抖阴社区

                                    

"Masakkan aku nasi ayam umi. Teringinlah..."

"Hah?" Terkejut Iman Nadhirah mendengar permintaan suaminya. Orang lain sibuk nak masak rendang, bakar lemang semua, dia mintak nasi ayam pulak!

"Ermm... nantilah aku suruh umi masakkan."

Dengan mata kuyu, Zafriel Adrian menggeleng. "Aku nak kau masak. Aku nak sekarang."

Berkerut habis dahi Iman Nadhirah. "Orang nak buat kuihlah kau ni. Takkan nak makan nasi ayam pula malam-malam macam ni. Tadi kan dah makan nasi?"

"Tu tadi. Ni sekarang. Tolonglah... kau tak buat, kempunan aku nanti." Lengan Iman Nadhirah dicapai lalu digoyang macam budak enam tahun mintak kat mak dia beli gula-gula.

Iman Nadhirah makin pelik. Eh dia ni? Ketegaq sangat pasaipa?

"Kau ingat kau mengandung ke apa, sampai kempunan bagai?"

Zafriel Adrian meraup wajah. "Aduh, susah sangat ke nak buat? Kalau tak nak, tak payahlah!" Marahnya. Terus ditarik comforter membaluti tubuh dari kaki sampai kepala. Tubuhnya beralih membelakangi isterinya. Merajuk kerana permintaannya tidak dituruti.

Iman Nadhirah sudah tergaru kepala. Dah kenapa emo sangat mamat ni?

Iman Nadhirah masuk ke dapur. Kepala yang dibaluti tudung itu asyik digaru padahal rasa gatal pun tidak. Tengah berkira-kira nak buat nasi ayam ke tidak? Serba salah dia melihat suaminya yang nak sangat makan nasi ayam resepi umi masakannya. Sudahlah sedang dalam keadaan tidak sihat.

Ish, orang tak sihat patutnya makan bubur, bukan nasi ayam.

"Tu dah kenapa tergaru-garu kepala tu? Ada kutu ke?" sampuk Nek Wan.

Iman Nadhirah sengih. "Eh, mana ada! Ermm... umi?"

Hajah Aminah menoleh. Mulutnya bergerak bertanya kenapa. Tangan Iman Nadhirah menggamit ibu mentuanya itu. Nak tak nak Hajah Aminah bangun dari duduk bersimpuh mendekati menantunya. "Ada ap...?"

Laju Iman Nadhirah menarik lengan Hajah Aminah. Nek Wan dan Zafrina yang terasa pelik itu berpandangan sesama sendiri. Masing-masing memberi isyarat mata. Zafrina menjungkit bahu tanda tak tahu.

"Kenapa?" tanya Hajah Aminah. Pelik apabila menantunya itu tiba-tiba menariknya keluar dari dapur.

"Zafriel. Tak taulah kenapa, dia kata tak sedap badan. Tadi dia muntah-muntah. Lepas tu, dia suruh Irah masak nasi ayam resepi umi pulak. Orang lain nak makan rendang, kuih raya, lemang, dia sibuk nak makan nasi ayam. Bila Irah kata tak nak buat, dia merajuk. Kenapa entah emo terlebih harini?"

Pada mulanya Hajah Aminah berasa pelik dengan anak sulungnya tapi tak lama dia senyum sendiri.

"Umi kenapa senyum pulak? Jangkit dengan perangai pelik Zafriel tu ke?"

Seriau pulak tengok dah dua beranak jadi pelik ni. Lepas ni siapa pulak? Zafrina? Nek Wan? Abi? Zakwan? Ke dia?

Oh tidak!

"Ish, kamu ni! Tak baik kata macam tu. Pergi ajelah masak sikit untuk dia. Esok boleh jugak hidang nasi ayam tu untuk sahur. Boleh je ambik sikit ayam yang nak buat rendang tu. Banyak sangat si Zaff dengan Zakwan beli tadi."

"Betul ni? Bahan semua ada ke?"

"Ada. Umi pun memang niat nak buat nasi ayam bila-bila nanti. Takpelah, buat awal pun. Satu lagi, esok ajak Zafriel pergi klinik, check doktor."

Iman Nadhirah hanya angguk. Dia terus masuk ke dapur semula dan sediakan bahan-bahan memasak nasi ayam.

Macam-macamlah kau ni, Zafriel! Nasib aje aku sayang kau.

Hero Troublemaker (edited)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang