抖阴社区

? 011

9.3K 890 46
                                        

[BAEKHYUN POV]


Lepas ikut semua arahan doktor, aku makin sihat. Gatal-gatal dah tak ada. Bintik-bintik merah pada badan aku pun dah hilang. Cuma tinggal parut-parut luka punca daripada aku garu terlalu kuat.

Lampu bilik aku petik. Baju T shirt yang terdampar di atas katil aku capai dan aku sarung pada tubuh. Nak keluar bilik. Aku sebenarnya pelik. Mana Seung Yeon. Dua hari dia tak ada dalam rumah ni. Biasanya omma yang akan suruh dia bawakan segala keperluan aku naik ke atas. Tapi sekarang, Baek Ah yang tolong bawakan naik atas. Tapi tak termasuk makanan sebab Baek Ah masih kecil. Cuma dia boleh bawa ubat, air, dan keperluan yang lain.

Aku menapak tingkat bawah.

"Haa.. Baekhyun..."

"Appa. Bila balik?" Aku tegur appa dan lajukan langkah menuju ke arahnya. Appa nampak macam baru balik dari outstation sebab bagasi dia masih kat tepi pintu. Baju pun nampak kemas lagi.

"Baru je tadi kejap. Sihat, Baekhyun?" Aku angguk kecil lepas peluk appa sekejap tadi.

"Sihat. Kena alergik sikit je." Aku jawab. Appa membulatkan mata sambil membuka jam tangannya.

"Alergik? Sejak bila kamu ada alergik?"

"Entah. Tak boleh makan kacang merah. Kacang lain boleh pula." Appa ketawa kecil sambil menggeleng.

"Ada je masalah."

Aku sambut kata-kata appa dengan gelakan. Memang pelik bila doktor cakap aku tak boleh makan kacang merah. Lagi pelik bila, kacang lain boleh pula makan. Bila makan kacang merah, habis aku kena serang satu badan.

"Appa nak naik atas nak berehat. Omma kamu ada dekat dapur. Tadi dia cari kamu. Pergilah jenguk dia." Kata appa sebelum dia beredar tinggalkan aku kat ruang tamu. Aku anggukkan saja. Biarkan appa berehat. Muka dia nampak penat. Seminggu bekerja di luar. Appa seorang majistret mahkamah. Biasanya kalau appa kena kerja kat luar sebab nak selesaikan kes-kes rumit. Aku faham perasaan tu sebab aku seorang peguam. Nak dibandingkan dengan jawatan appa sebagai hakim majistret, sangat jauh beza dia.

Aku pergi ke dapur. Hendak melihat omma. Omma tengah mengemop lantai. Aku menggeleng kecil bila tengok omma susah-susah jaga rumah sebesar alam ini. Bila kau suruh ambil pembantu rumah dekat agensi, berkeras tak nak. Macam-macam kata itu ini. Takut kena tipu, takut kena curi, rompak. Omma memang macam tu. Ada je benda yang nak difikirkan. Sejak omma pencen jadi ketua bank negara, semua benda dia nak buat.

"Omma..." aku tegur. Omma terus pusingkan tubuh dan pandang aku. Muka dia nampak tenang dan ada senyuman nipis pada bibir itu. Tapi dari ekor mata aku, ada sesuatu yang omma tengah risaukan sekarang.

"Baekhyunnie." Hanya itu. Kan aku dah cakap... omma tak senang hati. Dia akan sebut nama aku dan suara dia dalam dengar tidak dengar.

"Omma okey? Something wrong?"

"Seung Yeon mana?"

Aku jadi terkedu bila omma sebut nama tu. Baru aku nak berniat nak tanya omma, mana Seung Yeon. Tiba-tiba omma tanya aku pula. Nampak sangat tak ada sesiapa tahu keberadaan Seung Yeon.

"Mana Baek tahu. Baru tadi ingat nak tanya omma." Aku jawab. Omma mengeluh kecil. Dia letakkan batang mop pada tepi kabinet dan basuh tangan di sinki. Aku duduk atas kerusi pada meja bar perlahan-lahan. Kemudian tidak lama selepas itu, omma pula ambil tempat berhadapan dengan aku. Muka dia serius. Jarang omma macam ni kalau tak ada benda yang menganggu fikirannya.

[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang