Kepala Shima tolehkan pada Helen. Sapu tangan yang dihulurkan oleh Helen diambil lalu airmatanya dikesat perlahan. "I'm sorry. I masuk bilik dia tanpa kebenaran. I ingat dia takkan marah". Jelasnya dengan suara yang serak.
"Kenapa?. Awak tahu kan yang tak ada sesiapa dibenarkan masuk bilik Eray. Dekat rumah Tengku Saleha pun macam tu. Tak ada siapa yang boleh masuk bilik dia". Kata Helen mengingatkan.
"I' m just curios. You boleh tinggal dalam bilik dia walaupun dia tahu yang you menyamar sebagai Helina".
"Dan biarkan I tidur atas sofa hampir sebulan". Sambung Helen sambil tersenyum hambar. Tubuhnya disandarkan pada kereta.
"I dah tak kenal Eray sekarang ni. Dia kasar. Tak macam selalu. Dulu walapun dia tak suka I, dia takkan buat I macam tu. Dia lain sangat".
Ya. Eray dah berubah. Dia pun dah tak kenal Eray yang sekarang. Eray ataupun Mika tak pernah berkasar dengan perempuan. Kalau Eray tak puas hati sangat pun, hanya tengkingan yang diberikan.
"Kita balik ya, Shima". Ajak Sherry tiba-tiba.
Shima mengangguk pantas. "I tak rasa I mampu nak handle Eray yang sekarang ni. I takut dan you pun patut ikut kitaorang balik Helen. I tak rasa you patut dekat dengan dia".
Helen mengukir senyuman nipis. "No. It's okay. I'll stay here. I tak boleh pergi macam tu aje. Maybe he'll remember me. Someday".
"Helen...". Shima memandang Helen dengan mata yang berair lalu tubuh Helen dipeluk erat. "I'm so sorry. I dah banyak buat jahat dekat you..dekat Helina but still you masih tolong I tadi. I tak tahu apa yang akan jadi dekat I kalau you tak tolong I. Thank you so much".
Helen tersentak dengan perbuatan Shima. Namun, pelukan Shima tetap dibalas. "You welcome".
"Can I get hug too?. I'm jealous okay". Sampuk Sherry. Kemudian, memeluk Helen dan Shima erat.
Helen ketawa kecil.
"I'm sorry too Helen. I yang bodoh sebab tak nampak kebaikan dalam diri you. Sepatutnya dari dulu lagi kitaorang tak cari pasal dengan you. Mungkin semuanya akan berbeza".
________________________
"Apa?. Awak jumpa Helen?. Awak jumpa dia dan suruh dia jangan bagitahu apa-apa pada Eray?". Tanya Tengku Fazriz meminta kepastian. Pantas sahaja dia bangun daripada sofa. Wajah isterinya dipandang dengan kesal. "Kenapa awak libatkan Helen dalam hal ni?.".
"Kenapa tak boleh bang?. Saya tak nak Eray sakit lagi kalau dia tahu perkara sebenar. Yang abang kandung dia bunuh kakak orang yang dia cinta". Balas Tengku Saleha sebelum turut bangun daripada sofa.
Tengku Esyraf yang berada di situ hanya diam memerhati. Tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Saya malu!. Saya malu sebab perbuatan Eddy. Cukuplah apa yang Eddy dan buat. Sebab dia orang lain terpaksa menderita". Tengku Fazriz meraup wajahnya kasar. Sungguh dia malu dengan sikap anaknya itu. Tidak menyangka anak yang ditantangnya bagai minyak yang penuh sanggup melakukan hal terkutuk itu.
"Abang, saya cuma minta Helen supaya tak bagitahu Eray apa-apa kalau Helen jumpa dia. Sebagai ibu, saya tak nak Eray terluka. Awak sendiri tahu yang doktor cakap jangan bagi Eray tekanan. Saya tak nak kesihatan Eray terjejas". Jelas Tengku Saleha sambil menyentuh suaminya lembut.
Tengku Fazriz menggelengkan kepalanya. "Kita tak layak pun nak jumpa Helen selepas apa yang dah berlaku".
"Saya tahu tapi sekurang-kurangnya Eddy dah terima hukumannya. Dia dah masuk penjara".
"Penjara?". Celah satu suara secara tiba-tiba.
Tengku Esyraf, Tengku Fazriz dan Tengku Saleha menoleh ke arah suara itu. Tersentak mereka bertiga apabila melihat Tengku Eray berdiri tidak jauh daripada mereka.
"Eray...". Tengku Saleha bersuara perlahan.
Tengku Eray tidak menjawap. Keluarganya segera didekati. "Abang Eddy masuk penjara?. Kenapa?. Apa yang dah berlaku?. Apa yang abang Eddy dah buat sampai dia perlu masuk penjara?". Soalnya bertubi-tubi. Wajah Tengku Saleha dan Tengku Fazriz dipandang silih-berganti dengan hairan.
Senyap. Tiada seorang pun yang berani untuk bersuara.
Tengku Eray ketawa sinis. "Then, I'll find the answer by myself".
"Eray jangan!". Tengku Saleha pantas mencapai lengan anaknya dengan kalut. "Dengar cakap mummy, Eray. Jangan buat apa-apa pun".
"Why?!". Tengku Eray menepis tangan Tengku Saleha kasar. "Kenapa abang Eddy masuk penjara?. Dia bukan orang jahat. Dia tak layak duduk dalam tu!".
"Eray!!". Bantah Tengku Fazriz lantang.
Tengku Eray mengalihkan pandangannya pada Tengku Fazriz. "Don't Eray me!. Siapa yang dah masukkan abang Eddy dalam penjara, hah?!. Siapa?!!".
"Eray dengar cakap daddy. Siapa yang masukkan Eddy dalam penjara tu tak penting. Yang penting sekarang Eddy dah buat dan mustahil dia akan bebas". Tengku Fazriz cuba memujuk.
"Eray akan keluarkan Eddy daripada penjara. That's the final!. Siapa pun yang dah masukkan Eddy dalam penjara takkan mampu nak halang Eray daripada keluarkan Eddy".
"Then, try it". Helen yang tiba-tiba muncul bersuara. Tengku Esyraf dipandang sekilas. Mujur sahaja dia berada berhampirab rumah ini saat Tengku Esyraf menelefonnya dan memberitahunya apa yang berlaku.
Tengku Eray dan yang lain menoleh ke arah Helen. "What did you said?". Tengku Eray memandang Helen tajam.
Helen mengengam kedua tangannya kuat. Dapat dilihat Tengku Saleha sedang menggelengkan kepalanya. Menghalangnya daripada mendedahkan perkara sebenar.
'If love is true, then no matter what love is you'.
Kata-kata Ailey tergia-gia ditelinganya. Maybe my love not true. Maybe it's wrong. Langkah Helen atur ke arah Tengku Eray. Tengku Eray dihadapannya dipandang lama. Apa pun yang berlaku selepas ini, adalah akibat yang perlu dia tanggung untuk keputusan yang dia buat saat ini. "Awak cakap awak nak tahu kan siapa saya?. Jadi, hari ni saya akan jawap pertanyaan awak tu. Saya...orang yang dah masukkan abang awak dalam penjara. Puas?. Saya kenal awak sebagai Eray dan Mika sebab saya paksa awak bersama dengan saya. Saya ugut awak yang kalau awak tak bersama dengan saya, saya akan dedahkan dekat semua orang siapa CEO E&M Holding sebenarnya".

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _?f love ?s true then no matter what, love ?s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
pARt?55
Mula dari awal