抖阴社区

? Special Chapter : Byun Hana

12.6K 908 88
                                        

Selepas hampir tiga tahun aku berkahwin dengan Baekhyun, aku dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia hampir setahun lebih. Byun Hana. Nama yang Baekhyun pilihkan tanpa pengetahuan aku. Aku beria dah sediakan beberapa nama untuk dia pilih. Tak alih, dia dulu yang buat dan dah siap buat sijil lahir sekali. Tercengang aku jadinya. Aku tak boleh nak kata apa sebab dia dah siap buat sijil lahir. Nak halang tak boleh. Nak marah lagilah tak patut. Jadi aku biarkan saja.

Aku dah habis belajar dan dah boleh jadi engineer. Cuma… Baekhyun. Dah banyak kali aku cakap, aku nak kerja, nak capai cita-cita aku. Tapi aku masih tak dapat ‘lampu hijau’ sejak sebelum bersalin, sampailah sekarang. Dia tak izinkan. Semalam, aku ada terfikir juga, nak sambung belajar lagi untuk dapatkan pengajian yang lebih tinggi. Hari ni, aku nak cuba nasib. Manalah tahu, dia izinkan. Kan?

Aku duduk bersila di atas katil sambil memerhatikan Hana yang sedang bergolek-golek di hujung katil. Sambil tu aku menilik skrin telefon bimbit. Memeriksa berita-berita terkini. Nak tengok TV memang malas. Sejak Hana lahir, hidup aku tak macam orang bujang. Semua benda nak kena buat. Ditambahkan lagi sekarang Baekhyun makin sibuk. Appa pula kerap sakit sejak jatuh bilik air tahun lepas. Jadi aku terpaksa pergi ke rumah appa dengan omma untuk jenguk mereka berdua memandangkan kami duduk berasingan. Itu pun Baekhyun susah nak lepaskan aku keluar sorang-sorang. Nasib baik Eunna masih setia dengan aku sampai sekarang. Eunna pun baru je kahwin dua bulan lepas. Ae Jung masih solo. Sedang mencari katanya.

“Om.. ma…” aku memandang Hana apabila terasa aku seperti dipanggil. Dia meniarap memandang aku dengan mata bundarnya.

“Ya, sayang? Hana nak apa?”

“Paa…” suara Hana meleret-leret. Aku tahu sangat apa yang Hana maksudkan itu. Dia nak ayah dia.

Aku tenung jam. 8 malam. Sepatutnya Baekhyun dah balik. Tapi sekarang… masih tak balik lagi. Mungkin jalan sesak.

“Sekejap lagi appa balik. Meh sini, jangan jauh-jauh. Nanti Hana jatuh katil.” Aku menggamitnya supaya bergerak ke arah aku. Hana menggulingkan badannya sehingga terkena kaki aku. Aku kait lengan dia dan letakkan atas riba. Botol susu aku capai di atas meja kepala katil dan aku goncang perlahan. Hana memang susah nak minum susu formula. Tapi aku kena ajar juga untuk berhenti menyusu badan. Badan dia pun maintan. Tak terlalu berisi, tak terlalu kurus. Metabolisma Hana tinggi sangat sampaikan kalau makan banyak mana pun, dia tak nampak gemuk.

“Nah, sayang.” Aku halakan susu pada bibirnya. Seperti yang aku jangka, dia menolak. Lebih tertarik untuk bermain rambut aku yang terjuntai. Tangan Hana gatal macam ayah dia! Sebijik!

Klek.

Aku mengangkat kepala memandang pintu bilik. Seperti yang aku agak, tu Baekhyun.

“Pa!” Jeritan nyaring Hana memecah sunyi. Kaki dan tangannya dihentak-hentak. Kuat betul dia meronta. Dia tolak tangan aku dan merangkak mendapatkan ayahnya yang baru sahaja balik dari kerja. Muka Baekhyun nampak letih. Jalan pun tak bermaya. Penat sangat agaknya.

“Hana sayang…” Baekhyun mencium wajah Hana sekali imbas sahaja dan terus henyakkan tubuh atas katil. Kepalanya menyinggah atas paha kanan aku yang sedang bersila. Hana berjalan atas katil sebelum meniarap di atas tubuh Baekhyun. Rutih harian mereka anak-beranak.

“Baekhyun,”

“Hmm…”

“Kenapa?” Rambut Baekhyun yang menutupi dahi aku selak sedikit. Mata dia terpejam.

“Penat. Letih.”

“Demam ke?” Aku sentuh dahi, pipi dan lehernya. Muka dia pun macam pucat dan tak berpeluh. Aku syak dia demam. Tapi suhu badan dia tidak panas lagi. Mungkin baru nak demam.

[COMPLETED] Loyal Wife ?? ?? (Baekhyun EXO)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang