"Cinta saya bukan kerana kontrak. Tapi kerana hati"
Baekhyun hanya diam, dan diam. Dia tetap meneruskan kerjanya. Yeri pula berlawan dengan rasa terhinanya. Tergamak Baekhyun berbuat begitu.
"Buat demi orang tua aku. Jangan fikirkan tentang aku. Kau jangan risau, aku akan beri kebebasan kepada kau lepas kau lahwin dengan aku. Kau dengan kerja kau, aku dengan kerja aku. Pasal perkahwinan, kau jangan risau. Aku takkan buat kau ada anak"
"Berapa lama?"
"Empat bulan. Selepas omma aku dah tiada, aku janji aku akan lepaskan kau. Kontrak tuh saksinya"
Aku pandang perkataan 'Marriege Contract' pada kertas yang telah diklipkan dalam fail itu lama. Perasaan aku bercambur baur. Rasa kasihan dan rasa amarah akibat dipermainkan. Baekhyun rela, tapi aku tak. Apa kata orang kalau dapat tahu semua nih? Tambah-tambah lagi, aku nih pelajar yang bakal menduduki peperiksaan kemasukan universiti. Tinggal tiga bulan sahaja lagi. Tapi, lain pula aku risaukan. Sepatutnya aku risau tentang ujian tersebut. Sebaliknya, aku risau tentang kontrak di depan aku nih. Aku menelan air liur. Apa yang aku harus buat? Sign atau tak? Kalau aku sign, hutang aku dapat diselesaikan dan aku boleh menduduki ujian awam. Kalau aku tak sign, hutang dikeliling pinggang dan aku ada masa seminggu lagi untuk kumpul duit yuran. Kalau tak bayar, aku tak dapat menduduki ujian itu. Padahal, ujian itulah yang paling aku tunggu dan amat penting bagi aku. Tapi kalau detik yang aku tunggu hilang, macam mana dengan masa depan aku? Macam mana dengan kehidupan aku? Ya, aku fikir semua tuh.
Jadi, aku dah buat keputusan. Aku akan kahwin dengan Baekhyun, secara kontrak. Kalau benda ini dirahsiakan, pasti tiada sesiapa yang tahu. Kontrak yang diklipkan pada fail aku capai. Tindakan aku itu menarik perhatian Baekhyun yang sedang sibuk bekerja. Pen di atas meja aku ambil. Dengan rasa penuh serah diri dan terpaksa, aku sign kontrak tersebut. Aku boleh agak Baekhyun sedang tersenyum sekarang. Dia gembira, tapi aku tak.
"Terima kasih kerana memahami aku"
Aku pandang Baekhyun. Dia senyum girang ke arah aku. Apa yang hanya aku balas ialah senyuman tawar. Senyuman pasrah.
.......................
Rumah Wendy.
Aku masuk sahaja tengok-tengok Wendy sedang makan di dapur. Dia yang perasan kehadiran aku terus melambai-lambaikan tangannya sambil memanggil nama aku dengan mulutnya yang penuh dengan makanan. Aku hanya senyum dan menuju ke arahnya.
"Dah makan?" soal Wendy sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di depannya. Aku menggeleng perlahan sambil melihat lauk-pauk yang sedia dihidang di atas meja.
"Makanlah. Aku masak semua nih. Jarang tau kau dapat rasa masakan aku. Rare kat dunia nih!"
Aku senyum tawar. Wendy pula tak habis-habis memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Kebulur betul budak nih. Macam anak teruna.
"So, apa cerita? Dapat kerja dengan Mr. Byun Baekhyun?"
Diam.
"Best tak?"
Diam lagi.
"Hoiii, aku tanya nih"
"Okey"
"Okey jer? Kenapa? Dia buli kau lagi ke? Dia ugut?"
Aku hanya geleng perlahan lalu mengambil penyepit dan menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Habis tuh, kenapa? Ceritalah!"
Wendy pandang aku. Aku hanya pandang nasi yang berada di depan aku. Perasaan aku kosong. Tak ada mood.
"Yahh! Kenapa monyok jer nih? Apa Si Byun Baekhyun tuh buat kat kau?"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Am I In The Contract? (Baekhyun's malay fanfiction)
FanfictionKisah cinta bersaksikan sehelai kertas. "Kontrak tuh perjanjian. Bukan kontrak cinta" Kata Baekhyun tanpa memandang wajah Yeri sebaliknya hanya memandang skrin laptop sambil jejari bermain pada papan kekunci. "Lupakan kontrak" Baekhyun gugup. Dia t...