Masih pada malam yang sama...
Baekhyun masih belum balik. Padahal dah pukul 12 tengah malam atau lebih tepat dipanggil sebagai 12 pagi. Lama aku tunggu dia. Dekat tiga jam juga. Satu jam aku duduk dengan omma, sampailah aku naik. Dua jam aku menghadap assignment, sampai sekarang dia tak balik-balik lagi. Aku tak boleh abaikan dia. Aku tak tahu kenapa. Rasa tak senang bila tak nampak dia satu hari.
"Mana dia ni..." aku bangun dari kerusi dan bergerak ke meja solek. Telefon aku capai dan lekap pada telinga.
Sekali, tak angkat.
Dua kali, tak angkat juga.
Kali ketiga, dia angkat!
"Hel..."
Tut... tut... tut...
Shit. Dia matikan?!
"Cari pasalnya dia ni... orang call nak tanya sebab risau. Dia matikan?!"
"Aku dah balik. Kau nak apa call aku?"
Aku terdiam. Tu macam suara...
"Baekhyun, bila awak balik?" Aku pandang dia yang dah ada dalam bilik sekarang. Erkk... tiba-tiba segan sebab dia pandang aku dengan muka masam dia.
"Kau nak apa?" Baekhyun soal sambil membuka butang bajunya satu per satu. Aku terus galihkan kepala dan jalan ke meja belajar. Komputer riba aku nyalakan sebab jeda tadi. Aku duduk dan sambung buat kerja. Tak jawab soalan Baekhyun.
"Aku tanya, kau nak apa call aku?"
Aku pejam mata rapat. Tangan aku genggam pen. Sebolehnya tak nak bercakap dengan Baekhyun. Tapi entah iblis mana menyerang, dia pula yang nak bercakap dengan aku. Kalau tak dia je yang mengelak.
"Saja. Kenapa lambat balik.. tu je."
"Omma bising ke?"
Aku memandang dia yang berbaring di katil tanpa berbaju. Sekilas, aku patahkan semula kepala ke kertas kerja. Tak tahu malu betul. Cover lah sikit depan aku.
"Tak. Cuma dia suruh tanya, kau pergi mana. That's all." Kata aku sebelum sambung menulis dan menaip. Aku dah tak dengar apa-apa dari dia melainkan bunyi sentuhan yang terlahir dari telefon bimbitnya. Aku tak pedulikan. Aku buat kerja aku dan dia, biarlah apa yang dia nak buat. Dah kira baik dia tak sebat kata-kata pedas macam sebelum ni. Dia nampak perlahan sikit dari biasa. Tapi perangai dia tetap sama. Macam dah sebati sangat muka masam tu. Tak pernah nampak langsung muka dia senyum. Ada emas ke mulut tu nak sengih?
"Kau buat assignment apa?" Aku tersentak. Aku pandang kanan. Baekhyun tengah tongkat kepala pandang aku.
"Apa?"
"Kau, buat assignment apa?"
"Maths."
"Maths? Kau ambil course apa ni?"
"Accounting and engineering ." Aku jawab. Dia anggukkan kepala. Aku sambung buat kerja dan kira-kira. Sakit kepala juga menghadap matematik malam-malam macam ni.
"Belajar dekat mana?" Dia tanya lagi. Pelik juga. Kalau tak nak buka mulut tu pun bukan tentu nak. Aku je yang sibukkan hal ni. Ni, dia pulak sibukkan hal aku.
"Kyung Hee."
"Ohh dekat situ..."
Aku angguk. Aku sambung buat kerja bila dia mula buat hal sendiri. Aku tekan-tekan kalkulator dan menulis, sampailah tinggal tiga soalan yang memang aku lemah setiap kali belajar. Tekan sana, tekan sini, jumpa lain. Tengok formula, sama je. Tak tahulah apa yang kurang. Aku pandang Baekhyun dan gotcha! Dia pun tengah pandang aku. Pantas aku larikan anak mata.
"Kau nak minta tolong aku ke?" Soal dia. Aku geleng. Ego. Padahal memang betul. Aku saja nak cuba nasib. Kut-kut kalau dia tahu ke. Tapi malaslah. Malu.
"Jangan nak bohong aku. Habis tadi pandang aku kenapa? Muka kau serupa beruk betina telan jantung pisang."
Kurang ajar. Dia kata aku beruk betina.
Tiba-tiba Baekhyun bangun dan datang pada aku. Dia berdiri belakang kerusi aku dan tahankan tangan dia pada meja.
"Soalan mana?"
Aku serba salah nak tunjuk. Tapi bila Baekhyun dan rampas pen dari tangan, aku tunjuk juga.
"This?"
"Haah."
"Kan senang ni..."
Aku perhatikan tangan dia berjalan sana sini. Tekan kalkulator. Mulut dia macam bercakap sorang-sorang. Setiap simbol yang dia tulis, dia sebut. Nombor pun sama. Sesekali kepala aku tersenggol dada dia sebab dia dekat sangat. Aku bau wangian dia.
"Dah, siap." Dia hempas perlahan pen atas meja dan kembali semula ke katil. Aku terkebil-kebil pandang kertas kerja aku. Wow.. dah siap. Tapi...
"Baekhyun..."
Baekhyun pandang aku dan angkat kening.
"Apa?"
"Tolonglah saya terangkan soalan yang awak buat tadi. Saya tak faham." Aku tebalkan muka, pekakkan telinga, butakan mata. Lantaklah dia nak kata aku demand ke apa. Janji aku nak tahu, macam mana dia boleh pandai soalan ni.
"Boleh. Tapi dengan syarat."
Erk... dah tebiat ke apa bersyarat-syarat dengan aku?
"Apa dia?"
Baekhyun sarungkan baju T biasa pada tubuhnya.
"Tolong buatkan aku hot chocolate. Bawa sekali roti dengan jem."
Hah?!
Tercengang aku sekejap. Biar betul? Dia minta aku buat semua tu? Aku rasa dunia terbalik. Mabuk ke apa Baekhyun ni?
"Hei! Berangan?" Dia layangkan tangan depan aku. Aku terkebil sekejap.
"Ha.. apa dia?"
"Jangan jadi lembab, Seung Yeon." Okey, dia dah naik angin. Aku sempat capai mug sebelum bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu. Nak tunaikan permintaan dia.
"Seung Yeon..."
Aku toleh ke belakang.
"Apa lagi?"
"Aku terminum air kau."
Dasar.. Byun Baekhyun.
-------
TBC
-------
Mohon jangan bergembira dengan perubahan baekhyun kerana ia SEMENTARA. Bye.

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)
Fanfiction"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula geli...