"Eh, aku punya choice kan? Okay ke baju tu? Kalau okay, boleh terus bayar."
Iman Nadhirah angguk. Zaara mengambil alih kaunter pembayaran. Dia sangat menepati kata-katanya, dia menjual baju kurung itu lebih murah dari harga asal. Bukam Zafriel Adrian tidak menolak, tetapi Zaara yang berkeras ingin memberi diskaun.
Usai membayar, mereka mencari baju melayu Zafriel Adrian pula.
🛍️🛍️🛍️🛍️🛍️
Menjelang waktu petang, Zafriel Adrian memandu ke bazaar Ramadan yang berdekatan. Mereka sudah pun selesai membeli pakaian baru untuk dipakai hari raya nanti. Masuk ke kawasan bazaar Ramadan. Rambang mata Iman Nadhirah melihat kepelbagaian makanan dan minuman yang dijual di situ. Tapi dia beli makanan tidaklah seteruk Zafriel Adrian.
"Eh, ada kuih tepung pelita! Tapi roti jala pun sedap jugak."
"Bubur lambuk? Murtabak?"
"Murtabak wajib beli," balas Iman Nadhirah. Dalam masa yang sama pelik juga melihat suaminya yang borong habis satu bazaar Ramadan.
Kuey tiaw, burger, nasi tomato, semua dia nak beli. Nasib baik Iman Nadhirah ada sama, menghalang suaminya dari membeli segala benda yang ada di situ. Paling tak tahan, cempedak goreng yang Zafriel Adrian tak minat tu pun dia nak beli.
"Kau serius lah nak beli cempedak? Kau bukan tak makan ke?" soal Iman Nadhirah meminta kepastian semula. Risau juga dengan perangai pelik Zafriel Adrian yang tiba-tiba itu.
"Serius. Aku bukan tak makan, aku tak suka saja."
Sampai rumah, Iman Nadhirah ternganga melihat meja makan penuh dengan plastik makanan. Kepala yang tidak terasa gatal itu digaru. Siapa nak habiskan semua ni? Makan berdua saja, tapi beli macam makan berlima!
Iman Nadhirah geleng kecil. Dia pandang jam. Sudah pukul hampir pukul 7. Zafriel Adrian sudah naik ke atas untuk mandi. Iman Nadhirah mengambil tugas mengeluarkan semua makanan ke dalam pinggan mangkuk.
Mereka berdua bersiap sedia menunggu azan berkumandang di meja makan. Tak lama kemudian, kedengaran suara orang melaungkan azan di masjid berdekatan. Kurma didahulukan untuk berbuka, mengikut sunnah Nabi Muhammad. Melainkan kalau kurma dah habis, baru mereka berbuka dengan air manis.
Zafriel Adrian diam tidak bersuara makan segala makanan yang dibeli tadi mengundang rasa risau dan pelik di hati Iman Nadhirah. "Zafriel, kau kena rasuk ke apa ni? Semua makan kau pelahap habis?" soalnya apabila mereka sudah selesai makan.
"Entah. Aku rasa lapar, makanlah semua. Nanti-nantilah kemas, kita solat dulu," ajak Zafriel Adrian.
Iman Nadhirah lega kerana suaminya masih ingat kewajipan yang satu itu. Dia menurut saja. Semua pinggan mangkuk di atas meja dah pun masuk dalm sinki. Tinggal kerja membasuh saja. Baik dia solat dulu, berjemaah dengan suami tercinta. 27 kali ganda pahala kan?
Habis solat, Iman Nadhirah mula membasuh pinggan, dibantu oleh Zafriel Adrian. Seorang buat kerja membasuh dengan sabun, seorang lagi membilas. Bukan sekali ini saja Zafriel Adrian membantu, malah setiap kali selepas makan, kalau dia tidak pergi kerja.
Tak ada salahnya bantu isteri kan?
"Raya nanti kita balik mana?" soal Iman Nadhirah sambil tangan tangkas membuat kerja.
"Rumah Nek Wan. Kita balik awal dua hari, umi dengan abi balik esoknya. Kau ingat lagi Nek Wan?" Zafriel Adrian memandang wajah isterinya yang seakan cuba mencerna apa yang dikatakannya.
"Oh, Nek Wan yang aku pernah aku pergi waktu kecik tu ke?"
Zafriel Adrian angguk.
"Lama tak jumpa dia. Abang selalulah ikut kau balik kampung. Dia selalu cerita pasal Nek Wan."
Lelaki itu senyum. "Dah tu, umi dengan Rina ajak kau ikut, kau tak nak."
"Memang tak naklah. Nanti kena jodohkan, tak naklah! Bukan aku tak tau, Nek Wan suka kenenkan aku dengan kau. Nasib baik abang aku lelaki, kalau tak dia pun kena sama," bebel Iman Nadhirah pendek.
Si suami gelak. "Oh, kau tak naklah jodohkan dengan aku? Ni kau tak naklah jadi isteri aku?" Zafriel Adrian percikkan air sabun pada Iman Nadhirah geram.
"Zafriel! Basahlah! Aku gurau saja. Alaaa... Merajuk ke?" Iman Nadhirah menjengketkan kaki, tubuhnya terdorong ke hadapan memandang wajah suami yang tidak mahu memandang ke arahnya.
Akhirnya, wajah Iman Nadhirah disimbah air.
"Zafriel!"
Zafriel Adrian ketawa. "Padan muka!"
Iman Nadhirah tidak mengalah begitu saja, dia membalas.
"Nadhirah! Kau memang nak kena betullah."
"Siapa mula dulu?"
"Kaulah!"
"Aku pulak. Yelah encik suami, saya salah. Maafkan saya." Mengalah juga Iman Nadhirah ni.
"Tak nak maafkan."
Eh? Boleh pulak gitu.
"Mengada. Saya dah minta..." belum pun sempat Iman Nadhirah menghabiskan ayatnya, dia melihat Zafriel Adrian menunjukkan pipinya.
Memang mengada, suami siapalah ni?
Suami kau, Iman Nadhirah!
Iman Nadhirah ambil buih sabun lalu sapu pada pipi suaminya. "Love you!" Dia ketawa sebelum lari naik ke atas.
"Iman Nadhirah!"
1268 words
22/06/2018

ANDA SEDANG MEMBACA
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...
R A Y A 2
Mula dari awal