* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! *
Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...
Tapi sekarang tak ada dah sebab Zafriel Adrian sudah menjadi pengganti. Pernah sekali dia terjaga kerana menyedari suaminya tiada di sebelah. Cemas dia mencari suaminya di dalam rumah. Rupanya lelaki itu pergi ke dapur membasahkan tekak.
"Sayang, kut ya pun sayang sangat kat patung Garfield tu, pergilah mandi dulu."
Iman Nadhirah mengangkat muka memandang suaminya yang sudah siap berbaju T kelabu lengan pendek dan berkain pelikat. Mungkin ingin mendirikan sembahyang fardhu. Iman Nadhirah turun dari katil lalu mencapai tuala mandi. Bilik air dituju.
Iman Nadhirah keluar dari bilik selepas selesai mandi dan memakai pakaian tidur. Baru saja kaki ingin melangkah turun anak tangga, dia mendengar suara dari bilik abangnya, "Sesungguhnya aku, telah jatuh pada dirimu.."
Muncul idea nakal ingin mengusik Iman Nadzir. Rambut yang panjang mengurai itu ditolak ke depan menutupi wajah. Dia mendekati bilik abangnya yang tidak ditutup pintu rapat. Kuku yang tidak terlalu panjang itu dicakar perlahan pada pintu. Dengan suara mengerikan, dia menyambung nyanyian abangnya.
Iman Nadzir terasa bulu roma meremang. Terkejut mendengar bunyi cakaran pada pintu. Dia menoleh perlahan sebelum menjerit kuat, "Aaaaahh!! Adik!"
Terbahak-bahak Iman Nadhirah ketawa melihat wajah takut abangnya.
Dalam pada masa yang sama, Zafriel Adrian mengerutkan kening mendengar suara Iman Nadzir menjerit. Ibu dan ayah mertuanya kelihatan tidak mahu ambil peduli.
"Irah lah tu mengacau si Nadzir."
Zafriel Adrian tersenyum kecil. Teringat peristiwa dia mengusik Iman Nadhirah dengan memakai topeng mainan adiknya sehingga menangis.
🏡🏡🏡🏡
Zafriel Adrian menutup pintu bilik. Dia menggeleng kecil melihat isterinya membaca novel Inggeris sambil memeluk patung Garfield. Dia naik ke atas katil mendekati Iman Nadhirah. "Aik, sayang? Tak nak berenggang langsung dengan Garfield tu?"
Iman Nadhirah menggeleng. "Biarlah, dah lama tak jumpa kesayangan ni."
Zafriel Adrian mencebik. Kesayangan? Malam-malam nak tidur, cari aku juga, bisik hatinya geram. Zafriel Adrian menarik patung Garfield itu ke tepi. Dia melingkarkan tangan pada pinggang Iman Nadhirah. Kepalanya disandar pada bahu si isteri.
"Dengan patung pun nak jealous ke?" usik Iman Nadhirah.
"Kenalah!"
Iman Nadhirah tutup buku tiba-tiba.
"Kenapa tutup? Part best tu!" Zafriel Adrian memprotes.
Iman Nadhirah mencapai patung Garfield tanpa mengalihkan tangan Zafriel Adrian. Perbuatan itu mengundang rasa pelik kepada Zafriel Adrian.
"Kau tak ingat eh?" Iman Nadhirah menaikkan lututnya. Patung Garfield diletakkan di atas lutut.
"Ingat apa?"
"Siapa yang bagi patung ni?"
Zafriel Adrian angkat wajah memandang isterinya. Dia mengerutkan kening cuba memahami maksud soalan itu. Dengan itu terlayar kenangan lama di fikiran.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Iman Nadhirah, happy birthday to you."
Iman Nadhirah meniup lilin yang dicucuk di atas kek hari lahirnya. Semua tetamu menepuk tangan gembira meraikan hari lahir Iman Nadhirah.
Usai sesi memotong kek, Iman Nadhirah bermain dengan kanak-kanak yang lain. Sedang leka bermain, datang seorang budak lelaki memegang patung Garfield. Patung Garfield itu cukup besar untuk menutup wajahnya. Dia menaikkan tangan patung itu melambai Iman Nadhirah. "Selamat hari jadi!"
Iman Nadhirah tergelak kecil. Dia kenal budak lelaki itu berdasarkan suaranya. "Ian!"
Budak lelaki itu mengalihkan patung Garfield ke tepi menunjukkan wajahnya yang tersenyum.
"Dia yang bagi, dia pulak yang lupa," gumam Iman Nadhirah memeluk patung Garfield itu. Terhapus lamunan pendek lelaki itu.
Zafriel Adrian tersenyum. Kepalanya kembali didaratkan pada bahu. Pelukannya semakin kemas. "Mana nak ingat, Nadhirah oi! Lama kut! Dah lebih 20 tahun."
"Yelah, kau kan dah tua, dah nyanyuk... Aduh, Zafriel!" Iman Nadhirah menggosok pipinya yang digigit. Taklah gigi kuat, mahu putus pipi aku weh!
"Alahai... Sakit ye? Mari sini aku ubatkan." Zafriel Adrian mencium pipi Iman Nadhirah bertalu-talu.
"Zafriel! Dahlah, weh!"
Zafriel Adrian gelak melihat Iman Nadhirah mengelap pipi yang dicium oleh lelaki itu. Zafriel Adrian melepaskan pelukan, dia baring sepenuhnya di atas katil. Lengan kanan ditepuk memberi isyarat menyuruh Iman Nadhirah baring di atasnya.
Iman Nadhirah menurut saja. Dia merebahkan kepala di atas lengan Zafriel Adrian. Comforter ditarik oleh suaminya menyelimutkan tubuh mereka berdua. Lampu tidur dipadam.
"Good night, sayang." Zafriel Adrian mengucup dahi Iman Nadhirah sebelum masing-masing terlena.
1072 words 08/06/2018
Sorry, guys cause minggu lepas aku tak update. Demam weh. Entahlah berjangkit-jangkit demamnya ni. Bukan sebab tu je, aku takde internet. Pinjam hotspot mak pun cuma tengok whatsapp je kut kalau ada info pasal sekolah. Lain-lain aku tak bukak. So fact ke berapa dah ni? Oh ya!
Fun fact #4: Penulis pernah terfikir untuk membukukan CTPH/Hero Troublemaker tetapi dibatalkan niat itu kerana masih banyak yang perlu dipelajari dan dibaiki dari segi penulisan novel
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.