抖阴社区

?Bab 66?

836 53 0
                                        

•••••

"Okay, mana korang letak barang aku?" soal Amy, tidak sabar.

"Kejaplah boss, taulah boss excited lebih" balas Alex dengan wajah yakin.

"Kau pernah rasa kaki tak?" soal Amy, menunjukkan kakinya.

"Tak pernah, kaki ayam pernah" jawab Alex sambil tersengih.

Amy mengeluh lalu memberikan tendangan di paha Alex sehingga lelaki itu terduduk.

"Kau orang pertama nak rasa kaki aku" ucap Amy, tersenyum sinis memandang Alex yang berguling-guling macam sushi.

"Okay, okay boss. Tenang, ada kat dalam jet tu ha" balas Rasyid, menenangkan api kemarahan Amy.

Lama Amy membalas balasan Rasyid, dia membantu Alex berdiri semula dengan riak wajah 'dingin'.

"Tu lah penyebab jangan cari masalah Alex oi" pesan Amy, memapah Alex yang terhinjut-hinjut mahu berjalan.

"Kalau macam ni, aku pun nak jugak" sampuk Zaqib, tersengih memandang Amy dan Alex.

"Kau bukan setakat kaki aku kenakan, muka kau pun ke belakang aku tendang. Jadi arwah" perli Amy, menjeling kearah Zaqib yang dok tersengih.

Tersengih-sengih macam nak masukkan penumbuk ni kat dalam mulut si Zaqib. Biar takleh senyum sampai mati.

•••••

Sarra tersenyum suka saat melihat barang yang dikirim oleh Tuan Beckham kepadanya.

Pembetulan: kepada mereka semua.

Dia keluar dengan penuh teruja, mencuba menggunakan senjata di tangannya itu.

"Sabar boss, takut nanti kami pula yang tercincang jadi daging" tegur Gombus, gerun mahu mendekat kearah Sarra.

"Baguslah tu, anjing dekat dengan hotel aku pun cari daging" sokong Sarra, sambil tersenyum jahat.

"Makan daging si Gombus!" Celah Fikri, melarikan diri ke dalam garaj jet.

"Gopal, meh sini" panggil Sarra dengan suara menggoda + jahat.

"Gombus boss, bukan Gopal" tegur Gombus, sambil menyekat peluh yang meleleh di mukanya.

Ih, taulah dia tu ada lemak tambahan!

Sarra tergelak kuat. Dia tau nama Gombus sebenarnya, tapi sengaja nak panggil begitu.

"Gopallah yang best. Gopal kan kuasa makanan, nanti tukar barang tu jadi makanan keyh? Aku lapaq ni" balas Sarra sambil mengenyit mata kearah Gombus.

"Woi" sampuk Farhan daripada belakang Gombus.

Terkejut terus si Gombus versi Gopal ni jadinya!

"Oh mak kau jatuh jamban!" Latah Gombus, sambil membuat aksi spiderman.

Mereka yang berada di dalam jet, ketawa berdekah-dekah.

Kalau boleh, berkilo-kilo.

Comfrim jadi kaya.

•••••

Waniey kelihatannya tak berapa seronok melihat kepunyaannya. Monyok je muka dia.

"Kenapa boss?" Soal Vian, berkerut memandang wajah Waniey yang kelihatan berawan hitam.

"Tak bestlah la yang ni" luah Waniey, memuncungkan mulutnya.

"Takkan boss tak nampak ada benda lain lagi tuan bagi?" Sampuk Sufian, dibelakang Vian.

Sufian pun perasan muka boss dia monyok macam tikus mondok. Dahlah pendek, tembam lagi tu.

[S1] 6 GENERATIONS ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang