Alia yang mendengar tengkingan itu terus mengalirkan air matanya.
"Isk.Syed...tolong dengar dulu penjelesan saya.",rayu Alia sambil melangkah perlahan ke arah Syed.
"STOP! Kau betul-betul kecewakan aku,Alia.",panggilan sudah berubah.
"Kau berjaya bodohkan aku.Heh.",Syed tergelak sinis dan matanya mengalirkan air mata.
Ain terkedu melihat Syed mengalirkan air mata hanya untuk Alia.Aidan dan Muiz pula hanya berdiam diri.
Harith terus memeluk Alia yang sedang meraung itu.Dia cuba menenangkan Alia sambil mengusap belakang Alia.Alia pula membalas pelukkan.
Syed terus menggetap rahang melihat tindakan Harith.
"Kau tak boleh sentuh dia!!",jerit Syed.
"Aku suami dia,Syed!",balas Harith pula sehingga mengejutkan mereka berempat.
"What the hell?",bisik Muiz seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Harith.
Hati Syed terus retak.
Ain menutup mulutnya dan matanya membulat.
Syed tergelak perlahan kemudian dia pandang Ain dengan air mata yang mengalir.Tanpa kata apa-apa lagi,dia terus menarik Ain untuk lari daripada Alia dan Harith.Air mata dikesat dengan kasar.
Ain yang faham perasaan yang dirasakan oleh Syed cuba menenangkannya.
"Syed...",panggil Ain dengan perlahan setelah mereka duduk di kawasan yang tertutup.
Syed menekupkan wajahnya pada lutut dan tangisan mulai kedengaran.Ain tersenyum nipis kemudian bahu Syed diusap perlahan.
"Shh..."
"Kenapa dia buat aku macam ni,Ain?"
Ain menahan sebak.
"Mesti dia ada sebab dia sendiri...",jawab Ain.
"Bertuah kau,Alia.Dia menangis teruk macam ni hanya untuk kau.",desis hati Ain.
"Sakit Ain..Sakit.",rengek Syed.Ain terus memeluk badan Syed.
"Shhh.I feel you.",pujuk Ain dan air mata cuba ditahan.
Selepas itu,mereka berdua pulang ke rumah dengan menaiki kereta Syed.Setelah sampai,Syed terus masuk ke dalam biliknya.
Ain diam seketika kemudian dia terus menuju ke biliknya.
"Everything gonna be okay,right?",bisiknya.Tudung bawal dicabut.Dia mengeluh dan dia terus baring di atas katil.
Alia dengan Harith dah kahwin?
What the fish...?
Kalau dah kahwin,kenapa Alia melekat dengan Syed selama ni?
Harith tak marah pula.
Haih...complicated siaa.
"ARGHH!",jeritan Syed mengejutkan dia.Dengan tergesa-gesa,dia menuju ke bilik Syed.Pintu diketuk dengan kuat.
"Syed! Kau okay tak?!",jerit dia dan perasaan risau mulai muncul.
Tak sampai seminit,pintu bilik dibuka oleh Syed.
"Ain..."
"Syed?!",jerit Ain ketika dia ternampak darah yang mengalir di tangan kanan Syed.Dia terus berlari untuk mengambil medkit di dapur dengan cepat.
Selepas itu,dia menarik Syed masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil.Tangan Syed dicapai dan dia terus membersih dan membalutnya dengan teliti.Air mata yang hampir mengalir ditahan.
"Ain...",panggil Syed lagi.
Diam.
"Hey...",Syed menundukkan kepalanya untuk mengintai wajah Ain.
Air mata Ain terus mengalir dengan laju dan matanya terpejam rapat.Syed menarik dan menghembus nafas dengan tenang.Badan Ain ditarik kemudian dia memeluknya dengan erat.
Ain cuba ditenangkan dengan mengusap belakang badan Ain.
"Okay tak?",tanya Syed dengan nada perlahan.
Ain terus meraung.
"Perlu ke kau cederakan diri kau??!",raung Ain sebelum membalas pelukkan Syed.
Syed hanya mendiamkan diri dan bibir digigit.Ain melepaskan tangisannya di bahu Syed.Selepas beberapa minit,dia terus menolak badan Syed kemudian dia menjauhi Syed.
"Kalau kau sakit hati pun,perlu ke sakitkan diri kau?!"
"Perlu ke?!"
Rambut ditarik dengan kasar.
"Jangan jadi bodoh lah!"
Bahu terhinjut-hinjut dan air mata masih tidak berhenti mengalir.Kaca bingkai gambar perkahwinan mereka yang pecah dilihat dengan sinis.
"Kau...",terhenti kemudian gelakkan sinis kedengaran.
Syed yang masih diam terkaku sambil memandang ke arahnya dijeling sinis.
"Daripada kau cederakan tangan kau..."
"Baik kau mati je."
Pintu bilik Syed terus dihempas kasar setelah dia puas memarahi Syed.Biliknya dikunci kemudian dia menekupkan mukanya pada bantal.
"Bullshit."
Diam seketika.
"Hisk."
"Stop it,Ain...",air mata dikesat.
"Tak payah risaukan dia!"
Jeritan Syed yang kedengaran cuba diabaikan.
"Jangan fikir pasal dia...",kedua-dua telinga ditutup.Lama-kelamaan,dia tertidur setelah penat menangis.
Syed pula memeluk kedua-dua lututnya dan air matanya mengalir dengan perlahan.
"Kenapa kau buat aku macam ni,Alia...?"
"ARGHH!"
"Kau bodohkan aku!"
"Kau tipu aku.."
"Kau isteri Harith..."
"Aku percaya kau,Alia..."
Rambut diserabutkan dengan kasar.
"Hati aku sakit,Alia...."
Lama-kelamaan,matanya terpejam kerana keletihan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...
29-Kantoi
Mula dari awal