Dah hampir seminggu aku tak keluar rumah selepas berjumpa dengan Baekhyun dulu. Aku fobia. Aku takut kalau aku keluar, aku terserempak lagi dengan dia. Cukuplah sekali. Aku memang tak nak berjumpa dengan dia.
Assignment yang bertimbun aku cuba siapkan perlahan-lahan. Aku dah lama sangat tak masuk kelas. Sekadar siapkan assignment yang diberikan atas bantuan Eunna. Aku tak tahu macam mana dengan ujian aku nanti. Tahun terakhir yang bagi aku macam mimpi ngeri. Takut sangat kalau-kalau ada salah satu subjek yang aku tersasar. Sia-sia empat tahun belajar tapi kena ulang sem semula.
“Seung Yeon…” Eunna keluar dari bilik sambil kancingkan choker pada leher. Aku menoleh memandang dia.
“Hmm…”
“Na nak keluar sekejap. Ada study group. Nak ikut?” Soalnya. Aku menggeleng tanpa berfikir. Dia bergerak mendekati aku yang berada di sofa ruang tamu.
“Semua orang rindukan Yeon. Takkan Yeon tak nak keluar rumah?” Aku mengeluh pendek mendengar ayat Eunna. Aku tahu, mungkin aku nampak lemah sangat sebab tak nak keluar rumah sebab takut bertembung dengan Baekhyun tapi aku memang betul-betul tak bersedia sekarang. Aku lebih suka duduk dekat rumah.
“Tengoklah nanti. Kalau Yeon rasa dah ready.”
“Tapi sampai bila? Yeon, Baekhyun tu biarlah dia. Pandai-pandailah dia hidup. Dia takkan kacau Yeon. Percayalah. Makin Yeon dekat rumah, terperap, makin dia akan datang adalah. Silap-silap, dia boleh datang sini bila-bila masa dia nak.” Aku renung wajah Eunna dalam-dalam.
“Dia tak tahukan Yeon dekat sini?”
“I’m not sure.”
“Jangan bagitahu dia, Eunna. Tolong jangan bagitahu. Yeon tak nak jumpa dia.”
“But he is still your husband. Tak ada sebab dia tak boleh nak jumpa Yeon sebab dia ada hak.”
Aku campakkan pen atas meja dengan kasar. Aku pandang Eunna dengan tajam.
“Eunna, listen. Mati hidup semula, Yeon takkan maafkan dia dan takkan terima dia semula. Jangan spoilkan mood Yeon malam-malam macam ni.”
“Jangan over confident. Na bukan tak support Yeon. Tapi Na akan support mana yang Na rasa logik. Jaga diri. Na keluar dulu.” Terus dia bangun dan tinggalkan aku sorang-sorang. Aku tahu, mungkin aku nampak keterlaluan tapi emosi aku memang tak stabil sejak dua menjak ini. Aku sendiri rasa diri aku macam mengada-ngada, tapi aku tak boleh buang rasa tu jauh-jauh. Makin aku cuba, makin aku mengada-ngada.
Malas nak fikir lebih jauh, aku mula sambung buat kerja aku. Sampai aku rasa macam kepala aku berdenyut-denyut sebab sakit. Tekak aku mula mengembang dan rasa loya. Tapi aku tahankan sahaja. Aku sambung buat kerja sebelum telinga aku menangkap bunyi pintu rumah terbuka.
“Awalnya Eunna balik?” Aku tenung jam. Setengah jam pergi, dan sekarang balik semula? Aku malas hendak menegur. Biarlah dia dengan mood dia sebab aku tahu dia sedang emosi. Jadi aku buat kerja aku dan tak hiraukan dia. Tapi, aku rasa tak sedap hati sebab aku rasa lain macam. Hidung aku terhidu sesuatu yang selesa. Bau seseorang. Aku yakin bukan Eunna. Aku yakin sangat. Sebab yang bau macam ni hanya seorang sahaja.
“Kenapa stay dekat rumah sorang-sorang kalau dah tahu Eunna keluar study?”
Baekhyun.
“Macam mana awak boleh masuk sini? Kenapa…”
“Pintu tak kunci. Saya masuklah.”
Aku campakkan pen atas meja dan sandarkan tubuh pada sofa. Rasa menyampah hendak memandang lelaki itu. Entah macam mana pula boleh jadi macam ni. Makin aku rasa nak termuntah pun ada juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)
Fanfiction"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula geli...