抖阴社区

25 - Emotional

Mula dari awal
                                        

Jantung Sara berdegup kencang. Adrenaline mengalir laju. Seolah-olah nama 'Afian' tu kunci untuk dia dapat keberanian. Sara menelan liur lalu dia melangkah ke pintu. Tasha, Maya dan Yuni bergerak ke kereta SUV Maya.

For Afian...

Dia mengetuk pintu rumah Kimi perlahan. Takde jawapan. Dia ketuk lagi, kali ni lebih kuat. Pintu tu dibuka. Seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an muncul dalam pandangan. Mak Kimi. Sara menelan liur perlahan.

"Ya?"

"Er.. Saya Sara, kawan Kimi. Saya datang ni nak jumpa dia sebab nak bagitau pasal homework. Nombor dia saya takde so..."

Wanita tu hanya mengeluh lalu meluaskan pintu tu. "Masuklah. Tapi, aunty kena warning Sara. Kimi dia tak stabil emosi dia kebelakangan ni. Dia taknak makan, keluar dari bilik or even mandi. Aunty risau. Sara tolong pujuk dia eh?"

Ah, jadah. Emosi tak stabil pula dah. Sara mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah tu. Langkahnya perlahan-lahan bergerak ke tangga rumah tersebut. Anak tangga didaki satu persatu. Akhirnya, dia tiba di destinasinya. Cam mana dia tau tu bilik Kimi? Senang, ada banyak poster kpop dan satu papan tanda kecil yang melekat kat daun pintu, perkataan 'Kimi' tertulis pada papan kecil tu.

Dia ketuk pintu bilik tu. Takde jawapan. Mestilah, orang emo or depressed, kan? Dia pegang tombol pintu lalu dipulasnya perlahan. Terkejut dia bila pintu berjaya dibuka. Kimi tak kunci pun pintu.

Bilik tu gelap gelita. Cahaya matahari masuk samar-samar melalui langsir bilik tu. Pakaian dan buku bersepah atas lantai. Bilik tu juga berbau. Sara mengatur langkah. Mulutnya dibuka.

"Kimi...?"

Bam!!

Pintu tertutup rapat. Sara menoleh kebelakang dan nampak sosok tubuh seorang lelaki. Kimi. Senyuman menyeramkan bermain di bibirnya. Dia terus sergah ke arah Sara. Badan gadis kecil tu ditolak kasar oleh jantan tu. Kedua-dua tangan Sara dikunci oleh Kimi. "Aku... Nampak kau kat luar tadi... Ngan Yuni and polis.... Aku tau kau nak tangkap aku... Well, it looks like the table have turned."

Muka lelaki tu didekatkan pada leher Sara. Gadis tu masih meronta-ronta, cuba melepaskan diri. Bila bibir Kimi dah sentuh kulit leher Sara, air mata gadis tu mencurah. Lelaki tu tetiba berhenti. Dia menarik dirinya jauh dari Sara. Mukanya cuak.

"K-Kau... Kau taknak... Tapi aku paksa kau..." Mulutnya ditekup, badannya menggeletar teruk. Sara hanya memandang lelaki tu. Air mata masih tersisa di mukanya. "A-apa nak jadi kat aku ni... Mula-mula Afian... Skang ni kau.. Tak cukup jadi pembunuh, aku nak jadi perogol pula ke?!"Jerit Kimi sambil mengenggam rambutnya. Sara mendekati Kimi. Tangannya memegang bahu lelaki tu.

"Hey.. Hey... Dahla Kimi.. Aku ok ni. Kau tak buat apa-apa kat aku.. Don't worry, kau bukan orang jahat.."

Lelaki tu pandang Sara. Matanya merah dan lingkaran gelap mengelilingi matanya. Mukanya berubah menjadi marah. "Afian masuk hospital sebab aku!!"

Sara masih lagi tenang. Dia cuba nak kawal situasi tu. Kalau silap cakap, mahu Kimi belasah dia kat situ. "Kau bukannya yang langgar dia kan?" soal Sara sambil mengusap bahu Kimi, cuba nak tenangkan jantan tu. Lelaki tu pandang Sara dengan wajah yang bersalah.

"Aku... Aku yang langgar dia.."

Ketika tu, masa seolah-olah berhenti. Sara tak dapat dengar apa-apa kecuali degupan jantungnya. Segalanya menjadi gelap. Badannya bergerak dengan sendiri. Tangannya mencekik leher Kimi. Tubuh lelaki tu ditolak jatuh ke lantai.

Dia tak perasan yang lelaki tu hampir mati. Dia tak perasan yang mak Kimi menjerit bila dia nampak anaknya dicekik oleh seorang gadis. Dia tak perasan yang tubuhnya ditarik jauh dari Kimi oleh pegawai Maya. Dia tak perasan yang dia menjerit-jerit masa tu.

Tangan yang mengusap belakang kepalanya menyedarkan Sara. Tasha memeluknya sambil mengusap-usapnya, cuba nak tenangkan dia. Kimi masih terbatuk-batuk kerana dicekik tadi. Maya menjeling Sara.

"Apa kau fikir kau buat?!"

"Dia yang langgar Afian!!"

"Jadi kau ada hak nak cekik dia?!"

Sara tak sempat nak buka mulut, Yuni mencelah.

"Kimi terpaksa. Kami ikut plan. Lagipun, bukan Kimi yang pandu kereta tu"

Sara mendengus kasar. Dia menepis tangan Tasha dari badannya. "Dah tu? Kereta dia kan yang kemik sebab langgar orang.. Buktila tu"

Kimi berhenti batuk lalu memandang Sara. "Ya, tu kereta aku. Tapi, aku duduk akt passenger seat. Haris yang pandu.."

"Haris?"

Kimi mengangguk. Sara masih tak paus hati. "Then, kenapa kau cakap tadi macam kau yang langgar Afian?" Lelaki tu hanya memandang lantai.

"Aku... Aku rasa bersalah. Ya, aku pernah belasah orang but tak seteruk ni. Aku takut aku jadi pembunuh.."

Maya mendapat teks dari ketua, dia baca kemudian dia pandang remaja-remaja kat situ. Dia berdehem. "Ok, we gotta go back to the station. Kimi, please follow us. Awak perlu disoal siasat.."

Lelaki tu hanya menggantungkan kepalanya, lemah.

"Ya.. I know..."

Finally. An update. This seems a bit rush right? I dont care lel. Aku cuba nak jadikn citer ni se-realiti yang boleh. Taknk nmpk cliche sangat. So, korang nak happy ending or sad ending? Cer comment. Aku dah ada idea dah utk dua2, hehe.. Anyway, hit the star button and comment your thought about this chapter. Bye😬😬

Miztique__

When Two Worlds Collided (gxg)[??]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang