抖阴社区

                                    

Orang tua mereka pula tidak habis-habis berbual kosong. Daripada isu luar negara, masuk ke isu kereta kemudian bertukar pula tajuknya kepada hal di taman perumahan. Sekarang, mereka berbual mengenai isu agama pula.

Sementara itu, apa kata kita flashback kejadian mula-mula Iman Nadhirah bertemu dengan tetamu malam itu.

🍴🍴🍴

IMAN Nadzir melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Iman Nadhirah hanya membuntuti abangnya tanpa meluarkan sebarang suara. Semakin hampir kaki menjejak tingkat bawah, semakin jelas kedengaran suara bualan orang di ruang tamu. Iman Nadzir mengerling jam antik di dinding. 8.45 malam. Dia mengerutkan kening serta-merta.

Awalnya mereka sampai! Kata papa pukul 9 malam.

Sesampainya mereka dua beradik di ruang tamu, "Ha, itu pun dua beradik tu! Lambat benar nak bersiapnya!" usik Puan Sri Ilyana setelah agak lama berbual dengan keluarga kawan baik suaminya.

Iman Nadzir terkesima melihat setiap orang di ruang tamu itu. Tambah terkejut apabila mendapati keluarga kawan papanya itu, keluarga orang yang amat dikenalinya. Bukan hanya dirinya, adiknya turut mengenali keluarga itu. Matanya lantas mengerling adiknya.

Baru sahaja Iman Nadzir ingin berkata sesuatu pada adiknya, Iman Nadhirah terlebih dahulu bersuara, "Kau?!"

Zafriel Adrian yang sedari tadi menunduk bermain dengan jari-jemarinya, tersentak mendengar suara itu. Dia memandang ke arah suara itu. Bukan dia saja, malah semua orang di situ.

"Mama, kenapa mamat tu pun ada jugak?!" marah Iman Nadhirah seolah-olah Zafriel Adrian dan keluarganya tidak wujud di situ.

"Adik!" bisik Iman Nadzir memberi amaran.

"Iman Nadhirah, please behave. Mereka termasuklah orang yang kamu kata itu. Mamat yang adik sebut tu ada nama dan namanya, Zafriel Adrian. Ada faham?!" selamba Tan Sri Nazmi memarahi anaknya di hadapan tetamu.

Iman Nadhirah merengus. Tambah membara hatinya kerana dimarahi di hadapan para tetamu. "Kalau ya pun marah, tak perlulah sampai nak bagitau nama. Apa ingat aku tak tahu ke nama Pengawas Bajet Alim tu?!" gumamnya perlahan. Tidak mahu kata-katanya didengari Tan Sri Nazmi.

"Adik, I heard that!" bisik Iman Nadzir marah. Mujur kata-kata adiknya hanya didengarinya. Jikalau tidak mahu kena pelangkung dengan mama dan papa mereka.

Iman Nadhirah hanya menjeling abangnya itu tanpa berkata apa-apa. Rasa marah masih meluap-luap di dalam hati. Laju kaki melangkah meninggalkan ruang tamu. Haji Umar dan Hajah Aminah berpandangan menghantar isyarat.

Zafriel Adrian mengerling kedua-dua orang tuanya. Dia tidak mengerti akan isyarat mata mereka berdua, tetapi dia tahu mata mereka berdua jelas menunjukkan mereka kecewa. Zafriel Adrian memandang kakinya di atas permaidani mahal itu. Kenapa umi dan abi kelihatan kecewa?


🍴🍴🍴

SEJURUS selepas mereka selesai makan malam, keluarga Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian menyambung perbualan mereka di ruang tamu. Tepat pukul 11 malam, keluarga Zafriel Adrian pun meminta diri untuk pulang.

Iman Nadhirah terus menukar pakaiannya di bilik. Terasa rimas kerana memakai tudung di dalam rumah. Kemudian, dia turun ke dapur untuk minum air. Tekaknya terasa kering meskipun dia banyak berdiam diri tadi.

Puan Sri Ilyana yang duduk di meja makan dengan mug di tangan tidak diendahkan. Mug bergambar kartun Spongebob yang bertulis namanya sendiri Iman Nadhirah capai. Peti sejuk dibuka. Air botol diambil lalu dituangkan ke dalam mug tersebut.

Setelah menyimpan air botol itu, dia mengangkat mug tersebut. Tubuh dipusing menghadap ibunya. Belakang tubuh disandar pada kabinet dapur. Dia minum air sejuk itu.

"Mama, sejak bila Pak Haji dengan papa berkawan?" soal Iman Nadhirah pelik.

Pak Haji ialah panggilan untuk Haji Umar yang digunakan oleh semua orang di taman perumahan itu memandangkan hanya Haji Umar yang sudah menunaikan rukun Islam yang kelima.

Puan Sri Ilyana memandang Iman Nadhirah tidak percaya. Laaa... Anak aku ni tak ingat ke buat-buat tak ingat? "Dah lama dah. Kalau adik nak tahu, Pak Cik Umar tu dulu rakan kongsi syarikat papa. Sebelum kita berpindah ke Kuala Lumpur waktu umur adik nak dekat empat tahun tu, Pak Cik Umar serahkan syarikat tu sepenuhnya kepada papa. Katanya dia mahu meluangkan lebih masa dengan anaknya, Zafriel dan Rina yang baru nak membesar tu. Itulah sebabnya papa dah berjaya sekarang. Tapi mama yakin, kalau Pak Cik Umar masih menjadi rakan kongsi papa, pasti mereka lebih berjaya." Kata-kata akhir Puan Sri Ilyana berbunyi seperti kecewa kerana Haji Umar menarik diri dari meneruskan kerjayanya.

Iman Nadhirah mengangguk perlahan. Baik jugak Pak Haji tu, tapi kenapa mesti anaknya itu ialah Zafriel Adrian?! Gerutu hati Iman Nadhirah. Dia masih tidak puas hati akan kenyataan yang satu itu.

"Satu lagi, adik lupa ya, adik dengan Zafriel tu pernah kawan dulu waktu kecil?"

Mata Iman Nadhirah membesar. Kawan?

"Kamu berdua selalu main bersama-sama. Kadang-kadang tu ada juga Abang Nadzir join. Kalau ada hari mama tak bagi adik keluar main, mulalah menangis, mogok bagai. Bukan main lagi! Mogok pun bukan senang nak pujuk. Alih-alih terpaksa juga mama benarkan adik main dengan dia," cerita Puan Sri Ilyana.

Iman Nadhirah hampir ternganga. Tidak percaya akan cerita yang diberitahu Puan Sri Ilyana itu. You got to be kidding me! Aku? Mogok sebab tak dapat bermain dengan Zafriel. Ya Allah, memalukan sungguh!

Gadis itu mengetap bibir. Agak-agak mamat tu ingat tak? Malunya kalau dia ingat!

Tanpa disedari, Iman Nadzir mendengar setiap bait kata mamanya. Dia bersembunyi di sebalik dinding. Dia tahu dan masih ingat tentang persahabatan mereka bertiga sewaktu kecil. Dia dan Zafriel Adrian sudah lama mengenali antara satu sama lain. Dia yang kenalkan adiknya pada Zafriel Adrian kerana kasihankan adiknya yang tiada kawan mahu bermain. Waktu itu Iman Nadhirah berusia tiga tahun, manakala dia tujuh tahun dan Zafriel Adrian lima tahun.

Manalah Iman Nadhirah mahu ingat, waktu itu pun dia masih kecil lagi! Iman Nadzir menggeleng kecil.



1502 words
13/03/2018

Don't pretend to like something that you don't
-Nur Minna-

Hero Troublemaker (edited)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang