Boleh dikira ke pengajaran tu? Haha, tak taulah!
"Ouch!" Iman Nadhirah menjerit kecil tiba-tiba. Menitik darahnya di atas papan pemotong itu akibat terkena pisau tajam.
"Eh, akak! Kenapa?" terkejut Zafrina mendengar jeritan kecil kakak iparnya.
Pantas Iman Nadhirah menyorok tangannya dari dilihat oleh Zafrina. "Tak adalah, terpotong jari sikit. Okey aje ni." Budak ni dahlah fobia darah. Pengsan kat sini jugak nanti. Padahal dalam hati menahan rasa pedih.
Zafrina mengerutkan kening tidak percaya kata-kata gadis itu.
Kebetulan, Zafriel Adrian masuk ke dapur dengan tong yang mungkin dipenuhi ikan yang baru ditangkap mereka tadi. Iman Nadhirah memberi isyarat mata menyuruh suaminya itu datang dekat.
"Kenapa?" soal jejaka itu.
"Suruh Rina keluar dapur kejap," arah Iman Nadhirah dengan nada berbisik. Namun arahannya dibalas dengan pandangan pelik. "Jari aku berdarah."
Terbeliak mata Zafriel Adrian. Matanya beralih ke arah papan pemotong. Terdapat tiga titis darah di atasnya dan bawang yang tidak habis dipotong. "Rina, duduk depan, biar abang habiskan masak."
"Tapi umi kata tadi..."
"Zafrina." Tegas nada suara Zafriel Adrian memotong bicara adik perempuannya. Zafrina hanya menurut kata, dia membasuh tangannya sebelum keluar dari dapur.
"Mana yang berdarah tu?"
Hampir Iman Nadhirah terlupa dengan jarinya kerana risau akan Zafrina yang fobia darah. Tangan kirinya ditarik oleh lelaki itu. Zafriel Adrian mengambil tisu bagi menghentikan darah dari mengalir sebelum membasuh kedua-dua belah tangan isterinya itu. Kemudian, Zafriel Adrian menyuruh Iman Nadhirah duduk di atas kerusi.
Iman Nadhirah hanya memerhati langkah suaminya ke arah kabinet yang tersimpan peti pertolongan cemas. Zafriel Adrian menarik kerusi sebelah isterinya. Sambil dia menyapu ubat, sempat dia bebel, "Kau ni lain kali tengah memotong, fokus. Pisau tu tajam, nasib baik luka kau ni tak dalam. Kalau tak, mau terputus jari, kurang jari satu. Suka sangat berangan tulah pasalnya..."
Iman Nadhirah hanya diam mendengar bebelan suaminya. Sesekali ada juga dia mencelah tanda protes, "Bukan selalu pun. Aku selalu masak elok aje okey? Kali ini aje tiba-tiba dia nak jadi. Nak buat macam mana?"
"Eh, kau ni, aku cakap, boleh tak kau diam kejap. Suka sangat menjawab kan?" Zafriel Adrian memandang isterinya geram. Ingatkan perangai budak-budak tu dah hilang, ada lagi sisa-sisanya.
"Cik abang, kalau bercakap, it needs two people. Kalau kau cakap seorang diri, itu gila namanya! Aduh!" Iman Nadhirah menggosok dahinya yang dijentik oleh lelaki itu. Dahlah jari besar, sakit do!
"Menjawab, menjawab!"
Gadis itu memutarkan bebola mata. Saja nak bagi suaminya itu marah.
Tiba-tiba tangannya dilepaskan. Kedua-dua belah pipinya dipegang oleh Zafriel Adrian membuatkan mata mereka berdua bertentangan. "Kau boleh tak jangan buat aku risau? Nasib aku kerja cef restoran aje, kalau aku kerja pilot, tak tenang aku fikir kau kat rumah tahu tak? Please, aku tak nak kehilangan kau lagi, Nadhirah." Lembut saja nada suara lelaki itu. Tiada lagi nada marah seperti tadi.
"Tapi, aku luka kat jari sikit je."
"Sekarang, mungkin kau kena sikit, tapi kita tak tahu masa depan, kan?"
Tersentap hati Iman Nadhirah. Risau terbit di hati, dia tidak mahu mereka berdua berpisah atas kesilapannya lagi. Cukuplah dua kali. Dia tidak mahu melepaskan Zafriel Adrian lagi.
"Janji dengan aku, lepas ni, hati-hati bila buat kerja, faham?"
Iman Nadhirah mengangguk perlahan. Bibir suaminya mengorak senyuman kecil. Dia mendaratkan kucupan di dahi isterinya yang dijentik tadi. Kemudian, dia bangun menyambung kerja isteri dan adiknya yang tergendala. "Dah, duduk situ diam-diam. Biar aku masak," ujar Zafriel Adrian. Bawang yang terdapat darah isterinya itu dibuang. Karang ada yang jadi Raja Siong pulak. Raja Siong eh nama dia? Tak ingatlah.
Iman Nadhirah hanya diam memerhati suaminya menyiapkan hidangan yang sepatutnya dibuat oleh Zafrina dan dirinya sendiri. Haisy, tulah, berangan lagi pasal pergi memancing! Marahnya kepada diri sendiri. Namun, tak lama dia tersenyum mengenangkan sifat prihatin dan penyayang suaminya itu.
Tak sia-sia aku kahwin dengan kau, Zafriel!
1220 words
08/06/2018Apasal macam makin hambar eh? Korang rasa hambar ke? 😅

ANDA SEDANG MEMBACA
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...
lima puluh empat
Mula dari awal