.

" Aku pun sama.. perangai kita dalam kelas sama.. suka tidur.. " kata Yoongi.

" Jinjja!!? Wahh.. geng! Hi-5! " Jaehyrin mengangkat tangannya ingin berhi-5 dengan Yoongi. Yoongi membalasnya. Dan mereka bercerita sampai habis rehat. Woozi disitu pula mengenggam buku limanya.

" Erghh.. " Woozi menumbuk dinding itu dan terus berlalu dari situ. Hatinya panas bila tengok Yoongi dan Jaehyrin.

• SKIP •

- Pulang -

" Woozi, tunggu la aku.. " panggil Jaehyrin yang ligat memasukkan buku² kedalam beg sekolahnya. Woozi yang tegang mukanya tidak memedulikan Jaehyrin dan terus keluar dari kelas. Dia masih marah pasal tadi. Jaehyrin mendengus geram.

" Haishhh.. ! "

***

- Pintu gate -

Jaehyrin mengejar Woozi. Dan ditariknya beg Woozi membuat Woozi tertarik ke belakang.

" Kau nak apa! " marah Woozi. Dia menarik begnya dengan kasar. Jaehyrin tersentak dengan reaksi Woozi. Apesal budak kecik ni? Desis hati Jaehyrin.

" Yahh. Kau kenapa? Aku ada buat salah ke? Heihh.. chill la.. " Jaehyrin cuba merangkul bahu Woozi tapi Woozi menahan dan menolak Jaehyrin. Hampir sahaja Jaehyrin jatuh.

" Tanya diri kau sendiri! Apa kesalahan yang kau buat! Errghh.. dah la! Malas dah aku nak layan kau.. " kata Woozi lalu meninggalkan Jaehyrin disitu keseorangan. Oh ya lupa. Ken dengan Hongbin tadinya tak datang sekolah. Ken tu kes lambat bangun. Hongbin pula memang ada hal. Hal entah apa.. So Jaehyrin dengan Woozi pergi sekolah naik bas.

Woozi meninggalkan Jaehyrin begitu sahaja. Kerana ego, dia tak mampu menahan kemarahannya. Jaehyrin pula terus jadi kaku. Tiba² sahaja hatinya terasa dengan reaksi Woozi. Rasa nak menangis pun ada la juga sikit. Jaehyrin tertunduk. Dia tidak memeduli orang sekeliling yang melimpasinya. Kalau boleh nak juga Jaehyrin mengalirkan air mata banyak² sampai puas. Biar banjir. Tapi dia menahannya. Kerana seumur hidupnya dari tahun 4 sampai form 5 dia tidak pernah menangis. Dia kuat menghadapinya. Tapi atas kelakuan Woozi sahaja tadi, dia macam nak menangis dah. Dia betul² tersentuh dengan reaksi Woozi tadi. Kalau boleh sekarang ni, dia nak belasah orang. Jaehyrin membuka langkah keluar dari pintu gate.

- TBC -

★Teaser chapter 7 & 8

" Gaduh ? "

" Aku nak cakap sesuatu "

" Hilang? "

[C] He Is A Vampire || m.y.gTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang