"Astaghfirullahalazim...betul ke Aisyah...akak macam tak percaya abang boleh berubah sejauh ni..."
"Entah la kak, kami semua masih lagi terkejut ni...mama tu dah hilang selera makan kak, pucat ja...bila Aisyah ajak ke hospital, dia tak nak..."
"Aisyah.., Aisyah tolong tengok-tengokkan mama ye...Lusa akak cuti, akak akan ke sana bawa Affwan dan Fiyya sekali..."
" Inshaallah kak...Aisyah minta maaf kak, Kami dah nyusahkan akak anak beranak...."
"Tak pe Aisyah...You had done the right thing...see you at Friday ok...Kirim salam kat mama...Assalamualaikum..."
Astaghfirullahalazim...Syaitan apa yang telah merasuk Ahmad Sufri kali ini..tak ku sangka makin teruk perangainya...makin teruk perubahan sikapnya...mahu sahaja aku telefonnya untuk persoalkan tindakan buruknya itu...tapi teringat ugutannya pada ibunya mengenai Saffwan dan Safiyya, aku jadi takut...Sumpah demi Allah aku sanggup gadaikan nyawaku untuk si kembar berdua ini...
Lantas ku buka laman web Air Asia pada laptop di hadapanku...booking tiket pada pagi Jumaat depan. Dan seperti yang dijanjikan seawal pukul 10.00 pagi aku menaiki uber ke apartment ibunya sejurus selepas pesawat yang kami naiki mendarat di Changi Airport...
Ku pimpin kedua-dua tangan si kecil ke tempat yang masih lagi asing bagi mereka berdua...
"Assalamualaikum..."
Pintu dibuka...Aisyah berdiri di muka pintu...terkejut amat dia..
"Akak,...kenapa tak telefon.."ujarnya sambil memimpin Affwan dan Fiyya masuk ke dalam..
"Ya Allah...cucu tok ma....meh sini sayang..."gembiranya mama tak terhingga melihat cucu kembarnya itu...tapi bertukar sedih bila menatap wajahku...dipeluknya aku erat-erat..
"Mama minta maaf Ain...mama tak sangka Sufri..."
"Dah la mama..lagi banyak tumpah airmata mama, lagi banyak dosa dia pada mama..."pujukku sambil menggosok-gosok belakangnya..
Aku dudukkan dia pada sofa berhadapan televisyen...sementara Aisyah melayan kerenah si kembar berdua...cepat sekali si Affwan dan Fiyya menyesuaikan diri di situ...seakan tahu itu juga rumah keluarga mereka..tiba-tiba Affwan bersuara,
"Papa...papa...."dia berlari terkedek-kedek apabila melihat foto Ahmad Sufri dari dalam almari kaca di sudut dinding sementara Fiyya Cuma tercangak-cangak keliru melihat reaksi abang kembarnya..
Tiba-tiba sahaja perasaanku diruntun sedih...sepatutnya saat ini Ahmad Sufri berada bersama kami, saat di mana anak-anaknya baru nak mengenali keluarganya sendiri...tapi ku tukarkan rasa sedih itu dengan nada gurau pula,
"Mama, mama dah kurus la...makin cantik..."aku tersenyum menyentuh kedua-dua pipinya.
Dia cuma membalas gurauanku dengan senyuman hambar...ok...punchline aku tak sampai...
"Kak Ain kenapa tak telefon Aisyah tadi...? Aisyah ingatkan kak Ain naik flight petang.."ujar Aisyah setelah suasana sepi seketika.
"Kak Ain ingatkan Aisyah kerja hari ni..lagi pun akak tak nak susahkan Aisyah...Kyra mana Aisyah..?" teringat pada si cantik manis itu setelah tak nampak kelibatnya dari tadi.
"Kat restoran Ain..."ujar mama.
Terlupa pula aku, setelah tamat belajar Ahmad Sufri menawarkan jawatan pengurus padanya di restoran.
"Ain ada jumpa Sufri tak akhir-akhir ni..?"soal ibunya padaku.
"Tak ma...paling akhir Ain ketemu dengan dia dua bulan lepas...itu pun kejap ja dia balik..jenguk anak-anaknya..."ujarku sedih, teringat semula tingkah hambarnya padaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUMPAH CINTA (2)
RomanceNURUL AIN berhadapan dengan konflik lagi untuk menjelaskan kepada keluarganya mengenai status terkini dirinya. Derita perasaan juga harus ditanggung apabila berjauhan dengan orang yang dikasihi..... Pengorbanan perlu dilakukan lagi setelah menyedari...