抖阴社区

                                    

Tangisan Puan sri Aisyah pula kedengaran

Tubuh Hannah juga penuh dengan wayar yang berselirat dengan wayar

Hanya Syafiq tidak berselirat dengan wayar, mungkin kerana cederanya tidak seberapa parah Rayyan dan Hannah

"Ibu...". Aryan menyapa ibunya

Tubuh separuh abad itu dipeluk erat, tapi tak pasti untuk ambil atau beri kekuatan

Dia juga lemah sekarang

"Macam mana boleh jadi macam ni Aryan?"

"Aryan pun tak tahu ibu".

Maaf ibu Aryan terpaksa berbohong

"Siapa yang sanggup pukul anak-anak kita pa!"

"Sabar ibu". Aryan mengeratkan lagi pelukan di tubuh ibunya

Lagi sekali tangisan Puan sri Aisyah berlagu di dalam bilik wad itu

Tan sri Alfi hanya boleh duduk memerhati, dia juga buntu dengan kejadian yang baru sahaja jadi sekarang

----------------------------
Tangan suaminya dilap perlahan, sudah hampir sebulan Rayyan terlantar di katil hospital itu, terbaring kaku sahaja

Dan hampir sebulan juga, Darin berulang-alik hospital dan rumah mertuanya, Puan sri Aisyah tidak benarkan dia duduk di rumah Rayyan berseorangan lagi-lagi bersama twins yang semakin membesar sekarang

"Abang cepat bangun please, twins tengah tunggu abang". Darin berbisik di telingga Rayyan

Sayang pun tunggu abang..

Dan ya air matanya mengalir lagi, namun cepat-cepat diseka apabila pintu wad dibuka seseorang

"Darin". Aryan dan Syafiq masuk sambil membawa makanan

Syafiq sudah keluar dari hospital setelah 2 minggu duduk di hospital

"Ya"

"Kitaorang bawakkan makanan, makan tau".

"Letak jelah dekat situ, nanti aku makan". Balas Darin

Tangannya masih lincah mengelap suaminya

Aryan mengeluh perlahan, dia memandang wanita dihadapannya itu

Ya wanita ni nampak terseksa sekarang, dulu dia anggun, cantik, sempurna sekarang anggun itu sudah bertukar wajahnya sembam, tubuhnya semakin kurus, penampilannya sudah tidak terjaga sekarang

Semua sudah berubah

"Jangan seksa diri kau untuk Rayyan".

Darin memandang Aryan

Maksud?

Seksa?

"Maksud kau?"

"Aku tahu kau terseksa sekarang sebab abang aku, but please fikirlah sikit pasal diri kau, pasal twins, kau tak kesian ke dekat diorang.....".

"Aku tak terseksa sebab suami aku"

"Habistu, kau tak makan, tak jaga diri kau, menangis sepanjang hari, apa semua tu, kau tengah happy ke...".

Darin terdiam, memang sekarang dia tiada masa untuk menjaga dirinya, malam dia akan jaga Rayyan dihospital, dan pagi akan dihabiskan masa dengan twins

"Apa aku nak cakap dengan abang aku nanti masa dia bangun dia tengok isteri dia macam ni.....?"

Darin lihat penampilannya

Teruk

"Tolonglah fikirkan pasal aku...". Rayu Aryan

[C] : PSYCHO MR HAZEL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang