抖阴社区

14

223 4 0
                                        

Aku menemani Masz pulang ke rumah  menggunakan keretanya. Manakala yang lain sudah pulang Dan Aku bercadang mahu pulang dengan teksi. Di tempat letak kereta kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil  memeluk tubuh.

Aku sudah dapat mengagak siapa kerana Masz pernah menceritakan yang tunangnya mengikut dia Ke Indonesia juga. Aku menemani Masz keluar daripada kereta Dan terus menuju Ke arah lelaki tersebut. Kali ini Masz pula yang menarik tangan Aku.

"Sayang, lambatnya pulang."
Tegur lelaki itu kepada Masz.

"Ni Myra. One of my friend from KL"

Masz seperti tidak mahu menjawab pernyataan tunangnya tadi.

"Oh. Terima Kasih ya. Sayang, masuk jom"
"No."
"Jangan degil Masz"
"Who are you?! Go away!"

Masz mula berteriak apabila tunangnya mula menarik tangannya kasar.
Aku merentap tangan Masz Ke belakang.

"Jangan force dia boleh?"
Aku bersuara.

"She's mine. I can do what.ever I want"
"Not any more you jerk"

Aku menarik Masz masuk Ke dalam rumah.

"Kalau Kau bawa dia masuk , Aku kerjakan kau, Myra!"

Aku tidak mempedulikan cabarannya. Aku terus membawa Masz masuk Ke dalam rumahnya. Nasib baik bapanya Ada. Tetapi bapanya sedang tidur. Patutlah berani sangat dia datang. Cis

" Apa Kau nak buat sekarang? Masz bukannya dalam tanggungjawab Kau lagi pun. Hanya tunang. Tak malu Ke?"

"Pandai bercakap. Hahaha lantaklah. Ingat Aku hamak sangat dengan perempuan tu. Pergi mampus lah"

"Jaga sikit mulut ye. Kau tunang dia tahu."

Aku malas mahu bertengkar lagi dengan orang yang Aku tidak kenali. Aku mula melangkah .....

Bukk!

Kaki Aku tersadung Dan Aku jatuh tertiarap. Sakitnya di buku lali tidak tertahan. Masz sudah lama masuk Ke dalam Dan kini aku sendiri harus menghadap lelaki tidak guna ni.

Aku mengaduh sakit.

"Hahaha padan dengan Kau! Aku dah cakap jangan. Kau jangan busybody dengan orang lain punya business boleh? Ini pengajaran buat Kau yang degil!"

Teriaknya kemudian menolak kepala Aku dengan kasar. Lagi bertambah sakit.
Dia berlalu keluar  Dan menuju Ke keretanya.

"Aaaaaahhh"
Bukk!

Tiba2 Aku dengar dia menjerit Dan seperti dipukul . Aku menoleh.

Dia lagi?!!

Dear Myra  ??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang