抖阴社区

                                        

Xiumin langsung tidak memandang wajah gerangan apabila dia masuk, senyuman sinis timbul di wajahnya.

...

G-Dragon melangkah masuk apabila dibenarkan oleh Xiumin. Xiumin langsung tidak senyum dan memandangnya apabila mata mereka bertemu.

Hati G-Dragon diam saja apabila melihat wajah Xiumin yang sepertinya baru nangis. Matanya meliar di setiap sudut bilik itu, gambar Sana tunang Xiumin kelihatan. Dia mengeluh perlahan.

"Adik"

Xiumin ketawa sinis apabila mendengar panggilan itu keluar dari mulut G-Dragon.

"Siapa adik kau?"

G-Dragon menarik nafas panjang dan menghela lalu dia mengorak langkah mendekati tubuh Xiumin. Tangannya memaut bahu Xiumin.

"Abang minta maaf"

"Baru sekarang?". Xiumin menepis lengan G-Dragon.

"Abang minta maaf, abang pergi ada sebab.."

"Sebab apa? Jangan bagi aku alasan tak guna!"

"Sebab abang kejar Sana!"

Xiumin tersentak, pilu hatinya mendengar nama Sana. Dia menahan kemarahannya, untuk apa abangnya kejar Sana?

"Wae?! Dia siapa pada kau!"

G-Dragon mengigit bibir bawahnya menahan perit apabila melihat anak mata adiknya ini.

"Aku tanya jangan diam!"

"Sebab abang sayang kau, Xiumin.. Abang terpaksa tinggalkan keluarga demi kau. Abang tahu semuanya, abang tahu perpisahan korang. Dia sayangkan kau, Min. Dia tak berniat nak tinggalkan kau"

Xiumin terdiam memandang wajah abangnya, dia berdiri lalu melangkah kaki ke kerusinya. Mukanya ditekup.

"Dia pilih Baekyhun.."

G-Dragon menahan sedihnya melihat reaksi Xiumin begini.

"Jangan salahkan dia, Min.. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ni"

"Dia salah! Kalau betul-betul dia sayang aku.. Dia tak akan tinggalkan aku!"

G-Dragon mendekati adiknya lalu menepuk beberapa kali bahu Xiumin perlahan.

"Tak ada sesiapa salah, ada sebab dia tinggalkan kau. Jangan disebabkan perpisahan tu, kau perlu sakitkan hati semua perempuan dekat dunia ni.. Dia orang tak salah"

Xiumin bangun lalu memeluk tubuh abangnya, dengan tangisan perlahan itu membuat G-Dragon terharu. Dia membalas pelukan lalu menepuk belakang adiknya perlahan.

"Lepas Sana dan abang tinggalkan Min, mama dan ayah pun tinggalkan Min.. Min hidup sorang-sorang tanpa kasih sayang sesiapa, tak ada apa yang dapat bahagiakan Min kecuali menjadi Min yang sekarang"

G-Dragon kesal dengan kesilapannya, salahnya tidak ada di belakang adiknya semasa dia perlukan bantuan seseorang. Dia menyesal.

"Abang minta maaf, Min.."

"Abang tolong janji jangan tinggalkan Min lagi.. Min dah tak ada sesiapa lagi"

"Abang janji"

Tangisan Xiumin terhenti, hanya tersedu-sedu seperti baby kecil di bahu ayahnya. G-Dragon mengusap belakang Xiumin perlahan dan tersenyum manis.

...

Rambutnya dimainkan sendiri dengan kepalanya yang terlentok di meja. Bosannya! Jam ditilik, baru pukul 10:00 pagi. Nak keluar pun, mana boleh. Tak ada alasan.

"Keluar pun, bukan bos tahu pun.. Dia seronok keluar takkan aku tak boleh?" Getusnya sambil merenung telefonnya.

"Saya bos, awak tu assistent. Dah nama pun bos memang suka hati je keluar ye cik Irene"

Irene terkejut lalu terus berdiri dan  memandang empunya suara. Terbutang matanya apabila melihat wajah ini. Patutlah macam pernah dengar suara ni, bosnya.

"Bos, errr.. Apa yang bos buat di sini?"

G-Dragon tersenyum kecil, tangannya di selok ke poket seluar yang satu set dengan baju kot merahnya itu.

"Kan syarikat saya, tak boleh ke saya datang sini?"

Irene menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhh, lain kali cakap tengok kanan kiri.

"Dah, sambunglah kerja awak tu.. Nanti lunch sama-sama ya dengan adik saya"

Irene menggangguk laju lalu menunduk sikit apabila bosnya melangkah ke biliknya. Dia mengetap bibir bawahnya.

Dia duduk dan bersandar sambil menghela nafas lega. Nasib baik, bosnya ni baik kalau tak.. Memang dah kena buang kerjalah😖.

"Oitt, asal tu?"

Irene tersentak apabila diterja sebegitu, kau ingat tak terkejut? Tiba-tiba jee.

"Kau ni.. Hati-hatilah, bagi salam ke"

Seulgi ketawa perlahan lalu menepuk bahu Irene berkali-kali. Lawak sangat ke?

"Nak bagi salam macam mana arh? Ajarkan aku"

Irene menjeling, kang ada yang masum hospital ni kang.. Nasib baik kawan kalau tak, memang dah kena.

Seulgi dan Irene ialah kawan baik dari Irene mula kerja di sini. Irene pun selesa saja dengannya, Seulgi pun selalu luangkan masa dengan Irene jika Irene free.

Tak selalu, sebab Irene ni macam bayang-bayang bosnya.. Asyik-asyik follow je dari belakang. Macam pasangan couple🤐. Jealous juga pekerja yang lain, bosnya dah-lah kacak.. Tapi still single sampai sekarang.

"Erm, susah kau ni.."

Lagi sekali Seulgi ketawa kuat, habis satu pejabat memandang mereka berdua. Irene menekup mulut rakannya ini.

"Diam doh.. Orang dengarlah"

"Okey okey, sorry"

Irene menjeling saja-saja lalu memandang komputer. Yang kosong saja, apa yang dia patut dia lakukan ni?

"Eh, bila nak lunch together.."

Irene kembali memandang wajah Seulgi, senyuman yang mahu terukir melarat apabila matanya tertangkap tubuh Xiumin yang mendekati mejanya.

Pekerja di situ pun ramai yang memandang Xiumin, kacak kot.. Hot-lah katakan. Ataupun hot sebab playboy? I don't know..

Seulgi menoleh apabila Xiumin sudah mendekati mereka. Mata kami bertemu, serentak itu juga Seulgi beredar...

Apa yang lelaki ini buat di sini? Mahu melamarnya?😍 uishhh, hatinya berdebar saat melihat anak matanya..

To be continue..

Jangan lupa VOTE ah? Sorry kalau makin lama makin bosan😫. Jangan marah ya kalau tak suka pasangan di sini.. Author cuma saja-saja guna watak tu dan ini..

Suga dan Jennie? Huhu, tak sesuai langsung😂. But, tengok jelah apa yang jadi.

Apa kamu rasa Irene akan menerima Xiumin di dalam hidupnya?

Atau, tidak?

Apalah perasaan G-Dragon pada Irene? Waaaa😭, tak mau my baby GD.

Ouh ya, sorry sesiapa yang ARMY tu.. Sorry sebab sy kurang update tentang BTS, ini sebabnya kerana Suga hanya watak sampingan je.. But, cerita dia akan seperti watak utama tapi nantilah. Bukan sekarang😋.

Sy pun xtau siapa watak utama, antara Xiumin atau Irene😂. G-Dragon yang watak sampingan ni pun macam dah jadi watak utama.

Btw, tq for reading and vote my novel. Emuah😍.. Gurau😂

Cinta Seorang JokerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang