Tapi kenapa dia menangis setelah bertemu semula dengan Dylan dan Elise ? Dia rasa sesuatu ke ?
Elys segera pura - pura tidur setelah mendengar bunyi shower dimatikan, tidak mahu Daniel tahu yang dia mendengar segala esakan lelaki itu.
Lampu ditutup dan dia dapat rasa Daniel sudah merebahkan diri disampingnya. Dia perlahan membuka sedikit matanya dan melihat bahu lebar Daniel yang terdedah kerana memang lelaki itu tidak suka memakai baju ketika tidur.
Lelaki itu membelakanginya..
Elys mengenggam erat bantal kepalanya apabila Daniel perlahan meringkuk dalam tidurnya, memeluk keduanya lututnya seakan lelaki itu sedang melindungi dirinya sendiri.
Tubuh lelaki itu mengigil dan begitu rapuh dari belakang. Seakan dia menyimpan beban yang begitu berat, seakan selama ini dia telah cuba menahan segalanya.
Gemercing rantai kedengaran apabila Elys bergerak sedikit, bersyukur yang rantai itu sedikit panjang dan berikan dia akses sedikit mudah untuk bergerak diatas katil.
Perlahan, Elys menyelipkan lengannya ke pinggang Daniel, menepuk pelan dada itu dari arah belakang, seakan cuba menenangkan.
"Shh, tak apa... V selamat. Tiada siapa akan sakitkan V dekat sini. V ada Elys.."
Elys menyembunyikan wajahnya ke bahu lelaki itu, merasakan tubuh itu meringkuk bak bayi yang kesejukan.
Gadis itu terkedu apabila Daniel menyatukan jemari mereka, diletakkan tepat pada bahagian dimana jantung seorang Daniel V berdegup.
"J..Jangan tinggalkan V... Tolonglah.."
________
"ARGHHH !"
Kuali melayang.
"AKU BAGI KAU MAKAN 6 KALI SEHARI, MACAMNI KAU BALAS ? KUCING GEMOK !"
Nanad memeluk Yoongi dari belakang, menyembunyikan diri. Makin panas Moon melihat betapa liciknya si kucing mengambil kesempatan dalam kesempitan.
"O..Oppa tengoklah Moontah tu.. Kalau kuali tu kena kepala Nanad lepastu bocor macam mana Nanad nak lahirkan anak - anak kucing kita, hm Meowngi ?"
Yoongi memutarkan mata, tidak mampu nak lepaskan betapa eratnya si kucing memeluk pinggangnya dari belakang untuk menghindari Moon yang kini hampir bawa dan lempar peti ais.
"Sayangku Moon, sabarlah. Dia hanya seekor kucing. Lagipun manalah kita tahu yang Daniel akan ikat dan seksa Elys sampai macamtu.. Nasib baiklah Nanad bawa Elys jumpa Dylan dan selamatkan satu nyawa.."
"Betul tu betul ! Nanad did great kan Meowngi ? Gimme kiss juseyoong !"
Dan Nanad pun terus bertukar menjadi kucing dan berlari ke rumah jiran apabila Moon sudah berlari pecut ke arahnya dengan senapang yang entah dari mana dia dapat.
"Sabar, sayangㅡ YA TUHAN KENAPA NAK TEMBAK D PULA !"
Moon mengabaikan D dan memilih untuk mengejar Nanad namun baru saja dia membuka pintu rumah, terus dia menutup kembali pintu itu.
Dengan wajah pucat dia kembali menghampiri D, berdiri dibelakang D seakan mencari perlindungan.
D mengedipkan matanya dan baru saja mahu bertanya mengapa, pintu rumah itu sudah kembali terbuka dan muncul Dylan yang melangkah masuk dengan wajah dingin, aura seperti mahu membunuh seseorang.
"Beritahu aku apa yang selama ni korang buat belakang aku." ujar Dylan tanpa membuang masa.
Moon menarik hujung baju D, meminta lelaki itu agar segera menjawab soalan Dylan sebelum keadaan semakin buruk kerana sepertinya Dylan tidak teragak akan melayangkan nyawa seseorang ketika ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
[DIBUKUKAN] 2. DUALITY | LOAS S2 | ???
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] [SILA BACA SEASON 1 : LEGEND OF A SINNER DULU] "Work for me, sold yourself." Kisah tentang Elys Dyla yang jatuh pada seorang lelaki yang sudah rosak mentalnya. Atau, Kisah tentang Daniel V yang merasa dia tidak layak dicintai...
? ?? ?
Mula dari awal