"Sarra, hujung minggu free?" soal Syamie meminta izin.
'Biar betul? Nak bawa aku date ke apa?' bisik hati Sarra.
"Entah, aku pun tak tau" ucap Sarra. Sengaja dia mahu menilai tahap kesabaran lelaki itu. Terlihat juga wajah redup selepas mendengar jawapan dia.
Jika jejakadi hadapannya ini ingin memaksanya, jangan harap dapat kebenaran lampu hijau. Mungkin lampu kuning pun tak dapat.
"Nanti inform kat saya kalau free" pamit Syamie sambil memberikan senyuman menampakkan gigi taring.
'Idol!' puji Sarra di dalam hati. Tak boleh terus terang dengan begitu mudah. Nanti nampak sangat dah angau dengan cinta.
"Tapi rasanya free" perlahan sahaja suara Sarra memaklumkan hal tersebut.
Syamie hanya tersenyum sambil melepaskan nafas lega.
"Okay, aku pick up kau jam 12 tengah hari" kata Syamie, sambil memberikan 'swag' kepada Sarra.
"Woi!" Panggil seseorang daripada belakang. Ditoleh, Athiyah, Eva, Amy, Waniey, Dayyan, Allen, Emir, Rifqi, Ian dan Daniel sedang memandang mereka dengan pandangan buas.
"Berani betul tinggalkan kami!" Marah mereka semua. Masing-masing mendapatkan rakan mereka.
"Jom masuk kelas. Nanti first class kita terbabas" pamit Sarra, menarik mereka ke kelas. Dengan wajah malas, mereka akur juga.
"Jumpa rehat nanti!" Jerit enam jejaka itu sambil melambai kearah mereka berenam.
Hanya Sarra sahaja membalas lambaian tersebut sambil tersenyum. Berbeza dengan rakannya yang lima tu, menjelir lidah dengan wajah cemberut.
**※💎6 Generation💎※**
"Serius tho, aku macam nak ponteng je macam dulu" rengus Waniey sambil membaringkan kepalanya di meja.
"Tapi okaylah daripada guru lama kita, lepas guru ni yang ajar kita, tak adalah aku mengantuk macam dulu" bantah Sarra sambil mengemas buku Sejarahnya.
"Are you okey, Sarra? Dulu, kau yang paling tak suka Sejarah tau! Tak sangka, kawan aku dah berubah. Waaaaa" ayat belakang dihias dengan bunyi menangis kepuraan.
"Mulut tu tak boleh zip ke?" Sindir Fasha yang berada di hadapan Eva.
Eva yang membaca buku mencebik, halak mulut orang, yang dia nak kisah apahal pula ni?
"Macam mana nak zip kalau tiada zipnya?" Balas Athiyah dengan wajah selamba. Matanya meneliti cermin lipat baru miliknya.
"Kalau nak, aku boleh jahitkan" Fasha tidak mengalah. Sudah dua kali dia dikalahkan oleh Athiyah sendiri.
Biasanya, tiada sesiapa yang berani mahu melawan dia, tapi muncul sahaja Athiyah, terus tercalar.
"Kalau kau jahit aku yakin comot" ejek Amy, selamba. Cermin mata dibuka lalu matanya bertentang dengan Fasha.
"Yeke?" Jawab Fasha sambil tergelak jahat. Dilirik kearah mereka berenam dengan tatapan menakutkan.
Namun hampa. Tiada reaksi. Kosong dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas ingin meletup.
"Lagipun, kami tak cakap dengan kau pun" tambah Waniey sambil berkerut memandang Fasha. Dipandang dari atas ke bawah.
"Apa pandang-pandang?" Marah Fasha lalu menutup dadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1] 6 GENERATIONS ?
Teen Fiction? *?-1st peonylimette land-?*? #1 TEEN [210119] 6 GENERATIONS. Cantik ? Nakal ? Tak jadi halangan untuk dilamun cinta dengan burung merpati. 6 King of Castle Kacak ? Pandai ? Hello, tak salah nak berbalas surat dengan burung helang kan? Ta...