“Hentakan tu menyebabkan janin Puan Byun gugur dari rahim. Maafkan saya. Saya tak dapat nak selamatkan anak tuan.” Aku terdiam mendengar suara doktor yang sedang bercakap dengan Baekhyun di sebelah katil aku. Satu je yang aku rasa sekarang.
Aku rasa bersalah dengan Baekhyun. Bersalah, berdosa, rasa hina depan mata dia sebab tinggikan keegoan aku. Dan sekarang… aku menyesal. Bodohkan aku? Aku nak pandang Baekhyun pun, aku rasa tak selesa. Aku rasa nak menangis. Aku rasa berdosa sangat-sangat. Tengok muka sugul dia pun, aku rasa macam nak larikan diri sekarang ni.
“Jaga isteri tuan sebaiknya. Salah satu faktor janin dia lemah pun sebab dia stres. Penjagaan orang gugur, sama macam lepas bersalin. Ya?” Aku pejamkan mata dan aku rasa ada air mata mengalir pada pipi. Cepat-cepat aku kesat. Aku tak nak menangis depan Baekhyun. Nampak sangat yang aku lemah. Aku tak nak nampak lemah depan Baekhyun. Aku tak boleh.
“Okey. Terima kasih, doc.” Bila doktor beredar, aku pusingkan tubuh ke kiri. Belakangkan Baekhyun. Walaupun rasa perit pada perut, aku biarkan. Aku nak menangis.
“Sayang.. awak dah sedar?”
Aku diam. Aku pejamkan mata dan cuba khayalkan diri sendiri. Tapi bila Baekhyun berjalan ke bahagian aku berpaling, aku lemah. Sakit dada aku menahan sendu.
“Hei… kenapa menangis ni, hmm?” Baekhyun labuhkan punggung pada birai sambil memegang pipi aku perlahan. Aku pejamkan mata. Tak nak pandang dia.
“Sayang…”
“Jangan dekat dengan saya. Saya berdosa dengan awak.”
“Hei…”
“Baekhyun, saya rasa saya memang tak layak untuk awak.”
“Seung Yeon, kenapa cakap macam ni?”
Aku menangis. Aku tekup muka dengan telapak tangan dengan tangan kanan aku berjarum. Lemah satu badan, tidak terkata. Aku betul-betul rasa lemah. Aku kalah dengan ego, aku kalah dengan Baekhyun, aku kalah dengan diri sendiri. Aku betul-betul rasa mengada-ngada. Kenapa aku berani cakap aku bencikan dia sedangkan hati aku terlalu lemah untuk bencikan seseorang yang pernah cintakan aku? Aku tak boleh bencikan Baekhyun terlalu lama. Aku kalah. Aku tewas.
“Sayang, dengar sini,” Baekhyun tarik tangan aku dan seka air mata aku dengan tangan dia. Aku tetap tak nak buka mata. Aku malu.
“Sayang buka mata.”
“Tak nak.”
“Bukalah. Saya nak cakap dengan awak.”
“Saya tak nak awak pandang mata saya. Saya berdosa.” Aku menangis lagi. Kali ni, aku rasa Baekhyun peluk aku. Aku dapat rasa dia usap belakang aku perlahan-lahan. Sesekali bibir dia menyinggah pada dahi aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tenangnya aku apabila dipeluk macam ni.
“Seung Yeon, dengar. Saya tak pernah marah awak. Saya tak pernah berdendam dengan awak. Sikit pun hati saya tak terasa dengan kata-kata awak. Sebab saya tahu, awak lembut orangnya. Seung Yeon tak pernah berkasar dengan semua orang. Awak berkasar dengan saya, macam awak marah-marah manja dengan saya. Saya tak rasa pun awak marah sebab awak terlalu lembut dengan saya. Sumpah, saya tak terasa langsung. So, janganlah menangis. Ya, sayang?”
Sungguh, aku malu yang amat sangat sekarang ini. Kenapa Baekhyun lembut sangat dengan aku? Dia tak pernah berlembut sampai macam ni sekali. Aku rasa bersalah. Aku balas pelukan dia. Rindu.
“Saya minta maaf. Anak awak…”
“Anak kita bukan seorang je, sayang. Awak boleh mengandung lagi.”
Aku eratkan lagi pelukan pada tubuh dia. Tuhan… kenapa aku rasa terlalu bodoh kali ni?
“Kalau saya tak kurang ajar dengan awak, kalau saya dengar cakap awak, mungkin saya…” aku terdiam apabila Baekhyun cium aku. Lama, baru dia lepaskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)
Fanfiction"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula geli...